Tuesday, August 15, 2017

Rebranding : Lullabies Baby by Auroma Scents

Hujan dah seminggu kat seri petaling ni. 2 hari dah aku hantar airis sekolah hujan renyai-renyai.. Alhamdullilah, hujan rezeki. Hari ni airis pergi sekolah pun mendung je muka dia..chembeng! Taktau ler kenapa dia extra manja rini, sebab hujan & kena paksa bangun gamaknya..

4 ogos lepas aku join 1st Bazaar under Puspanita Arkib & hari yang sama aku launch label balm yang baru & rebranding sekali. Tujuan dia sebab aku target untuk marketkan balm Auroma Scents ni. InsyaAllah 1 fine day :) Jadi aku nak 1 label yang nampak buat orang toleh berkali-kali then terus membeli.. Maknanya yang menarik la orang tengok. Aku suka warna-warna yang terang dan ceria. Sebab tu aku pilih 7 warna pelangai untuk jadikan warna theme untuk balm baby aku. Balm yang sama cuma packaging yang lain. Cuma aku tak gunakan lagi Grapeseed Carrier oil & Shea Butter tetapi aku gantikan dengan Cocoa Butter & Sunflower Seed Oil. 

Kenapa Cocoa Butter & Sunflower Seed Oil - sebab dedua bahan ni lebih lembut & ringan pada kulit bayi & kanak-kanak yang sensetif. Jadi untuk anak-anak yang ekzema pon sesuai menggunakan balm aku InsyaAllah dengan izin Allah. Nanti di lain entry aku share kan kebaikan kedua-dua bahan ni.

Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu


Membantu memberi kelembapan kepada kulit kering & merekah. Membantu mengurangkan kegatalan dan keradangan kulit seperti ruam lampin, ruam panas, ekzema dan membantu melembutkan kulit kering seperti di tumit,bibir dan siku.
Cara Penggunaan:
Sapu nipis pada permukaan kulit 2x sehari bila perlu.
Bahan-bahan:
Natural Beeswax, Cocoa Butter, Sunflower Seed, Vitamin E & Oil Therapeutic Grade Essential Oil (Lavender, Frankincense & Geranium)

Happy Tummy Balm di blend menggunakan Essential oils yang terpilih & efektif membantu masalah yang berkaitan dengan perut seperti sembelit, kembung, angin, sebu dan cirit birit.
Cara Penggunaan :
Untuk masalah sembelit,kembung,sebu sapukan secara arah jam & untuk cirit birit atau sakit perut sapukan secara lawan jam.
Bahan-bahan:
Natural Beeswax,Cocoa butter,Sunflower seed oil, vitamin E & Therapeutic Grade Essential Oil (Tangerine,Peppermint, Lavender & Lemon)

Body Guard balm kami membantu meningkatkan tahap imun badan secara semulajadi. Gabungan essential oil seperti Rosemary,Frankincense dan Oregano membantu menguatkan tubuh badan dan meningkatkan sistem imun tubuh dari jangkitan virus & bakteria.
Cara penggunaan :
Sapu pada tapak kaki setiap hari/sebelum tidur
Bahan-bahan :
Natural Beeswax, Cocoa butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essential Oil.


Membantu mengurangkan simptom-simptom selsema,batuk,demam dan hidung tersumbat. Gunakan balm ni setiap kali si kecil anda mengalami batuk,selsema dan mereka akan tidur dengan lena sepanjang malam.
Cara Penggunaan :
Sapu pada tapak kaki atau dada & belakang badan setiap setiap hari bila selsema,batuk atau selsema
Bahan-bahan :
Natural beeswax, Cocoa Butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essential Oil (Lavender,Peppermint & Lemon)


Digunakan sebagai "insect repellent" juga bantu mengurangkan bengkak dan gatal akibat gigitan serangga.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang terdedah (lengan,kaki,muka) sebagai insect repellent dan sapu pada gigitan nyamuk/serangga untuk kurangkan kegatalan & bengkak.
Bahan-bahan :
Natural Beeswax, Cocoa Butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essentail Oil (Lavender, Citronella,Lemongrass& Frankincense) 

Lembut pada kulit bayi yang halus. Sesuai digunakan untuk meredakan kegatalan dan ketidakselesaan akibat ruam lampin, ruam panas, kulit kering dan mengelupas. Balm berbau lembut & tenang ini juga menenangkan bayi dari tantrum dan buat bayi tidur lebih lena apabila disapu pada badan sebelum tidur. Meredakan masalah kembung dan sembelit pada bayi.

Cara Penggunaan : Sapu nipis/urut pada badan bayi, perut & tapak kaki bayi selepas mandi/sebelum tidur

Bahan-Bahan : Natural Beeswax, Cocoa butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essentail Oil (Lavender, Rose, Lemon, Geranium) 


Sesuai untuk anak yang kerap tantrum/hyper dan gunakan sebelum tidur untuk tidur yang lebih lena. Sesuai juga digunakan sebagai stress reliever.

Cara Penggunaan : Urut pada bahagian badan atau sapu nipis pada tapak kaki, betis, tengkuk & dahi sebelum tidur.

Bahan-bahan : Natural Beeswax, Cocoa Butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essentail Oil (Lavandula angustifolia (Lavender) oil, Citrus aurantifolia (Lime), Cedrus atlantica (Cedarwood), Vanilla planifolia (Vanilla) Citrus aurantium dulcis(Orange) peel oil)

Sepanjang bulan ni, dengan min pembelian 5 balm (boleh campur-campur) Lullabies Auroma Scents korang boleh join Contest Follow, Snap, Tag & Win dan menang RM50 + 2 balm untuk 2 orang BFF korang.

Balm Lullabies boleh didapati dalam saiz 30g dengan hanya RM32. 


Monday, August 14, 2017

Contest Follow, Snap, Tag & Win Auroma Scents

Assalamualaikum


Sebelum korang nak tidur, meh la ambik tau tentang Contest Auroma Scents yang tengah berlangsung ni. Actually contest ni dah start dari 1hb dan akhir pada 31hb ni. Jadi tinggal lagi beberapa hari untuk korang especially loyal customer balm Auroma Scents join contest ni ok :)


============ 
Syarat-syarat contest #1 Auroma Scents 
============ 
1) BELI mana-mana min 5 balm Auroma Scents sepanjang 1-31 ogos 2017. 
2) FOLLOW Instagram (IG) @Auroma_Scents_HQ dan LIKE post ini di FB Auroma Scents HQ 
3) SNAP gambar mommies dengan balm-balm kami @ yang paling fav - Share dekat IG dengan #balmauromascents 
 4) TAG 2 orang BFF mommies. *pastikan IG mommies tak private ye supaya senang kami nak pilih pemenang 😊


Simple kan? Ok kat bawah ni senarai harga tetap Balm Auroma Scents

1 untuk RM32
3 untuk RM90
5 untuk RM140
7 untuk RM175

whatsapp 011 1018 1916 untuk pembelian  & info produk :)

#balmauromascents #happybabyhappymommy #Lullabies


First Time Join Bazaar - Auroma Scents Natural Balm

4 Ogos lepas, Jumaat untuk pertama kalinya aku join bazaar. Memang ni antara impian aku nak ketengahkan Auroma Scents supaya orang ramai boleh tau dan kenal-kenal dengan produk Auroma Scents. Aku jenis last minit, memang aku tidur pukul 12 malam menyiapkan balm & perkakas-perkakas yang aku nak bawak. Disebabkan ni 1st Bazaar aku, dan time bazaar ni hanyalah dari pukul 12-3pm, aku takde la buat banyak sangat & target aku tak berapa banyak sebab aku tau, Auroma Scents ni belum lagi besar namanya & balm natural ni belum sangat jadi pilihan mak-mak sekarang. So aku start la dengan biasa-biasa, nak tengok crowd nya macam mana.

Aku join bazaar under Puspanita Arkib, seminggu sebelum bazaar tu aku canang-canang la kat sosial media & kawan-kawan pon ramai yang repost & share alhamdullilah. 


BFF aku si rina jadi mangsa teman aku hari tu, alhamdullilah airis pulak mama yang jaga & ambik dari sekolah. Sebab suami aku kerja, aku mintak kawan sekolah aku hantarkan aku ke arkib kebetulan dia juga GRAB CAR. Senang kerja aku, alhamdullilah Allah kelilingkan aku dengan kawan-kawan yang baik-baik :)

Sebab 1st time, aku tak dapat nak imagine macam mana keadaan walkway arkib tu & aku taktau ape aku nak buat & macam mana aku nak set table, suami aku just bekalkan aku rumput karpet nak letak atas meja. Dia cakap sesuai la dengan Balm aku yang natural, konon-konon nak nampakan "natural" la letak rumput-rumput tu. Suami aku ade bekalkan sekali "kaki bunting" sekali dengan kadboard untuk aku lekatkan promo-promo aku, tapi aku tak bawa, sudahnya aku lekat je la kertas-kertas promo aku tu dekat atas rumput karpet. Gila buruk aku tak suka! tapi sapa suruh tak bawak kaki bunting tu kan?? hahhaha


So, ini lah setting meja aku, nampak berserabutkan? huhuhu tapi alhamdullilah 50% menjadi dari yang aku imaginekan.. Hari yang sama aku launchkan label balm Auroma Scents yang baru. Label baru ni hanya untuk 7 balm baby dan aku brandingkan under Lullabies Balm @ Auroma Scents & aku aku launch sekali Itchy Bug Bite (Itch no more balm) dalam bentuk stik, senang nak sapu. 



So far alhamdullilah ramai yang singgah booth aku, & untungnya 15 orang pertama yang singgah booth aku akan dapat 1 Smooch Lip Balm. Smooch! ni salah satu produk baru Auroma Scents. Masa promo aku jual 1 set Smooch! Lip Therapy (Lip Balm & Lip Scrub) dengan harga RM15 sahaja (normal RM20) dan alhamdullilah set ni antara yang laku keras hari tu. 


Untuk 1st time Auroma Scents kat bazaar, sales aku takde lah memberangsangkan sangat, tapi aku banyak make contact dengan orang-orang yang berminat dengan produk Auroma Scents ni. Alhamdullilah . Lagi pun hari tu bukan hari gaji...... huhuhu

InsyaAllah 25hb ni Auroma Scents akan join 2nd bazaar! Im soo exited! sebab bila dah join bazaar sekali tu rasa kemainn gian dia tau. Jadi insyAllah aku dah ade ilmu sikit la ape nak buat masa 2nd bazaar nanti. InsyaAllah.

Korang jangan lupa join Contest FOLLOW, SNAP,TAG & WIN Auromo scents tau! Menang RM50 dan free 2 balm untuk 2 rakan baik korang yang ditag tu. Boleh klik gambar kat sidebar & baca syarat-syarat dia ok :)






Ruam merah pada tapak kaki anak.

Assalamualaikum

Lama benar tak bersiaran.. ade yang rindu ke? Hihihi .. aku semakin jarang nak menghadap laptop.. nak update blog guna hp, aku masih tak dapat 1 aplikasi yang easy going.. semua aku rasa macam ade yang tak kena.. 

Bila ade anak yang dah bersekolah ni 1 je yang kerap aku dengar orang cakap.. "anak dah start tadika ni la macam-macam penyakit yg dapat...asik tak sihat..penyakit itu ini..rimas!"  Betul.. sebelum airis sekolah..life dia hanya rumah & aku.. babah dia pon jarang ade sebab workaholic kan.. tapi ade la jugak kami bawa dia pergi main dekat playground.. ade la jugak kami bawa dia keluar bersocial.. so takde lah terperap je kat rumah tak jumpa orang kan... itu pon aku punya perangai.. sanitizer & wet tissue memang sentiasa dalam handbag.. masa dia baby kes hfmd (hand foot mouth deasis) tengah top.. sampai pemegang troli supermarket & kerusi meja kedai makan aku lap-lap dengan wet tissue dettol.. punya laahh risau. Alhamdullilah airis jarang berjangkit even selsema pon jarang sangat. Antibody dia kuat.. aku memang percaya sangat sebab aku fully breastfeed dia.. yes sebab tu laaahh!

Malam semalam.. luluh hati aku bila nampak bintik merah-merah dekat tapak kaki.. itu pon aku perasan lepas dia mengadu tak boleh jalam sebab tapak kaki dia gatal. Bila cek.. dua-dua tapak kaki penuh bintik merah macam ruam.. aku panik! Dalam kepala aku ni macam-macam dah..huhuhu

Aku ambik gamba tunjuk dekat kawan-kawan.. ade yg cakap measles (campak) yang paling aku tak suka dengar.. HFMD!! Luluh hati aku weiii....!! 

Aku dok fikir.. bila last airis ade direct contact dengan bebudak lain... kamis last dia sekolah.. then kami ikut babah pergi site, lepas tu pergi pasar malam.. malam tu hujan renyai.. sampai rumah dalam pukul 9.. makan-makan siapkan homework, dalam pukul 10 baru dia tidur..  Jumaat dia tak sekolah sebab malam tu badan dia dedar.. dia tak boleh tidur.. tapi masa tu fullmoon.. biasa bila fullmoon memang dia macam tu. Jumaat pulak keluar makan malam dekat Mcdonald.. malam tu dia muntah kahak lepas aku sapu CHESTY CHEST rub Auroma Scents sebelum tidur sebab dia batuk & selsema.. Sabtu 1 hari dekat rumah sebab babah outstation, kereta takde.. dedua mati kutu.... 

Malam sabtu tu lah baru aku perasan bintik ruam merah.. huhuhu.. sebelum ni siangnya dia ok je.. makan ok.. menari-nari lagi.. aktif macam biasa.. dia dah tak demam pon.. 

Kawan-kawan aku cakap.. pantau je tengok macam mana.. mungkin je ruam biasa kalau dia tak merebak. Kalau naik ke tangan, ulser dalam mulut, maknanya HMFD.. kalau esoknya naik satu badan maknanya demam campak..tapi orang cakap, kalau demam campak selalu start dari kepala/atas.. tapi ade kawan aku share..anak dia memang start dari tapak kaki & tapak tangan.. aku semakin panik...huhu

Balm Auroma Scents
Merah dekat tapak tangan
Balm Auroma Scents
Malam kejadian 
Aku on Diffuser.. diffuse THIEVES essential oil.. kawan aku cakap, masa anak dia kena campak tu dia diffuse Thieves memang esok satu badan keluar bintik. Jadi aku diffuse thieves.. lagi satu, Thieves bagus as antiseptik. Dia cuci udara yang berkuman tu. Diffuser pulak sama macam air purifier.. 

Aku teringat..BODY GUARD balm Auroma Scents ... aku sapu kat tapak kaki airis. Body guard auroma scents ni tujuan dia as immune support. Bagusnya balm ni, essential oil yang ade dalam tu bertindak sebagai pelindung badan dari virus dan bakteria.. Aku search Essential oil untuk HMFD dan aku jumpa Thieves,Purification & Lavender bagus untuk redakan HMFD tu.. tapi sebab aku dah guna BODYGUARD balm, aku neat 1 titik Lavender essential oil untuk setiap tapak kaki. Aku sapu jugak Bodyguard dekat area tulang belakang airis, Chesty Chest rub (Vapour) dekat dada & tekak. 

Tidur-tidur ayam je aku sepanjang malam tu. Setiap kali terjaga aku sapu Body Guard balm & Lavender eo dekat tapak kaki airis.. siap Yasin lagi aku baca.. doa banyak-banyak tu bukan penyakit berjangkit tapi hanya ruam biasa..

Balm Auroma Scents
Lepas 3 jam aku sapu Body Guard balm Auroma Scents & neat Lavender YLEO
Balm Auroma Scents
Bintik merah semakin pudar
Allah dengar doa aku.. alhamdullilah.. bintik merah tu beransur reda.. pukul 6 pagi aku cek balik bintik merah tu dah semakin kurang.. tapi aku keep oiling dia dan sapukan balm Body Guard. Aku cek tapak tangan dia takde ruam.. aku cek badan dia pon clear alhamdullilah.. walaupun dia tak lena tidur sebab "gatal" & nafas dia berbunyi sebab selsema (aku rasa sebab thieves yang aku diffuse..sebab babah pon kalau aku diffuse thives, dengkur dia lagi kuat macam machine gun! Yang ni nanti aku kupas kat entry lain ok).. Chesty Chest tu memang membantu sangat. Aku sapu kat batang hidung & ubun-ubun airis.. dia tidur lena sangat. 

Balm Auroma Scents

Balm Auroma Scents

Then, ape je bintik merah tu? Aku teringat dia pernah kena ni dulu masa umur 1 tahun. Aku taktau mana asal usul dia.. tapi dengan aku sekali berjangkit, habis tapak kaki & tangan kami merah-merah & gatal yang amat. Bayangkan airis yang still kecik masa tu...huhuhu

Bila aku refer doktor, dia cakap bukan HMFD cuma alergy. Dia bagi kami cream steroid.. memang best, sapu sekali terus lega.. masa tu ilmu aku cetek lagi.. cream magic gitu memang magic.. sapu sikit dah baik.. bayangkan berapa punya banyak steroid dalam cream tu .. sekarang dah ade ilmu insyaAllah kita guna pakai mana yang boleh. 

Pagi tu aku mop dan lap 1 rumah.. mainan airis semua aku rendam dan cuci.. Aku titik kan thieves 10 titik atas garam kasar (ni cara paling senang nak sebatikan essential oil dengan air) then aku campur air panas.. rendam semua mainan dia.. 

Alhamdullilah dia dah ok & ruam tu memang tak naik dah.. terus baik 😊 syukur alhamdullilah..

Ps: Aku perasan la, lepas airis 100% wean off, dia asik tak sihat. Aku memang pastikan selalu sapu Body Guard Balm Auroma Scents setiap malam & sebelum pergi sekolah. Sebab cikgu dia pon cakap lately bebudak kat tadika tu selsema & batuk..huhuh.. Tapi salah aku jugak aku tak pantau pemakanan airis & main hentam je bagi junk food.. so terima la padah dia huhuhu

#balmauromascents