Emosi dan Essential Oil

Terapi Essential Oil bukan penganti doa. Terapi essential oil ni untuk kita memudahkan segala benda yang terbuku dalam hati tu keluar. Bau-bau dari essential oil mampu mengeluarkan segala ape yang kita pendam dalam diri. Dia macam bantu kita keluarkan semua yang terbeban dalam hati dan fikiran. Sebab bau-bau yang tenang dan wangi bila kita bau straight ke otak sekaligus  mampu merangsang atau kontrol tahap emosi, memori, rasa lapar, kenyang dan sebagainya. Contoh :- korang balik kerja, badan letih, otak penat, stress pula, bila mandi gunakan sabun yang bau Lavender terus korang rasa calm, tenang, segar, lega - kan? Then korang dapat tidur lena tau korang dapat fokus kerja-kerja korang.

Last month genab 9 bulan aku aktif dalam Young Living. Jadi bulan ke-9 ni aku boleh redeem 3 oil yang aku nak dan aim. (nak tau macam mana nak dapat free oil/redeem oil boleh wasap aku) Sebab oil-oil ni bukan murah. Aku redeem yang betul-betul berguna dan mahal. Yelah kalau murah rugi la pulak kan.. sebab kalau murah aku boleh beli sendiri. Jadi oil yang aku redeem salah satunya ialah "build your dream" sebab aku ade list penuh impian aku yang aku target dan nak capai sebelum aku cecah umur 35! (sekarang umur aku 32) nanti lain entri aku akan review pasal eo wajib aku ni.

Actually aku banyak benda yang nak capai. Aku ni memang macam kurang aura. Aku takde skill dalam bisness. Aku bukan business student atau ambil course business. Tapi lebih ke sharing segala yang aku suka buat & aku rasa benda yang aku buat atau guna ni dapat bantu orang (yang baik & berkesan) dan aku suka nak mudahkan urusan orang lain. 

Impian aku besar, aku banyak benda nak capai. Tapi kadang-kadang aku stuck. Aku blank. Ada masa-masa yang aku nampak clear jalan depan mata, ada masa-masa yang aku blank. Essential oil memang always sebelah aku umpama penggerak otak & minda aku untuk lebih fokus & settlekan semua urusan aku dengan izin Allah.

Aku mengaku, aku seorang yang emosi tak stabil. Mungkin disebabkan dengan past life aku yang tak berapa nak "cun" macam orang lain. Mama seorang carier women. Kami adik beradik dari kecik dah berdikari uruskan semua sendiri sebab mama memang jarang ada. Mama single parent jadi tau kan macam mana single parent tu nak pastikan anak-anak semua cukup makan & perbelanjaan.  Jadi bila aku ade anak, aku jadi takut dan risau yang aku tak mampu nak besarkan anak aku dengan baik. Tak dapat masukan anak aku dekat sekolah yang bagus-bagus. Aku cukup emo bila anak aku nak something, aku tak dapat nak belikan. Dan disebabkan aku jenis berdikari. Aku tak mintak suami aku duit tapi aku yang akan usaha untuk cari duit supaya aku tak membebankan suami aku.

Suami aku pulak jenis workaholic. Jenis kerja 24/7. Jenis yang semua hal rumah letak dekat bahu aku sebab aku tak kerja. Jadi kadang-kadang benda-benda ginilah yang buat aku jadi hulk & warewolf huhuhu.. aku transform diri aku yang pendiam ni ke seseorang yang cakap non-stop.

Bila dah cakap non-stop kadang-kadang negatif vibes tu senang je nak selit masuk. Yelah badan penat, otak stuck hati pon macam-macam la kan... anak pulak makin membesar.. banyak ragam.. aku macam rasa bersalah sebab aku tak mampu nak selalu positif depan dia. Aku rasa bersalah sebab beri dia negatif enviroment yang mungkin akan effect masa depan dia.

Dari situ aku sedar... aku perlukan terapi dan aku pilih terapi essential oil. Sebab oil ni yang paling dekat dengan jiwa aku. Dari anak dara aku memang obses dengan bau-bau yang tenang especially lavender & ylang-ylang. Bau-bau ni buat aku lebih tenang & motivate diri aku sendiri.

Anak aku kadang-kadang dia memang ade satu peel yang aku sendiri tak boleh nak faham. Dia ni boleh di ketagori "bijak" (aku memang tak menyesal breastfeeding dia sampai sekarang) kebijaksanaan dia ni yang kadang buat dia restless.. buat dia cranky yang buat dia tantrum. Kalau dulu aku sama-sama tantrum... tapi sekarang.. aku gunakan cara terapi essential oil aku boleh handle semua alhamdullilah. Dia pon aku oil kan sekali. Itu lah wujudnya "Bedtime balm Auroma Scents"

Aku belajar dari pembacaan, dari youtube, dari live sharing leader aku macam mana nak emotional release guna essential oil. As orang islam, kita more to "berserah" dan "redha" dengan Allah, fungsi oil ni adalah untuk korek segala yang kita pendam keluar danlepaskan...kiranya bila ade oil ni dia lagi mudah untuk kita luahkan ape yang terbuku dalam hati.. yang stuck dalam jiwa.. sebab bila kita bau.. bau -bau tu akan naik ke otak.. ke salur-salur rongga badan kita.. jadi dia akan release segala-segalanya. Yes! Ianya berkaitan dengan bau. Bila kita hidu ia sampai ke hati.

Essential Oils ialah sesuatu yang natural. Ianya benda hidup & ada semangat sendiri. Dihasilkan dari bahagian-bahagian tanaman seperti biji, bunga,daun,akar,batang dan getah menggunakan kaedah cold-pressed, steam distillation atau hydro-distillation .  

Aku suka buat tapping. Aku suka buat Emotional Freedom Technique (EFT). Apa tu EFT? EFT ni satu kaedah emotional release menggunakan  tapping/stimulating point-point tertentu untuk release energy blockage yang menyebabkan negatif emotion .Tau tak kalau kita tetiba batuk, sakit tekak, sakit joint maknanya kita tengah stress atau tengah pendam sesuatu. Bila buat tapping ni, kita umpama bercakap dengan diri sendiri, kita kuatkan diri sendiri, kita motivate diri sendiri untuk realease everything dan feel better dengan izin Allah.

Semalam, aku tetiba urat sendi aku sakit. Sakit tapak kaki. Sakit satu badan. Aku rasa letih longlai.. mungkin sebab puasa aku tak banyak minum air atau pemakanan aku macam kurang  berkhasiat. Aku cuma sapukan beberapa titik release essential oil tu je.. miracle nya sakit tu reda. Then aku buat emotional release tapping, aku buat EFT dan aku realize yang aku pendam sesuatu yang aku tak release keluar. Bila lama-lama dia makan dalaman dan jiwa aku sendiri. No wonder aku makin stress & restless hari-hari..

Biasalah bila berniaga. Ade pasang surutnya. Ade je dugaan dan ujian allah nak bagi kan? Aku rasa kalau dah namanya berniaga atau makan gaji ade je masalahnya. Bezanya ialah berniaga ni segala kita yang handle. Untung rugi. Sales.. kalau takde sales takde la duit. Kalau ade sales ade la duit. Makan gaji pulak setiap bulan duit gaji masuk. Jadi setiap bulan tu ade la duit dalam acc.
Aku jeles dengan beberapa orang rakan-rakan bisness aku. Dorang ade gaji bulanan dan sales dorang pulak setiap hari tak putus-putus. Setiap hari update sales. Untuk aku yang ade isu emosi ni terus datang negatif reaction. Aku cemburu, aku rasa sakit hati... walaupun aku cuba fikir positif tapi aku gagal. Nak solat pon teringat-ingat.. aku start question my self dan salahkan diri sendiri sebab tak dapat nak buat yang terbaik dan lebih baik.

Then aku buat terapi oil. Aku gunakan Release essential oil. Aku buat EFT.. aku gunakan juga Lavender & Purification essential oil.. aku buat emotional release.. masyaAllah memang berjurai-jurai air mata keluar. Aku umpama pujuk diri aku sendiri..im a better person.. i forgive my self .. i forgive others.. dan lain-lain positif word. Then aku gunakan "hope" essential oil dekat tapak tangan. Aku tekap kat dada (heart) dan aku cakap lagi segala harapan aku,hope aku target aku ape je yang aku nak cakap. Aku imagine successful aku.. aku imagine semua yang baik-baik.. aku buat in silent..  ape yang kita fikir itulah doa kita. Kita serahkan pada Allah. Semua nya dengan izin Allah.

Alhamdullilah lepas keluar semua.. release semua.. aku rasa more positif. Aku lebih redha dan yakin.. sales aku pon alhamdullilah stabil. Bukan takat sales Auroma Scents aku tapi sales Shaklee & Young Living jugak.  Aku lebih yakin nak face customer. Aku lebih yakin nak deal dengan customers.. bagi aku tak salah kalau kita nak gunakan terapi oil kan. Tapi ada caranya.. jangan sampai ianya menduakan allah. Semuanya kita berbalik pada allah. Betulkan emosi & prasangka kita. InsyaAllah allah always be with us. If korang jenis yang suka memendam sesuatu, tak boleh nak lepaskan macam stuck dalam diri, aku suggestkan Release Essential Oil sebelum korang gunakan terapi oil yang lain. Korang akan nampak perubahan insyaAllah. Tahukan benda yang kita pendam, yang kita simpan mungkin akan memudaratkan diri kita sendiri? Bila kita dah release semua, barulah hati tenang & boleh move forward . Selebihnya kita berserah pada Allah . Sebab Allah yang Maha Mengetahui & sebaik-baik pembantu. InsyaAllah

Thank you Allah for all this.....
#sharingiscaring


Release essential oil
Release essential oil adalah sangat "powerful" dengan bauan yang menenangkan, effective bagi melepaskan kemarahan dan segala negatif memori dan emosi yang ada dalam diri. Memberi kesejahteraan dan ketenangan fikiran.

Auroma Scents, Pengedar Young Living Malaysia








0 comments