Anak Masih Sorang........

Aku belum lagi cuba oilblend untuk kesuburan. Asal aku nak buat je aku lupa. InsyAllah nanti aku buat dan R&D dekat diri sendiri then baru aku share dengan semua blend aku tu. Sebab aku tak terlalu fokus untuk ini. Tapi bila setiap hari aku dapat perkabaran orang-orang sekeliling aku pregnant, aku makin stress..hahahha 

Airis Nur Zulaikha anak dara aku & the only anak penyeri rumahtangga aku & suami buat masa ni. Alhamdullilah syukur. Walaupun hanya 1 tapi dialah kawan, dialah BFF aku. Tipulah kalau tak teringin nak tambah lagi sorang dua kan, tipulah kalau aku tak terkesan bila kawan-kawan, sedara mara dok hapdate "pregnancy test" double line. Tipulah kalau aku tak terasa orang dok tanya-tanya "eh sorang je? si nun tu dah masuk 3.. si tut tu tengah pregnant...." 

Latest, ade la beberapa kawan-kawan yang update dorang prenant. Sambil-sambil tu aku cakap dekat diri sendiri..Im Next! Insyaallah. Tapi Allah je tau betapa luluhnya hati aku actually..hahahha mengalir air mata aku ni dapat perkabaran mereka pregnant. Kenapa tak aku? Dorang anak dah ramai. Tak cukup lagi ke? Senangnya dorang nak pregnant. Aku? 4 tahun tunggu... 

Bila aku up status tentang airis, ade jugak la yang komen "kasi dia adik la mamy.." "dia nak adik tu mamy" Bukan tu je, sampai aku pergi makan dekat tempat biasa, orang kedai tu siap cakap "Rugi la bang, isteri tak kerja tapi anak sorang..saya kalau isteri saya duduk rumah je memang anak saya dah 5-6 orang..ni dia kerja cukup la 3 orang"

Senangnyaaa mulut-mulut tu cakap kan.. hahahha ingat nak anak boleh main bagi-bagi? boleh beli-beli senang-senang gitu? Memang kalau tak kuat, aku dah jadi ape dah.. tapi aku cakap dengan diri aku.. InsyaAllah 1 hari...soon...

1 hari tu masa mengemas, aku jumpa diari lama. Aku tak ingat langsung diari tu tapi bila baca.."ohhh cerita tentang aku yang struggle nak pregnant" hahahha.. oh yes! aku disahkan hamilkan airis masa usia perkahwinan aku & en.suami masuk 3 tahun. Sepanjang 3 tahun tu memang macam-macam dugaan & usaha aku buat. Ape je yang orang share untuk mempercepatkan kehamilan aku cuba. Beratus jugak duit aku keluar. Alhamdullilah aku takde la sampai nak buat IVF. Rezeki aku maybe, aku start amalkan makan supplement Shaklee bulan depanya aku pregnant! Semua tu dengan izin Allah juga. Alhamdullilah

Bila airis dah masuk 3 tahun, start balik aku menadah telinga orang dok cakap & tanya kenapa still sorang je anak? Kenapa tak pregnant-pregnant lagi.. dan memang kalau aku tak kuat iman, mungkin aku jadi stress & start soalkan kenapa life aku gini, kenapa Allah buat aku gini.. Tapi bila aku pandang Airis, aku istigfar & muhasabah diri.. aku lebih tenang. Sebab Allah know best. Dia tak beri aku anak lagi tapi dia gantikan dengan rezeki yang lain.. Dia je yang tau kemampuan aku & suami. 

For me, ade anak ramai atau sangat subur bukanlah petunjuk yang kita ni hebat! Aku mengaku, airis sorang je pon life aku tak terurus. Kehulu kehilir aku dengan airis. Langsung tak ade "me time" Suami aku jenis yang workaholic , Dia memang tak amik pot sangat .Aku sampai jadi tarzan dekat rumah. Cuba bayangkan anak aku 2-3 orang? Camne life aku? hahahhaa sebab tu mungkin Allah tak bagi aku rezeki anak lagi. Mungkin tunggu airis besar sikit kot senang dia tolong aku jaga adik-adik nanti. 

SOON...InsyaAllah :)


* Geranium essential oil bantu menstabilkan hormon/balance hormon dan ade beberapa eo lain lagi yang bantu fertility. Aku tengah on jugak beberapa eo ni selain aku konsisten makan supplement Shaklee macam dulu-dulu aku nak pregnant..


0 comments