Friday, June 9, 2017

Resepi Kuih Seri Muka Senang dan Sedap

Aku bizi mengemas rumah. Semalam aku flat sangat nak menaip entry. Hari ni aku macam ade energy sikit..hahha. aku tak lapar alhamdullilah.. aku just haus. Yes! Sri Petaling panas sangat. Sampai kedalam rumah terasa bahangnya.

Rabu ritu aku teringin nak buat kuih seri muka. Alah kuih yang atas hijau bawah pulut tu. Aku selalu beli je kuih tu dan bukan kuih faveret aku sangat pon sebab manis & kadang dapat yang terasa sangat telurnya. Pastu warna pon nampak sangat semata pewarna.. tapi bila puasa ni biasa la tekak mengada kan nak benda manis-manis so aku pon dok google resepi yang paling senang nak buat. Sebabnya aku ni memang takde kemahiran nak buat kuih. Ade je la yang tak jadi..keras..bantat.. segala!
Google memang ade banyak versi. Ade yang guna tepung ubi kayu, ade yang banyak step by step nya. Sorry la eh aku ni kang buat yang banyak step by step tu langsung tak jadi so aku jumpa 1 resepi ni yang memang straight forward je resepi dia. Then bahan-bahan pon aku ade. Bancuhan dia pon untuk cukup-cukup kami makan bertiga (bagi sikit dekat jiran). So meh cekitout resepi kat bawah ni.

**Loyang perlu letak minyak / plastik wrap tu supaya senang nak keluarkan dan potong. Aku terlupa nak letak. Aku just sapu minyak je.



Untuk pulut :
1 cawan beras pulut
1 cawan santan (aku guna santan kotak 200ml) - tapi tak cukup 1 cawan aku bilas-bilas kotak santan tu sampai dapat 1 cawan.
1 sudu kecik garam(aku guna sudu KFC) 


1) Panaskan pengukus
2) basuh beras pulut
3) santan dan garam disatukan
4) tuang santan atas beras pulut kacau dan masukan dalam loyang/bekas
5) Kukus - *aku kukus sampai masak pulut tu*
6) Dah masak, balik-balik kan pulut tu dan tekan-tekan dalam loyang tu sampai mampat/padat.


Untuk Lapisan hijau.
Daun pandan 5-6 helai (blend dengan sikit air)
1 cawan santan (aku guna santan kotak 200ml sama macam masak pulut)
setengah cawan gula 
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
setengah sudu besar tepung kastart* optional (ni aku sengaja tambah)
Sedikit pewarna 
Sedikit garam


Cara-cara:
1) blend daun pandan dengan sedikit air (sampai dapat 3-5 sudu besar air pandan) tapis dan ketepikan
2) blend gula & telur sampai kembang.
3) masukan santan blend lagi sampai sebati
4) masukan sekali air pandan. (Agak-agak je sebab nak warna hijau & bau pandan tu) 
5) masukan garam dan pewarna hijau* yg ni aku letak sikit je dalam setitik dua sebab nak warna hijau tu naik sikit
7) masukan tepung gandum & tepung kastart then blend lagi sampai sebati.


Tapis & Tuang bancuhan ni atas pulut yang dah masak & dipadatkan tu. Kukus lagi selama 30-45minit dengan api sederhana. Aku kukus 45minit. 5 minit yang last tu aku bukak penutup pengukus tu untuk keringkan wap air.

Memula lapisan atas yang hijau tu memang akan nampak berair sikit. Lepas dah sejuk dia akan mengeras/set jangan risau.

Biarkan sejuk 2-3 jam baru potong dengan pisau basah supaya tak melekat.
Dah boleh ler start buat sekarang untuk berbuka kang. Sebab kalau dia tak sejuk betul-betul nanti nak potong dia tak cantik.

Mama aku cakap, nak lagi traditional letak daun limau purut & jintan. Baru terangkat rasa dia. Ni yang jadi pon alhamdullilah. Takde pulak aku nak fikir traditional ke tak. Heheheh
Selamat mencuba!

P/S nanti aku update list senarai peserta yang join GA aku ye. Terima Kasih tau ramai yang sudi join. Aku terharu sangat!
Post a Comment