Saturday, July 29, 2017

Cerita Airis & Tadika PT 1

Aku pernah jadi cikgu tadika selama 2 tahun. Aku mengajar anak-anak 3 tahun. Bukan mengajar.. aku kira take care of budak-budak 3 tahun. Ye la dorang tu nak ajar ape je.. cuma boleh ajar benda biasa-biasa macam menampal,mewarna..kenal huruf..angka.. semua tu lah..

Aku cuba homeschooling kan airis tapi aku macam tak mampu..muahhaha... yelahhh aku ni memang garang.. tapi mungkin aku mak dia, dia macam tak takut. So aku tak boleh nak ajar dia sangat. Aku cuma ajar dia basic-basic je la.. lagipun dia baru 4 tahun (ikut tarikhlahir dia baru 3 tahun 7 bulan) still baby bagi aku.. tapi kalau ikut tahun dia dah kira 4 tahun.. Tahun depan 5 tahun so aku tak boleh nak tangguh-tangguh lagi!

Airis masalah dia, dia bijak ke lain.. tapi bila time pegang pensil dia tak reti.. naik hijau aku ajar, dia macam kurang fokus ke sesaja nak buat aku hijau pon aku tak sure. Dia kenal nombor.. alhamdullilah dia boleh kira sampai 30 tu aku dah cukup happy (budak 4 tahun actually dah kira sampai berapa?) tapi bila ke abjad, dia macam kucar kacir sikit.. pon buat aku hijau! then bila bab mewarna pon satu page 1 warna.. dia belum pandai lagi nak gunakan warna-warna tu. Membaca pon sama.. aku memang beli buku Peter & Jane tu, tapi aku yang heksaited.. dia..so-so
  
Mesti ramai yang kecam aku kan cakap cakap kenapa nak push anak kecik tu! Aku tak push ok.. kalau aku push mesti sekarang airis dah pandai campur tolak.. Cuma aku taknak dia ketinggalan. Aku nak dia belajar berkawan. Aku nak dia pandai berdikari. Sebab aku ni memang suri rumah tapi aku tak berjaya nak ajar anak aku membaca. Mengaji & solat tu alhamdullilah aku buat pelan-pelan. Ramai kawan aku yang hantar anak dorang masuk sekolah umur 5 tahun sebab for them umur 4 tahun tu biarkan la dorang bermain. Kat tadika pon memang main-main kan? Aku rasa 4 tahun kat tadika cikgu takde la push sangat.. kan? 

Akhir tahun lepas aku ade buat entry yang aku servey tadika kan? Sekarang aku servey lagi. Sebab tahun depan airis dah nak masuk 5 tahun so aku kena pantas fikir dan cari tadika yang worth every cents!

1 tadika belakang rumah aku ni. Tadika Radiance Montessori. 1 lagi Tadika Islamic yang nearby Endah Parade. Macam banyak padahal 2 je. Itu anara yang terdekat la.. oh satu lagi PRA-sekolah dekat sekolah rendah sri petaling pon nearby rumah aku. 

Memula aku tanya Montessori tu. 2 semester RM2,800 bulanan dalam RM350. Half day. Mahal bagi aku. Tapi bila aku servey tadika islamic tu pon lebih kurang. Cuma tadika islamic tu aku tak walk in, aku cuma call, cikgunya mintak aku datang sekian-sekian date, sebab dia cakap kelas dah start tak boleh attend aku. Gitu? Then aku takde lah pergi, padahal aku lalu lalang je kat situ tak tergerak pon aku nak singgah. Dah dia cakap kalau nak datang kena pukul 12 keatas, aku ni dengan kereta takde, pape aku jalan kaki je. Nak angkut airis berpanas-panas tu memang taklah. Aku suka buat kerja aku awal pagi. Nak tunggu suami aku lagi laaa..bilanya dia boleh skip kerja bantu aku dalam hal sekolah anak ni... banyak benda aku fikir... So tahun ni aku decide tak hantar anak aku tadika. Sebab aku still terperanjat semahal itu Yuran tadika.. padahal tadika je kan..huhuhu PRA sekolah pulak aku hanya ambik borang. Tapi kerani tu mintak aku daftar online. Aku cuba daftar online tapi tak lepas-lepas.. sudahnya sampai sekarang aku tak daftar. Huhuhu.. 

Tu cerita lepas, tapi minggu lepas, aku taktau kenapa aku tergerak hati nak bawak airis pergi servey tadika islamic dekat Endah Promenade tu. Mungkin sebab airis bising-bising zikir kat telinga aku nak pergi "school" dan kebetulan aku nak pergi pos jugak. Satu jalan. Pagi aku dah kejut dia, aku bawa dia pergi breakfast dekat mamak nearby dalam pukul 11.30 gitu, aku saja lama-lama sampai nak pukul 12. Sebab aku ingat lagi cikgu tadika islamic tu cakap kelas habis pukul 12. Aku tak buat appointment aku nak gamble je pergi. Dah kebetulan kan? pergi je la.. 

Tadika tu dalam bangunan, kena jalan sikit la naik tangga. Hari panas gila sian airis peluh-peluh dia. Sampai dekat tadika tu, pintu kayu tertutup, aku tekan loceng. Cikgu perempuan bukak pintu tanya aku nak apa.. Aku cakap aku nak jumpa principle nak tanya tentang yuran sekolah semuanya. Dia tanya aku ade buat appointment ke atau aku nak terus daftar? Aku cakap aku tak buat pape appointment dan aku nak bincang tentang yuran semua tu. Dia tutup pintu, biarkan aku & airis dekat luar berpanas 5 minit! Airis dah siap tanggal kasut letak kat rak tepi dinding, terkejut sebab pintu ditutup.

5 minit lepas tu cikgu lain yang bukak, dia tanya benda yang sama dan aku jawab pon yang sama. Dia cakap sekarang dia sibuk & ade kelas. Kalau aku nak tanya tentang yuran pun dia tak boleh nak cakap sebab tak finalize (aku dengar tiap tahun yuran tadika ni naik) dan mintak aku datang balik pukul 3 atau datang masa open day. Aku tanya, tak boleh ke aku bincang sekarang sebab aku banyak urusan hari ni. Dia macam tak nak, mintak juga aku datang pukul 3 kalau aku nak bincang pape. Airis kat tepi aku ni dah jenguk-jenguk kedalam dari luar. tapi cikgu tu rapatkan pintu. Kami hanya berbual kat luar. "budak ni ke yang nak daftar tu" dia muncungkan ke airis..... aku jawab, ye anak ni yang nak daftar, anak saya.  Sebab dia taknak bertolak ansur, aku blah je la.. Bagi aku dia sangat RUDE! Aku tak kesah if aku sorang tapi aku bawa airis, kesian airis yang berpeluh-peluh tunggu kat luar. 

Aku taktau la kalau aku yang over. Aku tau mungkin dia ade rules gitu untuk keselamatan bebudak dia, sekarang kan macam-macam. Tapi kita ade budi bahasa kan? Ada cara layanan berbudi bahasa kalau dia pandai.  KALAU cikgu pon takde budi bahasa, macam mana kita nak ajar anak murid kita budi bahasa? Kotlah yuran yang mahal & tadika itu memang popular tak perlu kot sampai gitu kan? Aku bukan ambik masa lama atau nak ganggu kelas tu. Aku cuma nak tanya je ambil masa sekejap je kan. Cakap la aku over, bagi aku cikgu itu takde budi bahasa. 

Aku terus ke Pos Office dan settlekan hal-hal aku dan masa tu baru 1.30. Nak tunggu pukul 3 lama lagi kan? aku pon dah malas nak kesana lagi, kalau aku tergerak nak pergi aku datang je masa open day nanti. Tapi hati aku dah tawar dah. Malas. 

Balik tu aku call balik tadika Montessori belakang rumah aku ni. Principle nya mintak aku datang dan bincang-bincang balik kalau aku senang. Lepas asar aku terus bawak airis kesana. Sebab aku takut nak tengok yuran dia tu, aku calit EO geranium dekat tengah dahi aku (between kening), dekat pergelangan tangan & heart. Aku doa-doa la, cikgu ni lembut hati dengan aku dan boleh bertolak ansur. 

Alhamdullilah airis dah start 1st class last kamis hari tu. Nanti aku cerita pasal sekolah Montessori ni ok & macam mana aku boleh hantar jugak anak aku ke situ dan essential oil ape yang aku guna. 

Happy Sharing :)




Post a Comment