Naik merah-merah lepas guna balm Auroma Scents?

Assalamualaikum semua. 

Esok mungkin dah start puasa kan?  Hope korang dah persiapkan diri nak sambut bulan penuh keberkatan ni . Aku memang looking forward nak sambut puasa. Sebab waktu ni la aku tak akan miss solat tahajud!! InsyaAllah Haaaaa sebab hari-hari biasa aku agak liat gila nak bangun walaupun alarm aku dah bunyik banyak kali. Lagi pun bulan ramadhan insyaAllah doa-doa kita Allah perkenankan. ALLAHUMA AMEEN


Ok yang membaca ni ade tak customer-customer balm Auroma Scents atau ade tak yang teringin nak beli balm Auroma Scents untuk anak-anak? Aku ade sesuatu untuk perhatian korang semua. Ade cerita yang aku nak kongsi.

Beberapa minggu lepas, ade seorang customer mengadu yang bila dia pakaikan balm aku pada anak-anak dia, timbul merah-merah macam allergy serata tempat yang dia sapu. Merah-merah yang dia discribe tu gatal-gatal dan pedih sebab luka akibat digaru. Aku tepuk dahi.. hati aku memang dupdapdupdap sebab ni kes pertama aku. Sebelum ni kebanyakan customer aku beli guna untuk baby bawah 1 tahun dan kebanyakan nya newborn. Alhamdullilah takde pulak aku dapat feedback camni. Tapi aku syukur atleast aku tau. Atleast customer aku bagitau so that aku boleh lebih berhati-hati dan cari solution.

For your information, balm aku base homemade. Jadi segala bahan-bahan yang aku guna dalam balm ni adalah natural. Maknanya semulajadi tanpa bahan-bahan merbahaya atau yang memudaratkan.Selain essential oil bahan lain seperti beeswax,sheabutter dan organik grapeseed oil/sweet almond oil.  Essential oil yang aku guna pun ialah YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL dan bukan dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Kami jaga kebersihan semua peralatan kami.  Ratio/drops yang aku gunakan pun selamat untuk newborn baby sampai dewasa. Semua ni kami research. Kami ade team support. Tapi kenapa ade kes macam ni?

Aku PM semua customer aku. Aku tanya dan mintak feedback. Aku kasi skala chart sekali. So far memang tak ade yang bagi feedback kulit naik merah-merah. Siap repeat beli lagi ade. Alhamdullilah. Ade dua orang yang bagi feedback kulit naik merah-merah tapi BUKAN guna balm aku. Alhamdullilah..
Aku refer pulak team support, ini jawapan yang aku dapat...

At 1st bahan-bahan yang aku gunakan untuk buat balm adalah dari PURE ESSENTIAL OIL. Pati sepatinya.. jadi sekiranya kulit sensetif mungkin akan naik merah-merah atau dipanggil healing crisis. Bukan sesuatu yang memudaratkan. Ade beberapa kes dari team support kami share, memang ade yang mengadu kulit naik merah-merah bila apply balm/oil blend sebab berkemungkinan kulit tak tahan dengan essential oil tersebut atau masa tu badan mungkin tak beberapa sihat, jadi mungkin juga akan berlaku healing crisis.

Faham? Sesetengah kulit, especially kulit baby sangat sensetif. Sebab itu if korang beli essential oil, kami akan advice untuk layerkan dulu dengan ape-ape carrier oil (olive oil, grapeseed oil, coconut oil..etc) untuk mengelakkan dari skin reaction.

Aku faham mak-mak ni kalau nak sapu balm tu semangat gila sapu banyak-banyak kan? Macam aku jugak!

Jadi bila ade kes gini sila laa ambik perhatian ok. Jangan cakap hakak tak pesan!

Untuk mereka yang 1st time beli dan gunakan balm kami sila pastikan..
1) Buat "skin test" dengan sapu sedikit pada lengan/kaki. Jika dalam beberapa minit naik merah-merah, layerkan dulu carrier oil pada tempat yang nak sapu tu then baru sapu kan balm/blend oil
2) Sapukan nipis pada kulit. Jika baby bawah 1 tahun, korang boleh ratakan dulu balm/oilblend dekat tapak tangan then sapu pada bayi.
3) Stop guna jika masalah berlarutan. Biarkan reda dulu then follow step 1 & 2 .

Setiap balm/rub diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi,orgnik dengan campuran  natural therapeutic grade essential oils (pure oil) dan sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur kerana tidak panas/hangat bila disapu pada kulit tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. insyaAllah

Haaa sebelum aku lupa.. TRAVEL PACK promo 2 @ RM100 last ahad ni ok. Lepas tu harga back to normal rm55 satu bekas.
Personal saiz balm beli 5 dapat FREE 1 Lullabies baby balm yang tengah HOT sekarang.



0 comments