Thursday, January 12, 2017

Natural & Organic Balm dan Blend Oil by Auroma Scents

Assalamualaikum

Kadang apa yang kita impikan belum tentu akan dapat on the spot. Walaupun dah berapa banyak usaha yang kita buat belum tentu nampak hasil. Tapi dengan usaha,doa,usaha,doa yang istiqomah tambah pulak dengan niat yang betul insyAllah allah akan bantu dan permudahkan semuanya. Lambat atau cepat..

Aku dah lama idamkan brand sendiri. Cuma aku tak nampak jalan. Aku taktau apa nak kena buat. Alhamdullilah dengan bimbingan kawan-kawan rapat dengan doa dan dorongan  orang tersayang aku semakin menghampiri impian aku iaitu mempunyai brand sendiri.

One Step Closer..InsyAllah aku dalam usaha mentengahkan Organik & Natural Balm yang semestinya selamat digunakan dari baby new born sampaila kedewasa dan ianya bebas dari bahan kimia, bahan merbahaya dan insyaAllah berkesan dan suci.

SELAMAT SUCI SEMULAJADI

Korang nak sample? Haaa tunggu GA yang aku akan buat nanti tau. Ramai-ramai join so ramai la akan dapat Balm aku InsyaAllah.

Nak tau balm ape yang ade? korang boleh klik link ni---> http://namaakufazahirah.blogspot.my/p/oil-blend-by-auroma-scents.html

Untuk korang yang aku lupa nak balas kunjungan tu nanti aku singgah ok. Aku bizi sangat dua tiga hari ni mengerjakan projek balm aku huhuhu.. Aku sampai Insomnia tau.. Tapi aku tau, Allah tau semangat aku, allah nampak usaha aku InsyAllah kepayahan aku sekarang Allah akan ganti dengan kemudahan dan 1001 kebaikan. Aaminn








Monday, January 9, 2017

Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan

Assalamualaikum
Buat ape tu?? Aku mengantuk gila hari ni. Dua hari kat kampung aku pergi bantai tidur pukul 3-4 pagi bukan buat ape pon berborak dengan adik-adik aku. Si kekris pulak memang perangai dia kalau balik kampung akan join sama lepak sampai 3-4 pagi. Aku happy tau, sebab bukan senang aku nak lepak dengan adik-adik aku brborak walaupun kami 3 beradik je.. 

Aku banyak entri nak share, semua masuk draft..otak tepu hari ni, so aku nak join GA lagi.. nak blogwalking jelah hari ni boleh?

Hari tu join GA Korea, hari ni India pulak..hehehehhe aku suka kuch kuch hota hai 😍


Macam biasa Klik Banner orite!

Good Luck semua yang join

Friday, January 6, 2017

Rezeki Segmen : Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Aku suka blogwalking..aku suka join GA/Segmen cuma aku takde masa, masa aku limited.. mana yang sempat je aku bw..mana yang aku nampak je aku join.. sebab bagi aku ni la cara aku bermesra dengan rakan-rakan blog dan aku boleh usha-usha entri-entri dorang dan sekaligus banyak jugak ilmu dan pengetahuan aku dapat. Sebab aku ni bukanlaa ramai kawan pon.. aku ni suka bersendiri.. eceh.. aku ni selalu dengan dunia aku je, bila aku start berbisness MLM ni baru aku start nak tonjolkan diri aku bukan sebab nak lariskan jualan aku tapi sebab bila join MLM ni aku kenal dengan ramai orang baik customer atau seMLM dengan aku. Automatik aku jadi seorang yang suka sharing, suka bercakap dan aku jadi mudah mesra dengan orang.. aku suka! hahha

Panjang sangat mukadimah kan? sebenarnya aku nak share 1 benda je.. Alhamdullilah ni laa 1st time aku terpilih jadi pemenang dalam segmen ni. Thanks to +Nur Khairul Azizi Mohamad  & dengan kerjasama Random.org sebab blog aku terpilih dalam Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017 lepas ni makin semangat la aku menaip entry ye.. jangan pernah bosan dengan entry2 aku sebab aku sedaya upaya share something yang berguna untuk korang.... 😚



Thursday, January 5, 2017

Survey Tadika Area Sri Petaling PT 1 : Radiance Childcare Centre

Dah terlambat ke nak daftar anak tadika? Yaa Allah.. aku actually tak ambik pot langsung pasal ni, padahal mak-mak lain semua dah heboh-heboh anak masuk sekolah.Asal aku jenguk FB berlalu lalang post anak sekolah kat wall aku. Aku boleh buat relax je.. huhuhu

Actually aku nak startkan si kekris sekolah bila dia masuk 3 tahun, pastu mak aku cakap awal sangat. Aku pon tak ade la sibuk macam mak-mak lain nak servey tadika untuk dia. Kawan aku pulak cakap masukan kekris play school. Biar dia belajar berkawan. Sebab kat rumah ni pon aku dengan dia & aku perati si kekris ni jenis yang suka berkawan & cepat mesra dengan orang. Lagi pun aku rasa tahap kepandaian dia macam dah patut masuk sekolah.. Tapi itu lahh.. long short story, sebab kelekaan aku ni, aku langsung tak daftarkan dia sekolah. Ikutkan tahun 2017 ni kekris dah dikira 4 tahun sebab birthday dia bulan 12. Huhu 4 tahun dah dia, kenapa aku macam rasa baru semalam aku bersalinkan dia..huhuhu

Aku dok tunggu mak aku balik, kononnya nak ajak dia pergi survey tadika sekitar sri petaling ni. Nak ajak suami aku, dia sibuk 24/7 jadi hal-hal sekolah ni dia bebankan aku untuk fikir. Aku pulak ade satu feeling yang dup dap nak pergi survey sorang-sorang. Dua tiga orang kawan jugak aku PM tanya apa yang nak tanya masa aku pergi survey tadika si kekris.. aku nak well prepared , so aku takde la blur kan..Sebab lama sangat nak tunggu mak aku balik, jadi aku sampai lupa..hari ni baru aku pergi 1 tadika kat belakang rumah aku. Dekat kan, belakang rumah pulak. Jadi aku dah aim la tadika tu..

Kawan aku dah pesan, jangan terkejut tengok fees dorang. Lebih-lebih yang private ni. Memang awal-awal tak lari RM1k+ yang kena bayar masa nak register tu. So aku dah mention kat suami aku pasal ni. Dia cakap takpe, bulan ni dapat bonus so insyaAllah boleh bayar 1st payment tu. Aku pon ok je la...

Tadika yang aku pergi ni bukan laa macam Little Caliphs ke, macam Smart Reader ke, tadika biasa je. Sebab kat sini kawasan cina, so ade la Bahasa Mandarin dalam silibus pembelajaran tu. Aku suka sebab dekat dengan rumah..belakang lorong je, budak tak ramai dan memang aku nak yang ada extra bahasa mandarin sebab aku nak dia tahu cakap cina.. Principal tu memula tunjuk aku buku-buku semua, dia cakap tadika ni guna silibus Singapore. buku-buku semua dari situ sebab lagi advance. Aku dulu pon seorang cikgu tadika. Tapi aku taktau kenapa aku tak dapat nak apply dekat kekris. Aku gagal nak mengajar dia. Maybe sebab dia anak aku kot. Lain.. Cuma biasalaa tadika cina, mana nak ade pembelajaran agama islam kan, aku dah fikir nak anta si kekris ni mengaji dengan jiran aku. Sekali la ku pon nak mengaji. Betul-betulkan tajwid aku..heheh

Awal-awal borak dengan principle aku senang hati. Sebab principle dia friendly, aku rasa semua principle pon gitu tak? sebab aku dulu kan kerja jadi cikgu tadika. Principle tempat aku mengajar tu memang peramah dengan parents.. tapi dengan cikgu memang makan jiwa! hahahah Kekris pon ok je main-main nyanyi-nyanyi happy-happy.. sampai laa principle tu tunjuk yuran tadika tu.....

RM2,400++ yearly.... korang rasa apa? Murah ke mahal? Aku rasa mahal..... Aku sebab nak buat-buat cool aku diam lamaa pastu aku just cakap okok... Tu yearly, bulanan RM350 aku rasa mahal.. aku seriously tak mampu... tu halfday ok. Fullday add lagi RM350.. aku macam nak pengsan.. Kawan aku cakap normal fees sekarang memang RM2k.. tapi kalau aku rajin survey ada yang bawah RM2K... 

Memula aku fikir hanya bayar fees bulanan tu + registration fee untuk 1st payment. Sekali principle tu cakap kena bayar yang RM2k+ tu.. Masa tu aku terbayang muka suami aku je..aku terbayang acc bank aku cukup ke aku nak bayar? huhuhu Amount tu termasuk yuran bulanan untuk bulan ni, insurance, buku-buku, alat tulis, baju sekolah & baju sukan, computer fees, lunch dan lain-lain lagi.. 

Aku cakap ngan principle tu yang aku nak discuss dengan suami aku dulu sebab dia yang membayar kan.. Nak sedap kan hati aku mintak principle tu bawak aku tour 1 tadika tu nak tengok-tengok, si kekris siap join kelas lagi.. then dia siap taknak balik..aku kasi jela dia main-main kat situ sebab aku tau aku tak akan hantar dia kat situ..taktau laa kot tetiba Allah nak kasi aku rezeki mencurah-curah..Aaminnnn 

Balik tu aku call mak aku, dia cakap mahal sangat..soh aku jangan terburu-buru nak sekolahkan kekris sebab dia baru 4 tahun . Mak aku cakap masukan dia sekolah agama. Murah. Mak aku cakap, jangan sebab ni aku gaduh laki bini sebab nak bayar yuran tadika kekris..aku pon bukan bekerja kan....

Sri Petaling ni banyak tadika, bersepah tapi banyak tadika cina la.. aku tetiba fikir, kalau masuk tadika agama, boleh la kekris belaja solat & mengaji kan.. Masalahnya tadika agama kat sini mana pon aku tak sure, dulu ada la dekat area pasar belakang rumah aku ni, jauh sikit la.. sebab adik aku dulu tadika kat situ tapi sekarang taktau tadika tu ada lagi ke tak.. Esok insyAllah aku nak servey Little Caliphs kat area rumah aku ni. Taktau la berapa pulak fees dia kan.. Kalau ade yang baca ni anta anak kat Little Caliphs Sri Petaling, meh tepek komen fees dia berapa.. aku nak prepare mental & emosi huhuhu

Sekarang baru aku tau perasaan korang bila bab "sekolah anak" Nanti aku update survey aku dekat Little Caliphs pulak ye..

eh mommies yang anaknya macam lemau je dekat sekolah, atau kurang daya tumpuan, aku ada cara... calit essential oil Orange/Joy/Cedarwood dan sapu wellness blend untu extra protection , InsyaAllah sangat membantu sebab ni antara sharing kawan-kawan aku yang amalkan essential oil kat anak-anak dorang.. Nak tau pasal essential oil sekali nak beli boleh whatsapp aku ye kat 012-384 1916 InsyaAllah aku bagi good service & advice :)





Sunday, January 1, 2017

New Year New Me..

Happy New Year 2017 semua!!

Aku taktau la..aku rasa aku macam ada good feeling dekat tahun 2017 ni. Tahun lepas aku macam kurang semangat macam tahun ni. Tahun lepas aku macam banyak bermain dengan emosi macam tahun-tahun lepas.. Tapi aku memang looking forward nak ke 2017. Sekarang dah 2017 & im ready walaupun orang ramai cakap tahun ni tahun yang mungkin akan lebih struggle dari tahun-tahun lepas.. Aku taktau la tapi aku suka angka 2017.. Macam sesuatu sangat..

2015-2016 tahun jatuh bangun aku. Dalam dua tahun ni memang nampak la emosi aku turun naik. Bukan diri sendiri je tapi effect dekat sekeliling aku, bisness aku, jiwa aku semua.. Benda baik jadi dekat aku, Kekris je.. Aku berjaya besarkan kekris sendiri lepas aku berhenti kerja, aku berjaya susukan dia sampai 3 tahun, Alhamdullilah aku nampak sendiri dan rasa sendiri progress dia membesar. Dari merangkak ke berjalan ke berlari. Dari tak boleh cakap ke suka bercakap. Semua benda yang kalau aku tanya suami aku dia mesti taktau nak reply apa sebab dia 24/7 sibuk bekerja... Bayangkan aku kalau kerja..mungkin aku pon terlepas moment-moment kekris membesar...

Ok yang tak baik semua tu aku malas ingat. Aku dah letgo semua. Ikat rapi tinggalkan semua dekat tahun 2016. Tahun ni aku banyak impian..& aku harap allah mudahkan semua..Insyaallah

Malam tadi aku celebrate New Year dengan sepupu-sepupu aku. Aku membesar dengan dorang dikeliling aku. Aku tak ramai kawan. Kalau ada pun semua dah bekeluarga & ada life masing-masing. Cousins aku la orang-orang yang aku cari kalau nak lepak, nak berborak kami memang rapat dari kecil. 

Semalam balik pukul 3 pagi. Aku lupa yang aku ni mak. Kekris selamat dah balik dulu dengan babah sebab babah tak larat nak balik tidur. Dia kasi chan kat aku malam tadi lepak dengan cousins aku dan dia bawak balik kekris. Lama dah aku tak balik lewat camni semenjak ade kekris. Dunia aku hanya kekris. Mana-mana aku pergi aku mesti dengan dia. Dia yang nampak jatuh bangun & kesusahan aku.Dia teman lepak aku, teman gaduh aku, teman happy aku, BFF aku! hahhaha


Tahun ni aku dah decide untuk kembali bekerja. Sebab kekris dah besar, aku rasa tanggungjawab untuk bagi dia kehidupan yang lebih baik. Untuk kekris banyak yang aku dah aturkan.. dia akan masuk sekolah, aku akan bekerja..mungkin tuff buat aku, sebab 2 tahun dia hanya didepan mata aku 24/7 dan mungkin aku akan emosi bila aku kembali bekerja. Tapi InsyaAllah semua dah dalam list aku....aku kena kuat kan...

Untuk bisness aku, InsyAllah aku akan perkembangkan.. Aku akan ade my own brand. Balm,vapor rub, oil blend yang aku buat khas untuk korang atau anak-anak korang yang ada masalah kesihatan. Aku nak cuba luaskan produk Natural & 100% Organik. InsyAllah. Aku dah ada label, cuma insyAllah aku akan perluaskan lagi. Haaa aku tengah cari agen-agen drop ship kalau korang berminat nak join aku meh whatsapp 012-3841916 :)

Untuk diri aku, hubungan aku dengan Allah & keluarga aku harap akan jadi lebih baik. Umur pon dan makin banyak kan.. aku taknak buang masa.. Bagi aku Allah is my Everything.. Tempat aku mengadu..tempat aku share susah suka duka aku :)

Aku taknak cerita panjang, Just aku harap 2017 ni tahun yang baik untuk aku dan untuk korang .. so ape impian 2017 korang? Harap semua dapat bangkitkan semangat yang baru tahun ni ok :)


Aku agen Young Living Malaysia
Aku agen Shaklee Malaysia
Aku seorang mak
Aku seorang Isteri
Aku seorang anak
Aku seorang hamba Allah

Selamat Tahun Baru 2017
New Year New Me - InsyaAllah 💓