Selamat Hari Guru & Mini Gift by Auroma Scents Homemade Balm

Assalamualaikum

Aku pernah jadi seorang guru. Ye betul! Aku dulu cikgu tadika. Menjaga budak-budak 3 -4 tahun. Aku juga guru bahasa Melayu untuk anak-anak 5-6 tahun dekat sekolah tadika area rumah aku ni.

Benda yang aku paling rindu masa jadi cikgu tadika semestinya anak-anak murid aku yang comel-comel. Semua aku sayang walaupun ade sorang dua yang degil, tapi semua aku sayang. Masa tu tahun bila, sekarang mungkin semua dah besar panjang, Agaknya kalau jumpa aku dekat luar tah kenal ke tidak. Aku sendiri tak sure kenal dorang ke tak sebab semua mesti dah bujang, dah dara.. alaaa rinduuu

Merasa jugak la sekali sambut hari guru. Memang banyak "gift" yang aku dapat tapi 1 je yang aku masih guna sampai sekarang. Mug gamba giraffe. Sampai sekarang aku guna bancuh coffee setiap pagi :) Student yang bagi mug ni budak paling nakal dalam kelas aku. Nakal tapi aku sayang dia sebab dia manja. Pastu dia bijak! Aku kena refresh balik nama-nama semua student aku sebab lama sangat dah aku tinggalkan dunia sebagai "cikgu tadika"

2 minggu lepas, seorang kenalan aku request untuk buatkan dia mini gift set untuk hari guru. Dari beri cikgu-cikgu frame gambar, mug dia nak bagi something yang beri manfaat baik-baik untuk cikgu-cikgu semua. Jadi dia pilih balm Auroma Scents untuk jagikan gift hari guru. Dia pun request "Marhaini Face Serum" untuk Guru besar dan untuk jadikan gift Hari ibu juga.


Mini balm dalam ni ade 3 :

Bedtime (hot selling balm)
Muscle Relaxant 
Tension Tamer (balm baru)

harga start dari RM48 
Korang boleh pilih dari semua balm yang Auroma Scents ade untuk buat mini gift. Macam customer aku n dia pilih 3 tu dan aku rasa bagus & sesuai juga balm-balm tu untuk cikgu-cikgu.


Ni Marhaini Beauty Serum yang aku dah wrap cantik-cantik Harga RM49 (free deco) 

Untung laa cikgu-cikgu yang dapat ni kan, Semoga cikgu-cikgu semua serasi & suka la hendaknya dengan balm & serum Auroma Scents ni. Jangan lupa wasap aku kasi feedback ye cikgu-cikgu lepas guna tu :)

Untuk Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari tadika, sekolah rendah, menengah & Kolej aku ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk kalian. Segala ilmu yang kalian salurkan untuk aku, aku tak pernah sia-siakan sampai sekarang. TERIMA KASIH CIKGU!

**boleh refer IG Auroma_scents_Hq / FB Auroma Scents Hq untuk testimoni & cara guna ye!





0 comments