Update blog guna aplikasi Blogaway For Android (Blogger)


Blogaway for Android (Blogger) 

Assalamualaikum
Aku masih lagi agak tak konsisten untuk menulis blog.  Alahai bukan malas..  Idea aku kadang datang tak kira masa.  Bila aku teringin nak menulis.. Baru nak on laptop terus idea tu hilang sebab bila aku baru nak menaip masa tu la macam-macam benda yang aku kena buat dan masa tu la si airis nak itu ini..  Huhuhu sudahnya entri aku cantik tersusun sebagai draft! 

Ye.. Aku buat juga tulis-tulis dalam kertas, aku cuba juga buat schedule entri tapi entahlah bila nak buat scheduleb tu macam tak sampai kejiwa. Bagi aku nak menulis ni kena onthespot.  Kalau tak macam jiwa tak sampai dalam penulisan tu..  Hahahha..  Alasan kan? 

Ok..  Baru tadi aku install aplikasi "blogaway for android (blogger) dan sekarang entri ni ditulis menggunakan aplikasi yang sama.  So far macam ok dan aku rasa macam user friendly tapi tak tauler camne kan.. 

Sebelum ni aku suka guna aplikasi Bloggeroid tapi lepas blogger dah upgrade, Bloggeroid pon sama jadi tunggang langgang bila update entri.  Aku tak sure la masih tunggang langgang atau tak sekarang.  Kalau aplikasi "Blogger" tu lagi lah teruk.  Langsung tak user friendly.  Aku tak suka.. Hahha

Ok nanti aku review lagi aplikasi yang aku guna ni. Harap ok la kan..  Jadi bebila mood sampai nak update blog boleh je update.  Lagipun kita memamng dah 24/7 dengan handphone kan.. 

Aku masih dekat kampung dan idea menulis aku banyak tapi laptop tak bawa..  Line internet sangat siput. Jadi aku mengharapkan aplikasi ni untuk bantu aku. 

P/s korang update blog on the go macam mana?  Cer share sikit dengan aku.

 

0 comments