Monday, August 14, 2017

First Time Join Bazaar - Auroma Scents Natural Balm

4 Ogos lepas, Jumaat untuk pertama kalinya aku join bazaar. Memang ni antara impian aku nak ketengahkan Auroma Scents supaya orang ramai boleh tau dan kenal-kenal dengan produk Auroma Scents. Aku jenis last minit, memang aku tidur pukul 12 malam menyiapkan balm & perkakas-perkakas yang aku nak bawak. Disebabkan ni 1st Bazaar aku, dan time bazaar ni hanyalah dari pukul 12-3pm, aku takde la buat banyak sangat & target aku tak berapa banyak sebab aku tau, Auroma Scents ni belum lagi besar namanya & balm natural ni belum sangat jadi pilihan mak-mak sekarang. So aku start la dengan biasa-biasa, nak tengok crowd nya macam mana.

Aku join bazaar under Puspanita Arkib, seminggu sebelum bazaar tu aku canang-canang la kat sosial media & kawan-kawan pon ramai yang repost & share alhamdullilah. 


BFF aku si rina jadi mangsa teman aku hari tu, alhamdullilah airis pulak mama yang jaga & ambik dari sekolah. Sebab suami aku kerja, aku mintak kawan sekolah aku hantarkan aku ke arkib kebetulan dia juga GRAB CAR. Senang kerja aku, alhamdullilah Allah kelilingkan aku dengan kawan-kawan yang baik-baik :)

Sebab 1st time, aku tak dapat nak imagine macam mana keadaan walkway arkib tu & aku taktau ape aku nak buat & macam mana aku nak set table, suami aku just bekalkan aku rumput karpet nak letak atas meja. Dia cakap sesuai la dengan Balm aku yang natural, konon-konon nak nampakan "natural" la letak rumput-rumput tu. Suami aku ade bekalkan sekali "kaki bunting" sekali dengan kadboard untuk aku lekatkan promo-promo aku, tapi aku tak bawa, sudahnya aku lekat je la kertas-kertas promo aku tu dekat atas rumput karpet. Gila buruk aku tak suka! tapi sapa suruh tak bawak kaki bunting tu kan?? hahhaha


So, ini lah setting meja aku, nampak berserabutkan? huhuhu tapi alhamdullilah 50% menjadi dari yang aku imaginekan.. Hari yang sama aku launchkan label balm Auroma Scents yang baru. Label baru ni hanya untuk 7 balm baby dan aku brandingkan under Lullabies Balm @ Auroma Scents & aku aku launch sekali Itchy Bug Bite (Itch no more balm) dalam bentuk stik, senang nak sapu. 



So far alhamdullilah ramai yang singgah booth aku, & untungnya 15 orang pertama yang singgah booth aku akan dapat 1 Smooch Lip Balm. Smooch! ni salah satu produk baru Auroma Scents. Masa promo aku jual 1 set Smooch! Lip Therapy (Lip Balm & Lip Scrub) dengan harga RM15 sahaja (normal RM20) dan alhamdullilah set ni antara yang laku keras hari tu. 


Untuk 1st time Auroma Scents kat bazaar, sales aku takde lah memberangsangkan sangat, tapi aku banyak make contact dengan orang-orang yang berminat dengan produk Auroma Scents ni. Alhamdullilah . Lagi pun hari tu bukan hari gaji...... huhuhu

InsyaAllah 25hb ni Auroma Scents akan join 2nd bazaar! Im soo exited! sebab bila dah join bazaar sekali tu rasa kemainn gian dia tau. Jadi insyAllah aku dah ade ilmu sikit la ape nak buat masa 2nd bazaar nanti. InsyaAllah.

Korang jangan lupa join Contest FOLLOW, SNAP,TAG & WIN Auromo scents tau! Menang RM50 dan free 2 balm untuk 2 rakan baik korang yang ditag tu. Boleh klik gambar kat sidebar & baca syarat-syarat dia ok :)






Post a Comment