Kisah Viral Supplement?

Assalamualaikum semua! Puasa? 15 hari lagi je kan.. semoga diberi kesihatan untuk teruskan puasa sampai kehujung. Aku kan, baju raya pon tak beli lagi.. duit pon tak tukar lagi. Ya Allah cepat sangat tau masa berlalu. 2 minggu je lagi..huihuihui

Tu cer baca tajuk entry. Aku rasa ramai kot dah tau. Biasalah kalau bab viral ni mesti semua laju kan. Aku ni sebenarnya malas nak ambik tau sebab aku ni penjual supplement. Jadi viral-viral gini aku dah lali. Alhamdullilah viral gini tak effect sales aku dan bisness aku berjalan macam biasa & alhamdullilah Allah bagi lebih lagi.  Bagi aku viral ni kejapan je. Sebab aku dah lama menjual supplement, bagi aku ilmu dan kekuatan mental tu penting. Jangan cepat mengelabah kan?

Kawan baik aku si rina wasap aku share pasal benda ni minggu lepas. Tapi sebelum tu viral ni dah menular dekat group support kami. Jadi aku takde la tanjat sangat. Cuma yang aku kelakar bila ade kes-kes viral gini, cepat pulak orang nak salahkan sebelah pihak dan tak kaji dulu sebab penyebab. Aku dok fikir jugak kalau la betul pengambilan supplement ni memudaratkan, leader-leader, master-master aku yang berbelas tahun on supplement tu mesti dah macam-macam masalah kan? Aku sendiri mesti masa buat checkup result aku mesti dah macam-macam masalah tapi alhamdullilah dalaman badan aku sihat. Betul benda ni 1 dalam 1000 mungkin nasib mereka tak begitu baik.

Aku ade seorang customer ni, beli vitamin C dari aku, sebulan jugak on vitamin C ni & tetiba wasap aku tunjuk muka dia naik jerawat merah-merah dan mengelupas. Biasa lah, mesti salahkan supplement kan? Aku tanya dia, dia ade tukar pencuci muka ke atau pakai any skin care yang baru lately ni. Memula dia macam deny bila aku pusing sikit baru dia mengaku, dia baru start pakai 1 skin care ni dan perasan makin pakai makin naik jerawat. So aku advice, stop guna skin care tu dulu, teruskan makan vitamin C & jaga water intake. Alhamdullilah allah bagi dia kesembuhan.

Aku taknak komen ape-ape, bagi aku semuanya kena start secara bersederhana. Segalanya kenalah bersederhana. Allah pun suruh kita bersederhana dalam semua hal kan?  Dose juga perlulah bersederhana, takperlu lebih-lebih & jangan over claimed! 

Supplement ni untuk menampung keperluan nutrisi yang kurang dalam badan kita. Sebab kita sendiri tahu gaya hidup kita & cara pemakanan kita macam mana kan? Kalau kita memang makan healthy food, ambik kira semua segi dari cara masak, kebersihan,zat & nutrisi then takperlulah makan supplement if rasa semua tu cukup nak tampung semuanya.

alhamdullilah aku masih setia dengan supplement. 1 family kami memang makan supplement. Ok dah tak payah panjang-panjang. Bulan puasa ni baik perbetulkan diri sendiri & cari redha Allah dari kita dok salahkan orang kiri-kanan :)

wallahu a'lam

Korang yang belum join GA aku tu hari ni last tau! Join esok dah tak valid :) 

Selamat berpuasa semua. 




0 comments