Review balm Auroma Scents oleh Tengkubutang.Com

Assalamualaikum semua. Kadang kan aku macam suka kalau aku ade flexible tangan, badan, kaki yang aku boleh guna time banyak kerja... Alahh macam wife si Mr.Incredible tu.. Badan aku kat meja dok menghadap laptop.. so bila airis nak air ke, nak cebok ke, mintak ambikan pape ke.. aku cuma perlu gerakkan tangan aku..... tapi badan aku still stay kat atas kerusi ni.. macam-macam kan? Farah..bersyukurlaaaa anak baru sorang.. kalau 2 3 orang aku taktau ape jadi ngan aku..muahhaha

Okok back to tajuk entry.. perangai aku satu je.. aku ni cembeng.. aku terharu kalau orang dok bagi feedback/testimoni yang baik-baik guna balm aku. So far ade la sorang dua je yang bagi feedback yang kurang enak bila guna balm aku, mungkin bukan rezeki aku dengan mereka kan.. tapi alhamdullilah lain-lain semua bagi positif feedback. Terima Kasihhh korangg..!!

Review aku dapat dari banyak mommies yang beli balm aku ialah anak dorang tidur lena lepas guna balm aku. Alhamdullilah.. itu tujuan aku juga sebenarnya. Aku dah alamai benda ni..aku rasa semua mommies alami benda yang sama bila anak tak sihat. Panas hati kan tengok suami berdengkur siap peluk bantal tarik selimut tidur kat sebelah padahal kita bercengkang mata menjaga anak tak sihat! 

Aku paling kesian kalau anak aku selsema,batuk & demam.. aku memang tak boleh nak lelap langsung dok pantau. Aku kesian sangat kalau hidung dia tersumbat, kalau batuk berkeruh.. merengek-rengek tak lena tidur.. kalau kita yang tua ni pon gitu kan..apetah lagi anak-anak kecil...huhu

So aku cuba seboleh-boleh cari solution dengan buat balm ni. Aku gunakan ilmu yang aku ade yang aku dapat dari pembacaan, dari kelas-kelas/sharing aku pergi untuk buat balm ni, Kenapa balm bukan oil blend? sebab kita dah biasa kan guna Vicks/balsam dari kecik..dan senang untuk penyapuan. Lagipun bila dah jadi balm, essential oil yang digunakan tak lah kuat sangat dan insyaAllah selamat untuk baby dari newborn :) Jangan risau walaupun homemade tapi aku masih kekalkan kebersihan & bahan-bahan yang aku gunakan semua natural(semulajadi) takade add on chemical atau bahan-bahan aktif yang merbahaya.

Travel Pack (ade 5 mini balm) ni aku hanya buat bila ade promosi-promosi tertentu. Tapi balm Auroma Scents boleh dibeli dengan saiz 30g hanya RM32.00. Bulan ni (July) Balm ni boleh dibeli dengan harga RM100 untuk 4 bekas. Maknanya jika korang beli 4 balm keatas, korang akan dapat harga RM25 sebekas. Murah kan? Ape lagi grab laaa ade 10 hari je lagi weiii!

Thanks Tenku Butang sebab review Balm Auroma Scents. Alhamdullilah serasi dengan anak awak kan. Semoga Allah beri pulangan rezeki yang baik-baik untuk awak 1 family :) Pada yang dah guna balm ni, meh la sebar-sebarkan kebaikan & testimoni korang dekat IG auroma_scents_hq ok. Tekan link bawah ni untuk baca review dari TB :)





0 comments