Friday, May 26, 2017

Naik merah-merah lepas guna balm Auroma Scents?

Assalamualaikum semua. 

Esok mungkin dah start puasa kan?  Hope korang dah persiapkan diri nak sambut bulan penuh keberkatan ni . Aku memang looking forward nak sambut puasa. Sebab waktu ni la aku tak akan miss solat tahajud!! InsyaAllah Haaaaa sebab hari-hari biasa aku agak liat gila nak bangun walaupun alarm aku dah bunyik banyak kali. Lagi pun bulan ramadhan insyaAllah doa-doa kita Allah perkenankan. ALLAHUMA AMEEN


Ok yang membaca ni ade tak customer-customer balm Auroma Scents atau ade tak yang teringin nak beli balm Auroma Scents untuk anak-anak? Aku ade sesuatu untuk perhatian korang semua. Ade cerita yang aku nak kongsi.

Beberapa minggu lepas, ade seorang customer mengadu yang bila dia pakaikan balm aku pada anak-anak dia, timbul merah-merah macam allergy serata tempat yang dia sapu. Merah-merah yang dia discribe tu gatal-gatal dan pedih sebab luka akibat digaru. Aku tepuk dahi.. hati aku memang dupdapdupdap sebab ni kes pertama aku. Sebelum ni kebanyakan customer aku beli guna untuk baby bawah 1 tahun dan kebanyakan nya newborn. Alhamdullilah takde pulak aku dapat feedback camni. Tapi aku syukur atleast aku tau. Atleast customer aku bagitau so that aku boleh lebih berhati-hati dan cari solution.

For your information, balm aku base homemade. Jadi segala bahan-bahan yang aku guna dalam balm ni adalah natural. Maknanya semulajadi tanpa bahan-bahan merbahaya atau yang memudaratkan.Selain essential oil bahan lain seperti beeswax,sheabutter dan organik grapeseed oil/sweet almond oil.  Essential oil yang aku guna pun ialah YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL dan bukan dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Kami jaga kebersihan semua peralatan kami.  Ratio/drops yang aku gunakan pun selamat untuk newborn baby sampai dewasa. Semua ni kami research. Kami ade team support. Tapi kenapa ade kes macam ni?

Aku PM semua customer aku. Aku tanya dan mintak feedback. Aku kasi skala chart sekali. So far memang tak ade yang bagi feedback kulit naik merah-merah. Siap repeat beli lagi ade. Alhamdullilah. Ade dua orang yang bagi feedback kulit naik merah-merah tapi BUKAN guna balm aku. Alhamdullilah..
Aku refer pulak team support, ini jawapan yang aku dapat...

At 1st bahan-bahan yang aku gunakan untuk buat balm adalah dari PURE ESSENTIAL OIL. Pati sepatinya.. jadi sekiranya kulit sensetif mungkin akan naik merah-merah atau dipanggil healing crisis. Bukan sesuatu yang memudaratkan. Ade beberapa kes dari team support kami share, memang ade yang mengadu kulit naik merah-merah bila apply balm/oil blend sebab berkemungkinan kulit tak tahan dengan essential oil tersebut atau masa tu badan mungkin tak beberapa sihat, jadi mungkin juga akan berlaku healing crisis.

Faham? Sesetengah kulit, especially kulit baby sangat sensetif. Sebab itu if korang beli essential oil, kami akan advice untuk layerkan dulu dengan ape-ape carrier oil (olive oil, grapeseed oil, coconut oil..etc) untuk mengelakkan dari skin reaction.

Aku faham mak-mak ni kalau nak sapu balm tu semangat gila sapu banyak-banyak kan? Macam aku jugak!

Jadi bila ade kes gini sila laa ambik perhatian ok. Jangan cakap hakak tak pesan!

Untuk mereka yang 1st time beli dan gunakan balm kami sila pastikan..
1) Buat "skin test" dengan sapu sedikit pada lengan/kaki. Jika dalam beberapa minit naik merah-merah, layerkan dulu carrier oil pada tempat yang nak sapu tu then baru sapu kan balm/blend oil
2) Sapukan nipis pada kulit. Jika baby bawah 1 tahun, korang boleh ratakan dulu balm/oilblend dekat tapak tangan then sapu pada bayi.
3) Stop guna jika masalah berlarutan. Biarkan reda dulu then follow step 1 & 2 .

Setiap balm/rub diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi,orgnik dengan campuran  natural therapeutic grade essential oils (pure oil) dan sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur kerana tidak panas/hangat bila disapu pada kulit tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. insyaAllah

Haaa sebelum aku lupa.. TRAVEL PACK promo 2 @ RM100 last ahad ni ok. Lepas tu harga back to normal rm55 satu bekas.
Personal saiz balm beli 5 dapat FREE 1 Lullabies baby balm yang tengah HOT sekarang.



Thursday, May 25, 2017

Anak Masih Sorang........

Aku belum lagi cuba oilblend untuk kesuburan. Asal aku nak buat je aku lupa. InsyAllah nanti aku buat dan R&D dekat diri sendiri then baru aku share dengan semua blend aku tu. Sebab aku tak terlalu fokus untuk ini. Tapi bila setiap hari aku dapat perkabaran orang-orang sekeliling aku pregnant, aku makin stress..hahahha 

Airis Nur Zulaikha anak dara aku & the only anak penyeri rumahtangga aku & suami buat masa ni. Alhamdullilah syukur. Walaupun hanya 1 tapi dialah kawan, dialah BFF aku. Tipulah kalau tak teringin nak tambah lagi sorang dua kan, tipulah kalau aku tak terkesan bila kawan-kawan, sedara mara dok hapdate "pregnancy test" double line. Tipulah kalau aku tak terasa orang dok tanya-tanya "eh sorang je? si nun tu dah masuk 3.. si tut tu tengah pregnant...." 

Latest, ade la beberapa kawan-kawan yang update dorang prenant. Sambil-sambil tu aku cakap dekat diri sendiri..Im Next! Insyaallah. Tapi Allah je tau betapa luluhnya hati aku actually..hahahha mengalir air mata aku ni dapat perkabaran mereka pregnant. Kenapa tak aku? Dorang anak dah ramai. Tak cukup lagi ke? Senangnya dorang nak pregnant. Aku? 4 tahun tunggu... 

Bila aku up status tentang airis, ade jugak la yang komen "kasi dia adik la mamy.." "dia nak adik tu mamy" Bukan tu je, sampai aku pergi makan dekat tempat biasa, orang kedai tu siap cakap "Rugi la bang, isteri tak kerja tapi anak sorang..saya kalau isteri saya duduk rumah je memang anak saya dah 5-6 orang..ni dia kerja cukup la 3 orang"

Senangnyaaa mulut-mulut tu cakap kan.. hahahha ingat nak anak boleh main bagi-bagi? boleh beli-beli senang-senang gitu? Memang kalau tak kuat, aku dah jadi ape dah.. tapi aku cakap dengan diri aku.. InsyaAllah 1 hari...soon...

1 hari tu masa mengemas, aku jumpa diari lama. Aku tak ingat langsung diari tu tapi bila baca.."ohhh cerita tentang aku yang struggle nak pregnant" hahahha.. oh yes! aku disahkan hamilkan airis masa usia perkahwinan aku & en.suami masuk 3 tahun. Sepanjang 3 tahun tu memang macam-macam dugaan & usaha aku buat. Ape je yang orang share untuk mempercepatkan kehamilan aku cuba. Beratus jugak duit aku keluar. Alhamdullilah aku takde la sampai nak buat IVF. Rezeki aku maybe, aku start amalkan makan supplement Shaklee bulan depanya aku pregnant! Semua tu dengan izin Allah juga. Alhamdullilah

Bila airis dah masuk 3 tahun, start balik aku menadah telinga orang dok cakap & tanya kenapa still sorang je anak? Kenapa tak pregnant-pregnant lagi.. dan memang kalau aku tak kuat iman, mungkin aku jadi stress & start soalkan kenapa life aku gini, kenapa Allah buat aku gini.. Tapi bila aku pandang Airis, aku istigfar & muhasabah diri.. aku lebih tenang. Sebab Allah know best. Dia tak beri aku anak lagi tapi dia gantikan dengan rezeki yang lain.. Dia je yang tau kemampuan aku & suami. 

For me, ade anak ramai atau sangat subur bukanlah petunjuk yang kita ni hebat! Aku mengaku, airis sorang je pon life aku tak terurus. Kehulu kehilir aku dengan airis. Langsung tak ade "me time" Suami aku jenis yang workaholic , Dia memang tak amik pot sangat .Aku sampai jadi tarzan dekat rumah. Cuba bayangkan anak aku 2-3 orang? Camne life aku? hahahhaa sebab tu mungkin Allah tak bagi aku rezeki anak lagi. Mungkin tunggu airis besar sikit kot senang dia tolong aku jaga adik-adik nanti. 

SOON...InsyaAllah :)


* Geranium essential oil bantu menstabilkan hormon/balance hormon dan ade beberapa eo lain lagi yang bantu fertility. Aku tengah on jugak beberapa eo ni selain aku konsisten makan supplement Shaklee macam dulu-dulu aku nak pregnant..


Wednesday, May 24, 2017

Travel Pack & Promo Auroma Scents

Assalamualaikum kesayangan

Aku kurang sihat lagi hari ni. Maybe straight 2 minggu aku kebizian settlekan mini gift Hari ibu & Hari Guru. Alhamdullilah Rezeki Allah yang tak pernah putus. Hari ni pulak si suami pulak tak sihat..sok sek sok sek dari pagi so aku suruh je dia MC duduk depan mata aku so that aku boleh "minyak" kan dia sampai sihat..hahhaha.

Aku nak announce hari ni yang TRAVEL PACK (5 in 1) balms dah back on track! Tapi untuk bulan ni (mei)- June 2017 je. Kasi peluang untuk korang yang nak mencuba-cuba balm Auroma Scents & mudahkan korang yang nak travel sepanjang bulan Ramadhan & Raya. So far semenjak aku start jual Travel Pack ni memang dapat permintaan tinggi then dari Travel Pack ni lah customer aku upgrade ke saiz personal 30g. Korang boleh klik link untuk baca testimoni balm Auroma Scents ok :) https://www.instagram.com/explore/tags/testimonibalmauromascents/



Dalam Travel Pack ade 5 jenis balm (most wanted)

1 . Bedtime  

●Bau yang menenangkan
●Bantu memberi tidur yang lebih lena
●Bantu mengurangkan stress
●Bantu menenangkan anak tantrum
●Melegakan sengal-sengal bahu @ migrain akibat stress

2. Vapour 

●Melegakan pernafasan akibat asma/hidung tersumbat/batuk
●Melegakan simptom-simptom asthma, batuk,selsema,sinus & hidung tersumbat
●Sesuai digunakan pada bayi sebagai rub selepas mandi.
●Mengurangkan suhu demam
.
3. Happy Tummy
●Melegakan kembung perut,sebu perut dan sembelit/cirit birit.
●Pengganti minyak telon yang tak panas sesuai untuk bayi baru lahir.
.
4. Itch No More
●Mengurangkan bengkak dan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
●Insects Repellent - sapu pada anggota badan untuk elak dari gigitan nyamuk/serangga
.
5. Skin Soothe
●Melegakan kegatalan kulit seperti ekzema, PSO, ruam-ruam dan sebagainya.
●Melembabkan kulit kering akibat ekzema
●Mengecutkan Jerawat
.
Untuk Travel Pack ni hanya RM55.00 (untuk satu) dan dengan setiap pembelian 2 set, korang akan dapat FREE 1 10g LULLABIES BABY BALM 


👼Lullabies Baby Balm👼 *new* 
Diblend khas utk baby newborn,kanak-kanak,preggy mommies & nursing mommies 
👍Membantu bayi lebih tenang-tidur lebih nyenyak 
👍Mengurangkan ragam si kecil 
👍Membantu melegakan kembung perut & sembelit bayi 
👍Sesuai utk bayi yang nak tumbuh gigi(kurangkan sakit gusi-sapu dekat area luar gusi*pipi) 
👍Mengurangkan kesan strechmark si ibu dan membantu melegakan tekanan/letih semasa hamil 
👍Sapukan di sekeliling breast sebelum menyusu untuk bantu ibu & anak lebih calm.


Ok jap, bulan ni sampai June bulan depan if bukan je korang boleh beli Travel Pack, tapi korang boleh grab promosi personal saiz (30g) Beli 5 balm percuma 1 Lullabies Baby balm (worth rm32)

Kalau korang nak beli Lullabies Baby Balm je, bolehhh.. Bulan ni je harga promo Baby balm ni RM25 sahaja. (normal Rm32)

Super jimat, super save! Aku siap kasi Free Postage untuk Semenanjung & Hanya RM5 untuk Sabah Sarawak.

Lain-lain Balm Auroma Scents

☆Ouch!PMS☆
Melegakan simptop-simptom "datang bulan" yang selalu menjadi masalah kaum wanita seperti senggugut,sebu perut,lenguh belakang badan,migrain,cirit birit dan mood swing.
.
☆Muscle Relaxant☆
Membantu melegakan sakit otot,lutut,joint dan lenguh tapak kaki. Sesuai digunakan sebelum / selepas kerja berat dan excersice
.
☆Tension Tamer☆
Memberi ketenangan dan menstabilkan mood dan mengurangkan anxiety .
.
Bodyguard
Kerap demam? Sapukan Bodyguard rub pada tapak kaki setiap hari selepas mandi & sebelum tidur.
Bodyguard rub ialah Immune Booster yang bantu badan kuat dan terhindar dari penyakit seperti Demam,selsema,Influenza dan sebagainya.


Ig : @auroma_scents_hq
FB : auromascentshq
Email : auromascentshq@gmail.com
Blog : namaakufazahirah.blogspot.my
Whatsapp : 011 1018 1916
.

Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru & Mini Gift by Auroma Scents Homemade Balm

Assalamualaikum

Aku pernah jadi seorang guru. Ye betul! Aku dulu cikgu tadika. Menjaga budak-budak 3 -4 tahun. Aku juga guru bahasa Melayu untuk anak-anak 5-6 tahun dekat sekolah tadika area rumah aku ni.

Benda yang aku paling rindu masa jadi cikgu tadika semestinya anak-anak murid aku yang comel-comel. Semua aku sayang walaupun ade sorang dua yang degil, tapi semua aku sayang. Masa tu tahun bila, sekarang mungkin semua dah besar panjang, Agaknya kalau jumpa aku dekat luar tah kenal ke tidak. Aku sendiri tak sure kenal dorang ke tak sebab semua mesti dah bujang, dah dara.. alaaa rinduuu

Merasa jugak la sekali sambut hari guru. Memang banyak "gift" yang aku dapat tapi 1 je yang aku masih guna sampai sekarang. Mug gamba giraffe. Sampai sekarang aku guna bancuh coffee setiap pagi :) Student yang bagi mug ni budak paling nakal dalam kelas aku. Nakal tapi aku sayang dia sebab dia manja. Pastu dia bijak! Aku kena refresh balik nama-nama semua student aku sebab lama sangat dah aku tinggalkan dunia sebagai "cikgu tadika"

2 minggu lepas, seorang kenalan aku request untuk buatkan dia mini gift set untuk hari guru. Dari beri cikgu-cikgu frame gambar, mug dia nak bagi something yang beri manfaat baik-baik untuk cikgu-cikgu semua. Jadi dia pilih balm Auroma Scents untuk jagikan gift hari guru. Dia pun request "Marhaini Face Serum" untuk Guru besar dan untuk jadikan gift Hari ibu juga.


Mini balm dalam ni ade 3 :

Bedtime (hot selling balm)
Muscle Relaxant 
Tension Tamer (balm baru)

harga start dari RM48 
Korang boleh pilih dari semua balm yang Auroma Scents ade untuk buat mini gift. Macam customer aku n dia pilih 3 tu dan aku rasa bagus & sesuai juga balm-balm tu untuk cikgu-cikgu.


Ni Marhaini Beauty Serum yang aku dah wrap cantik-cantik Harga RM49 (free deco) 

Untung laa cikgu-cikgu yang dapat ni kan, Semoga cikgu-cikgu semua serasi & suka la hendaknya dengan balm & serum Auroma Scents ni. Jangan lupa wasap aku kasi feedback ye cikgu-cikgu lepas guna tu :)

Untuk Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari tadika, sekolah rendah, menengah & Kolej aku ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk kalian. Segala ilmu yang kalian salurkan untuk aku, aku tak pernah sia-siakan sampai sekarang. TERIMA KASIH CIKGU!

**boleh refer IG Auroma_scents_Hq / FB Auroma Scents Hq untuk testimoni & cara guna ye!





Monday, May 15, 2017

Lullabies Baby Balm by Auroma Scents

Assalamualaikum

Minggu lepas aku sibuk settlekan tempahan gift untuk Teacher's day. Esok hari gurukan. Cikgu-cikgu dekat sekolah-sekolah terpilih tu jangan tanjat pulak dapat mini gift Auroma Scents tau. Dah dapat tu guna nanti boleh wasap aku dan share feedback balm tu hokey. Esok aku story lagi tentang gift ni. Hari ni aku nak story pasal New balm aku - Lullabies Baby Balm  

Balm ni hasil bila ade beberapa orang kawan-kawan yang bersalin dan aku nak beri something yang boleh guna bukan untuk baby tapi sekali mak baby. Memula aku nak buat "Massage oil" untuk both baby & mommy, tapi aku keluarkan dulu balm ni sebab dari servey yang aku dapat, ramai request balm. Massage oil tu aku buat insyaAllah if dapat sambutan balm ni, aku keluarkan massage oil pulak :)

Lullabies Baby Balm ni aku buat dari selected essential oil yang khas untuk baby. Baby kan banyak ragamnya, kerap terjaga atau light sleeper, colic, kerap kembung, kerap meragam.. haiss banyak lagi la. Balm-balm aku yang sedia ade tu masing-masing ade kegunaan nya sendiri kan, Lullabies Baby Balm ni aku buat all in 1 senang mak-mak nak guna. Sapu dekat badan baby selepas mandi supaya baby 1 hari tenang je :) Lullabies Baby Balm ni pun sesuai untuk ibu-ibu hamil, bantu mengurangkan tekanan/stress semasa kehamilan. Mengurangkan "morning sickness" dan sakit kepala dan lenguh-lenguh. Balm ni pon bantu memudarkan parut "stretch mark" dan melembabkan kulit kering dan diaper rash. Boleh diurut pada sekitar "breast" sebelum menyusukan bayi.


Antara essential oil yang terdapat dalam Lullabies Baby Balm ni ialah :

Lavender - Bau yang menenangkan, Baik untuk kulit (rash,ekzema,pudarkan parut..)
Geranium - membaiki & membaikpulih urat-urat & tisu-tisu, Memberi efek yang menenangkan,anti-inflammatory, anti-infection.
Ylang-ylang - Meningkatkan ketenagan & mood relax
Chamomile - Memerangi keresahan/insomnia,muscle tention & anti-inflammation
Lemon - Anti-depression, anti-septic
Jasmine - Bagus untuk sensetive skin, calming
Rose - Promote healty skin, reduce scar
Coriander - Support healthy immune function
Rosewood - Relaxing mood
Palmosa - Memerangi kuman & parasite, Melembabkan kulit

Base balm ni macam biasa aku gunakan bahan-bahan semulajadi antaranya beeswax & shea butter. Untuk carrier oil, aku gunakan 6 jenis carrier oil yang sesuai untuk kulit bayi yang sensetif.

Cara guna : Sapu nipis seluruh badan bayi selepas mandi atau sebelum tidur. 

Harga Promo untuk Lullabies baby Balm ni hanyalah RM25/30g (normal RM32) dan korang boleh dapatkan percuma mini saiz dengan setiap pembelian 2 set TRAVEL PACK (5 in 1)

**Travel Pack dah kembali balik tau tapi untuk sepanjang bulan ini sehingga hujung bulan June sahaja. Korang boleh dapatkan TRAVEL PACK dengan harga RM55 untuk 1 atau RM100 untuk 2 set (FREE 1 mini saiz Lullabies Baby balm)

Whatsapp : 011 1018 1916 (farah zahirah)






Sunday, May 14, 2017

Kisah Gelang Hilang

Assalamualaikum & Selamat Hari Ibu! Pergi mana je hari ni? Mesti semua jalan-jalan, makan kat luar kan? Aku macam hari-hari biasa, duduk rumah. Aku pandang Airis, Airis pandang aku. Suami aku kaki kerja . Sangat workaholic. Time-time cuti pun kerja, time kerja apetah lagi kan? Kadang aku bersyukur sangat aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Kalau aku juga bekerja, entah-entah airis ni ape la jadi. Sebab aku pon sejenis workaholic. Tapi aku yakin, keputusan aku ni betul. Allah tu Maha Mengetahui. Ade hikmah & kebaikannya kan? 

Sepatutnya aku ikut auntie aku pergi settlekan beberapa urusan perkahwinan sepupu aku, tapi aku gila malas. Rasa nak melunjur kaki dekat rumah tengok Movie Korea. Padahal setiap hari pun aktiviti aku sama je kan? Almaklumlaaa suri rumah sepenuh masa... ape je aku buat kan? Kain 2 bakul besar pon aku tak lipat-lipat. Rumah pun tak berkemas.. Aku seorang WAHM (Working at Home Mom- jadi aku bahagikan masa aku ni dengan macam-macam hal-Rumah,anak, suami,bisness) sampai kena squeez aktiviti untuk diri sendiri

Ok aku nak cerita something. Last week tak silap aku, aku bawa airis pergi Giant Kinrara nak main playland free dalam tu. Haa ni cerita yang esoknya dia demam panas. Korang boleh baca entry aku tu nanti. Hari yang aku bawa dia main dekat playland tu, malam tu aku perasan yang gelang aku selalu pakai hilang. Gelang tulaa satu-satunya hadiah birthday aku yang ke-29 suami aku hadiahkan. Lepas tu jangan cakap gelang emas, bunga..wish pon tak hado! sobs~ so itu je la harta emas aku ade. Bukan sebab aku berkira nak beli, aku tau emas ni banyak benefit dia cuma aku bukan peminat emas. Jadi ape yang ade tu lah aku pakai & simpan. Actually dalam week tu macam-macam Allah nak duga aku. Gelang hilang, anak demam pastu aku dapat 1 feedback negatif dari pengguna balm Auroma Scents. Tu nanti aku story. Menarik cerita tu.

Bila dah perasan hilang, 1 malam aku tak boleh tidur. Aku cari merata 1 rumah. Gelang tu halus je, pastu selalu sangat tercabut sendiri (mungkin halus sangat kot..hahahha) Airis laa yang paling sibuk tolong mencari satu rumah. Aku tak rasa gelang tu cicir kat Giant. Last aku perasan gelang tu masa aku teman airis main dekat playland tu. Tapi hati aku ni kuat cakap yang gelang tu ada dalam rumah. Korang kalau hilang barang yang hilang dekat luar mesti rasa hati berdebar-debar kan? Rasa hati tak sedap je. Dok fikirkan barang yang hilang tu. Tapi aku tak rasa apa-apa sebab aku yakin gelang tu ade dalam rumah. Cuma aku tak tau kat mana & aku malas nak fikir sebab macam-macam benda serabut dalam otak aku masa tu.

Hari ke hari aku macam takde perasaan nak mencari gelang tu. Entah kenapa. Redha ke camne? Tapi esoknya tu aku ade baca gak doa barang hilang. Korang cari je kat Youtube doa tu. Aku baca pon sekali je, pastu aku tarik nafas, mengalir gak la air mata sebab sayang weii gelang tu sebab si suami yang kasi kan. Nak beli baru atau mintak baru emas bukan murah. Tapi aku yakin, kalau rezeki aku mesti aku jumpa balik gelang tu. Kalau bukan rezeki aku, insyAllah Allah gantikan yang lebih baik.

Setiap hari airis akan bising-bising cakap pasal gelang aku. Semua orang yang dia jumpa dia akan cerita yang gelang aku hilang dekat giant. Bukan tu je, si bijak ni memang usaha cari gelang aku sampai dapat. Yang bestnya, bukan gelang yang dia jumpa tapi semua getah rambut aku yang lama hilang atau missed place dia jumpa. Cakap tu gelang aku. Kompius maybe sebab aku selalu gak letak getah rambut dekat pergelangan tangan aku. 

2 hari lepas time aku sibuk dalam bilik air si bijak ni ketuk pintu bilik air kuat-kuat cakap dia dah jumpa gelang aku. Aku iyakan je dari dalam bilik air sebab aku tau another getah rambut le tue. Dia paksa gak aku keluar cakap gelang aku dah jumpa! Alhamdullilah! Memang gelang aku. Memang Airis jumpa gelang aku. Dia punya happy melampau dapat jumpa gelang tu dari aku! Dia cakap dia jumpa bawah katil. Dia nak ambik ape tah nampak gelang aku. Dia cerita 1 rumah pasal dia yang jumpa gelang tu. So malam tu gak aku pergi tapau KFC upah sebab jumpa gelang aku..

Ade hikmah dia aku bersabar. Dalam week tu walaupun banyak benda serabut aku face, Allah bagi aku rezeki sales beratus-ratus sehari. Pengubat jiwa juga kan? Alhamdullilah.

Baru tau nak merasa dapat gelang baru present Mother's Day.. ahhahaahah. Alhamdullilah, dah jumpa ni syukur alhamdullilah. Aku bisik dekat airis, nanti besar kerja bagus-bagus belikan aku gelang emas tebal. Dia cakap "OK Mamy, nanti aiyish belikan mamy gelang besar" (tears~)

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU HEBAT DI DUNIA!






Friday, May 12, 2017

Anak Demam dan Essential Oils

Assalamualaikum
Sedih bila tengok blog aku jarang berupdate.. padahal kepala ni macam-macam idea nak menulis. Cuma peluang tak ade. Aku fikir jugak ape yang aku buat seharian sampai takde masa... ehm...

Sebelum aku terlupa dan sebelum aku masuk draf sekali lagi entri ni.. aku nak say thanks dekat +Shaidatul Aireen sebab pilih blog aku masuk bloglist Mei dia. Tak kesah la tak dapat pretzel kaler-kaler tu..kang kita beli je la kalau termengidam..hehehhe

Dua hari lepas Airis tetiba demam panas. Bagi aku panas.. near 40'. Sebab airis jarang demam. Tapi kalau dia demam memang near 40'.  Pastu dia ni suka sangat demam me ngejut. Siang elok main-main.. lompat sana sini.. esok subuh demam panas... Airis selalu demam sehari je dah reda. Tapi makin dia besar, demam dia kadang hampir 3/4 hari. Aku percaya, bila airis dah hampir wean off, dia dah kurang menyusu aku macam rasa antibody dia tak sekuat masa dia fully breastfeed.

So ape yang aku buat? Sama je sebelum dan selepas aku jadi dukun minyak ni. Cuma bila dah jadi dukun minyak aku cuma apply je la minyak-minyak aku ni. Kalau dulu aku memang pastikan ade buah lemon dalam fridge. Sebab anak ni demam ni bebila pon boleh. Lemon ni aku hiris, letak dalam bathup air suam.. biar dia berendam. Then aku suka buat lemon oil (olive oil then perah lemon) untuk urut satu badan dia masa demam selsema. Kalau demam yang sebab virus dan batuk, aku buat garlic oil. Epsom salt pon bagus untuk turunkan suhu demam. 

Subuh hari yang dia demam tu aku perasan badan dia panas. Sebab dia mintak menyusu, aku rasa mulut dia pon panas sangat. Bila cek suhu badan dia memang 39.8' mau nyaa aku tak panik! Sebab semua oil-oil aku kat bawah yang ade cuma Bedtime Rub & Vapour Rub Auroma Scents, aku sapu dedua ni kat badan..belakang badan. Pastu Vapour Rub aku sapu kat tapak kaki & Bedtime dekat kepala & leher. Lepas tu aku tuam kepala dia dengan kain lembab.. 10 minit aku cek balik alhamdullilah turun ke 38' tapi still demam.


Dalam pukul 10 pagi aku cek balik suhu dia masih 38'. Aku TAK sapu Bodyguard balm. Sebab Bodyguard ni khas untuk protection. Essential Oil dalam Bodyguard ni ade yang panas. Jadi kalau sapu aku risau suhu badan yang panas akan semakin panas. Sebab tu aku hanya gunakan Vapour Rub & Bedtime Rub je kalau anak demam.


Single oil actually lagi bagus. Selain dua jenis balm yang aku guna ni.. aku gunakan juga LLP (Lemon,Lavender,Peppermint) Layerkan 1 drop each dekat tapak kaki dua-dua belah. Then aku titikkan  juga Lavender Essential Oil dekat atas kain lembab yang aku letak atas kepala Airis. Frankincense pulak aku sapu sepanjang tulang belakang. Alhamdullilah suhu dia turun ke 37.6' . Dan aku buat ni je kerap-kerap sampai suhu dia betul-betul normal. Air masak pun aku bagi dia minum lebih-lebih. Babah dia masakan dia sup ayam. Bagusnya airis ni dia masih ade selera makan walaupun suhu tinggi macam tu.
Dia tau dia demam.. dia tau badan dia panas.. dia still taknak rehat.. taknak tidur..sebab tu suhu dia naik balik ke 38' esok nya..

Aku still buat balik rutin yang biasa.
1) sapukan Bedtime Rub dekat seluruh badan & dahi. Then letak kain lembab yang aku titikan essential oil Lavender tu dekat dahi.
2) Sapu Vapour rub dekat dada & bekalang badan & bahagian tekak.
3) Tapak kaki aku sapukan 1 drop each Peppermint Essential oil setiap sejam. Just Peppermint Essential Oil. Sebab memang aku akan terjaga setiap jam nak cek suhu airis.
4) Aku diffuse Lemon & Lavender

Alhamdullilah hari ni ni dah fully recovery.. syukur ya Allah! Aku tak bagi dia makan ubat itu yang lagi syukur huhuhu sekurang-kurangnya aku dapat elak dari dia makan ubat.
So aku sangat-sangat recomen dekat semua ibu-ibu.. atleast ade 3 eo ni dekat rumah Lemon,Lavender & Peppermint. Pon dah cukup tau. Korang beli sekali balm-balm Auroma Scents especially Bodyguard (protection) Vapour (selema&batuk) Bedtime (Legakan badan & tidur lebih lena)
InsyaAllah aku bantu mana yang boleh dan yang terbaik.