Tuesday, June 13, 2017

Senarai Pemenang "Must Love Giveaway by Auroma Scents"

Assalamualaikum

Haaaa jangan ingan aku lupa na announce! Semalam aku tak berapa sihat, nak on laptop pon rasa mual-mual.. so aku postpone le hari ni ok! So tak payah nak cakap banyak..just chek it out kat bawah ni nama-nama pemenang GA Auroma Scents!


Tahniah! Congratulations! korangggg.. Aku happy & berbesar hati nak hadiahkan korang Travel Pack Auroma Scents yang memang menjadi pilihan ramai! Pada yang lain tu insyaAllah aku akan buat lagi GA dari masa ke semasa & terima kasih sebab sudi join GA aku yang tak seberapa ni.

Hadiahnya aku terpaksa postpone selepas balik raya ye sebab aku sibuk uruskan hal-hal order customer. Mohon pemenang wasap aku ke 011-1018 1916 untuk alamat penghantaran :)

http://msvelentine.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
http://honeyoyeke.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
http://www.ceriteraibu.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents-2017.html
http://www.eldarwena.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html

Salam Ukhwah, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya!




Sunday, June 11, 2017

Kisah Viral Supplement?

Assalamualaikum semua! Puasa? 15 hari lagi je kan.. semoga diberi kesihatan untuk teruskan puasa sampai kehujung. Aku kan, baju raya pon tak beli lagi.. duit pon tak tukar lagi. Ya Allah cepat sangat tau masa berlalu. 2 minggu je lagi..huihuihui

Tu cer baca tajuk entry. Aku rasa ramai kot dah tau. Biasalah kalau bab viral ni mesti semua laju kan. Aku ni sebenarnya malas nak ambik tau sebab aku ni penjual supplement. Jadi viral-viral gini aku dah lali. Alhamdullilah viral gini tak effect sales aku dan bisness aku berjalan macam biasa & alhamdullilah Allah bagi lebih lagi.  Bagi aku viral ni kejapan je. Sebab aku dah lama menjual supplement, bagi aku ilmu dan kekuatan mental tu penting. Jangan cepat mengelabah kan?

Kawan baik aku si rina wasap aku share pasal benda ni minggu lepas. Tapi sebelum tu viral ni dah menular dekat group support kami. Jadi aku takde la tanjat sangat. Cuma yang aku kelakar bila ade kes-kes viral gini, cepat pulak orang nak salahkan sebelah pihak dan tak kaji dulu sebab penyebab. Aku dok fikir jugak kalau la betul pengambilan supplement ni memudaratkan, leader-leader, master-master aku yang berbelas tahun on supplement tu mesti dah macam-macam masalah kan? Aku sendiri mesti masa buat checkup result aku mesti dah macam-macam masalah tapi alhamdullilah dalaman badan aku sihat. Betul benda ni 1 dalam 1000 mungkin nasib mereka tak begitu baik.

Aku ade seorang customer ni, beli vitamin C dari aku, sebulan jugak on vitamin C ni & tetiba wasap aku tunjuk muka dia naik jerawat merah-merah dan mengelupas. Biasa lah, mesti salahkan supplement kan? Aku tanya dia, dia ade tukar pencuci muka ke atau pakai any skin care yang baru lately ni. Memula dia macam deny bila aku pusing sikit baru dia mengaku, dia baru start pakai 1 skin care ni dan perasan makin pakai makin naik jerawat. So aku advice, stop guna skin care tu dulu, teruskan makan vitamin C & jaga water intake. Alhamdullilah allah bagi dia kesembuhan.

Aku taknak komen ape-ape, bagi aku semuanya kena start secara bersederhana. Segalanya kenalah bersederhana. Allah pun suruh kita bersederhana dalam semua hal kan?  Dose juga perlulah bersederhana, takperlu lebih-lebih & jangan over claimed! 

Supplement ni untuk menampung keperluan nutrisi yang kurang dalam badan kita. Sebab kita sendiri tahu gaya hidup kita & cara pemakanan kita macam mana kan? Kalau kita memang makan healthy food, ambik kira semua segi dari cara masak, kebersihan,zat & nutrisi then takperlulah makan supplement if rasa semua tu cukup nak tampung semuanya.

alhamdullilah aku masih setia dengan supplement. 1 family kami memang makan supplement. Ok dah tak payah panjang-panjang. Bulan puasa ni baik perbetulkan diri sendiri & cari redha Allah dari kita dok salahkan orang kiri-kanan :)

wallahu a'lam

Korang yang belum join GA aku tu hari ni last tau! Join esok dah tak valid :) 

Selamat berpuasa semua. 




Friday, June 9, 2017

Resepi Kuih Seri Muka Senang dan Sedap

Aku bizi mengemas rumah. Semalam aku flat sangat nak menaip entry. Hari ni aku macam ade energy sikit..hahha. aku tak lapar alhamdullilah.. aku just haus. Yes! Sri Petaling panas sangat. Sampai kedalam rumah terasa bahangnya.

Rabu ritu aku teringin nak buat kuih seri muka. Alah kuih yang atas hijau bawah pulut tu. Aku selalu beli je kuih tu dan bukan kuih faveret aku sangat pon sebab manis & kadang dapat yang terasa sangat telurnya. Pastu warna pon nampak sangat semata pewarna.. tapi bila puasa ni biasa la tekak mengada kan nak benda manis-manis so aku pon dok google resepi yang paling senang nak buat. Sebabnya aku ni memang takde kemahiran nak buat kuih. Ade je la yang tak jadi..keras..bantat.. segala!
Google memang ade banyak versi. Ade yang guna tepung ubi kayu, ade yang banyak step by step nya. Sorry la eh aku ni kang buat yang banyak step by step tu langsung tak jadi so aku jumpa 1 resepi ni yang memang straight forward je resepi dia. Then bahan-bahan pon aku ade. Bancuhan dia pon untuk cukup-cukup kami makan bertiga (bagi sikit dekat jiran). So meh cekitout resepi kat bawah ni.

**Loyang perlu letak minyak / plastik wrap tu supaya senang nak keluarkan dan potong. Aku terlupa nak letak. Aku just sapu minyak je.



Untuk pulut :
1 cawan beras pulut
1 cawan santan (aku guna santan kotak 200ml) - tapi tak cukup 1 cawan aku bilas-bilas kotak santan tu sampai dapat 1 cawan.
1 sudu kecik garam(aku guna sudu KFC) 


1) Panaskan pengukus
2) basuh beras pulut
3) santan dan garam disatukan
4) tuang santan atas beras pulut kacau dan masukan dalam loyang/bekas
5) Kukus - *aku kukus sampai masak pulut tu*
6) Dah masak, balik-balik kan pulut tu dan tekan-tekan dalam loyang tu sampai mampat/padat.


Untuk Lapisan hijau.
Daun pandan 5-6 helai (blend dengan sikit air)
1 cawan santan (aku guna santan kotak 200ml sama macam masak pulut)
setengah cawan gula 
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
setengah sudu besar tepung kastart* optional (ni aku sengaja tambah)
Sedikit pewarna 
Sedikit garam


Cara-cara:
1) blend daun pandan dengan sedikit air (sampai dapat 3-5 sudu besar air pandan) tapis dan ketepikan
2) blend gula & telur sampai kembang.
3) masukan santan blend lagi sampai sebati
4) masukan sekali air pandan. (Agak-agak je sebab nak warna hijau & bau pandan tu) 
5) masukan garam dan pewarna hijau* yg ni aku letak sikit je dalam setitik dua sebab nak warna hijau tu naik sikit
7) masukan tepung gandum & tepung kastart then blend lagi sampai sebati.


Tapis & Tuang bancuhan ni atas pulut yang dah masak & dipadatkan tu. Kukus lagi selama 30-45minit dengan api sederhana. Aku kukus 45minit. 5 minit yang last tu aku bukak penutup pengukus tu untuk keringkan wap air.

Memula lapisan atas yang hijau tu memang akan nampak berair sikit. Lepas dah sejuk dia akan mengeras/set jangan risau.

Biarkan sejuk 2-3 jam baru potong dengan pisau basah supaya tak melekat.
Dah boleh ler start buat sekarang untuk berbuka kang. Sebab kalau dia tak sejuk betul-betul nanti nak potong dia tak cantik.

Mama aku cakap, nak lagi traditional letak daun limau purut & jintan. Baru terangkat rasa dia. Ni yang jadi pon alhamdullilah. Takde pulak aku nak fikir traditional ke tak. Heheheh
Selamat mencuba!

P/S nanti aku update list senarai peserta yang join GA aku ye. Terima Kasih tau ramai yang sudi join. Aku terharu sangat!

Wednesday, June 7, 2017

Senarai Peserta "Must Love Giveaway by Auroma Scents"

Alhamdullilah, thanks korang sudi join GA aku. Kat bawah ni senarai kesayangan yang join ye. akan di update dari masa ke semasa-insyaAllah

Start 5/6/20117
End 11/6/2017

Pemenang akan diumukan pada 12@13/6/2017 insyaAllah

5 X TRAVEL PACK BY AUROMA SCENTS TERAPI BALM 
(bedtime balm, vapor balm, happy tummy balm, itch no more balm, skin soothe balm)


Senarai Peserta "Must Love Giveaway by Auroma Scents"

1)  http://msvelentine.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
2) http://themaiman.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
3) http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
4) http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
5) http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents-2017.html
6) http://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
7) http://www.mialiana.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
8) http://www.eldarwena.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
9) http://maszull.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
10) http://www.pokcikblogger.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
11) http://sfilzahtulhr.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-aurora-scents-2017.html
12) http://www.kasihjuju.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
13) http://www.ceriteraibu.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents-2017.html
14) http://mama3danish.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents-2017.html
15) http://www.leaazleeya.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
16) http://www.zaizamree.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
17) https://cikash.blogspot.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html 
18) http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
19) http://jombercontest.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
20) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
21) http://honeyoyeke.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
22) http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
23) http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
24) http://www.jun-zie.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents-2017.html
25) http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
26) http://happinessin-me.blogspot.my/2017/06/giveaway-must-love-giveaway-by-auroma.html
27)  http://inisemuapoyolaaa.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
28)  http://www.syuhadasalleh.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
29) http://aimanziyad.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
30) http://farah-atiqah98.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
31) http://letsliveourlive.blogspot.com/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
32) http://fatinun.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html
33) http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents.html

Selamat berpuasa semua! Jangan mengelat tauuuu..hehhehe

Tuesday, June 6, 2017

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya

Mengantuk aku menunggu "loading" .. line internet hari ni sangat la siput huhu.. GA kedua aku join rini. Bulan puasa ni otak agak slow nak menulis . Lagipun si Airis ni lately nak aku tengok dia 24/7 huhu..

Korang nak duit raya? meh join GA ni. Mana tau rezeki bulan ramadhan ni kan dapat duit raya! yihuuuuu.. klik kat banner ok :)


Jangan lupa juga join GA aku ye.. klik banner kat sidebar tepi blog ni.

Good Luck & Selamat berpuasa semua!

Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri

Ingat lagi once upon a time, kad raya ni memang aku menunggu posmen hanta tau. Rekod aku pernah dapat 100 kad raya masa tahun berapa tah sebab masa tu aku aktif dekat chatting group jadi dapat la banyak bertukar-tukar kad raya (masa ni Wassap/FB?telegram belum fames)

Ok straight to the point. Jom join GA by @zafirah Nazri ni. Just klik kat banner bawah ni & follow semua step-stepnya ok.


oooohhh yeee.. GA aku pon still ongoing sampai 11 june ni tau. Klik banner GA aku kat sidebar blog ok. :)

Good Luck Semua!

Monday, June 5, 2017

Must Love Giveaway by Auroma Scents 2017

Assalamualaikum Kesayangan

Hari ni dah Ramadhan ke-10 kan? Kejapan je kan. 10 hari ni ada ke yang dah tercicir? Aku alhamdullilah masih berpuasa penuh walaupun fully breastfeed. Susu,kurma,oat & ESP Shaklee bantu aku lebih tahan lapar sepanjang berpuasa walaupun aku jenis yang tak makan nasi waktu sahur. 

Ok, bulan puasa ni aku nak share rezeki dengan korang yang sudi enter Giveaway ke-2 aku (yang 1st gagal! muahahhah) alhamdullilah Balsam/balm auroma scents semakin menjadi pilihan ibu bapa yang mencari dan sukakan balm natural & homemade. Yes! Balm kami semua homemade. Siapa yang kenal aku, aku ni memang jenis suka nak kasi free sample atau ape je yang boleh untuk customer & kawan-kawan aku. Giveaway kali ini aku nak kasi 5X Travel Pack Auroma Scents (5 in 1 balm worth RM55) untuk 5 orang yang bertuah!

Travel Pack Balm Auroma Scents terdiri daripada 5 jenis natural balm (Bedtime,Vapour,ItchNoMore, Happy Tummy & Skin Soothe)

Mana tau korang antara 5 yang bertuah kan? Bulan Ramadhan ni doa-doa makbul. Doa banyak-banyak ok :)

Just follow step-step kat bawah ni  ok. Good Luck semua!


1) Buat 1 entry tajuk "MUST LOVE GIVEAWAY BY AUROMA SCENTS"
2) Copy banner & backlink ke entry ini

3) Follow Blog dan Google + Celoteh Mamy Si Kekris 
4) Follow Instagram (ig) Auroma_Scents_Hq
5) Follow Instagram (ig) Fa_Zahirah
6) Like/follow Facebook Auroma Scents Hq

7) Tinggalkan link entry korang pada ruang komen dibawah ni & jangan lupa letak kan sekali username IG korang untuk aku followback

Tarikh tamat Giveaway ni ialah 11 june 2017 dan pemenang akan diumumkan pada 12/13 june 2017 insyaAllah

Pemenang akan dipilih secara random & memenuhi syarat-syarat diatas. 

Senang kan? So ape lagi, jangan join sorang-sorang, ajak semua kawan-kawan join ok!

Jemput Join semua ! Good Luck

Sunday, June 4, 2017

Homemade balm by Auroma Scents

TENTANG AUROMA SCENTS (AS)

Auroma Scents ialah satu jenama produk homemade balm/balsam diperbuat daripada bahan-bahan natural dan organik tanpa bahan-bahan kimia, pengawet, pewarna dan pewangi tiruan. Bahan-bahan natural yang digunakan adalah seperti Beeswax, Pure Sheabutter/Cocoa Butter, Organic Carrier oil (sweet almond oil, coconut oil, grapeseed oil,vegi oil) dan bahan utama didalam balsam ini ialah Therapeutic Grade Essential Oils. (100%  minyak pati semulajadi dari tumbuh-tumbuhan) dan dijual pada harga yang berpatutan.

Setiap produk/balsam Auroma Scents menggunakan bahan-bahan natural dan organik tanpa pewarna & pewangi tiruan, tidak panas dan tidak merbahaya dan sesuai digunakan oleh setiap lapisan umur bermula dari newborn hingga dewasa. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dengan gabungan organik essential oils mampu memberi kebaikan dan manfaat juga sebagai terapi alternatif kepada masalah kesihatan dan membantu mengurangkan simptom-simptom kepada masalah kesihatan seperti batuk,selsema,demam dan menenangkan anak-anak yang kerap tantrum dan hyperaktif kerana bau-bau essential oil yang wangi & menenangkan. 

Kami percaya dan yakin dengan menjual produk yang bebas bahan kimia untuk kegunaan harian akan membuatkan lebih ramai ibu bapa lebih yakin  tanpa perlu risau lagi untuk digunakan pada anak-anak.

Auroma Scents mengeluarkan 10 variasi balsam dimana 7 daripadanya adalah dikhaskan untuk bayi dan kanak-kanak manakala selebihnya adalah kegunaan orang dewasa.


Jenis-jenis Balsam oleh Auroma Scents


1) Bedtime Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Gabungan Lavender essential oil, Cedarwood essential oil, Lime essential oil, Vanilla essential oil, Orange essential oil dan beberapa essential oils lagi membantu si kecil tidur lebih lena dan mendapat qualiti tidur yang baik supaya mereka kurang meragam & bau yang menenangkan membantu mengurangkan hyper & tantrum si kecil. Sesuai digunakan sebagai stress relief dan mengurangkan migrain akibat stress.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada sekitar dahi (temple head, between kening,brain stem tengkuk) bahu dan betis setiap malam/kegunaan harian/bila perlu.


2) Vapour Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Gabungan Lavender,Peppermint,Myrtle,lemon essential oil dan beberapa lagi essential oil yang effective membantu mengurangkan simptop-simptom selsema, sinus, batuk, dan membantu menurunkan suhu demam dan mengurangkan kesesakkan nafas (asthma) dan blocked nose akibat selsema.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada dada,belakang badan dan tapak kaki. Boleh disapu pada batang hidung untuk mengurangkan blocked nose dan sinus.


3) Happy Tummy Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Gabungan Lavender,Peppermint, lemon essential oil dan beberapa lagi essential oil yang membantu melegakan simptop-simptom stomach discomfort  seperti kembung perut, sakit perut, sembelit, dan cirit-birit. Juga bantu melegakan period pain.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada bahagian perut mengikut ARAH JAM jika kembung/sembelit & LAWAN JAM jika sakit perut/cirit birit 



4) Itch No More Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Mengandungi Lavender, Lemongrass essential oil dan beberapa lagi jenis essential oil digunakan sebagai "insect repellent" juga bantu mengurangkan bengkak dan gatal akibat gigitan serangga.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang terdedah (lengan,kaki,muka) sebagai insect repellent dan sapu pada gigitan nyamuk/serangga untuk kurangkan kegatalan & bengkak.



5) Skin Soothe Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,7 jenis carrier oil.

Mengandungi Lavender essential oil, frankincense (kemenyam arab) essential oil, Geranium, Tea tree oil membantu melembabkan kulit kering sesuai untuk ekzema,ruam lampin, PSO dan membantu mengecutkan jerawat & melembabkan bibir yang kering & tumit merekah.

Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang kering seperti tumit kaki & bibir. Sapu nipis pada kulit yang ruam,ekzema atau jerawat dengan kerap.

6) Bodyguard Balm
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,sweet almond oil,grapeseed oil 

Mengandungi essential oil yang membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh badan antaranya oregano essential oil, frankincense (kemenyan arab) essential oil dan lemon essential oil. Bodyguard balm ialah Immune Booster yang bantu badan lebih kuat dan terhindar dari penyakit seperti Demam,selsema,Influenza dan sebagainya.

Cara Penggunaan :
Untuk kegunaan harian. Disapu pada tapak kaki setiap hari/malam atau ketika keluar rumah atau membuat aktiviti luar seperti beriadah/swimming.



7) Lullabies Baby Balm *baru*
(Sesuai untuk newborn, kanak-kanak & dewasa)
Mengandungi Sheabutter,beeswax,7 jenis carrier oil.

Bahan utamanya ialah Lavender essential oil dan 9 lagi essential oil yang khas untuk bayi baru lahir,ibu hamil dan ibu menyusu. Balm berbau lembut dan menenangkan ini membantu menenanagkan bayi, melegakan kembung perut, mengurangkan colic dan membantu bayi tidur lebih lena. Balm ini membantu mengurangkan stretch mark pada perut si ibu dan membantu mengurangkan "morning sickness" ibu hamil. Boleh mengurangkan ketidakselesaan pada si kecil akibat tumbuh gigi. 

Cara Penggunaan :
Untuk kegunaan harian. Gunakan setiap hari selepas mandi/sebelum tidur (nipis) Boleh disapu pada sekitar "breast" sebelum menyusukan bayi untuk memudahkan proses penyusuan dan menenangkan ibu & bayi.


8) PMS! No More
(Sesuai untuk dewasa sahaja)
Mengandungi Sheabutter,beeswax, grapeseed oil.

Mengandungi Lavender essential oil, Peppermint essential oil, Geranium, Wintergreen essential oil dan beberapa lagi essential oil membantu kaum hawa mengurangi simptom-simptom PMS seperti period pain, bloating,migrain,sembelit & sebagainya. Membantu melancarkan pengeluaran darah haid dan mengimbangi hormon.

Cara Penggunaan :
Untuk kegunaan harian. Sapu pada perut dan kawasan yang sakit.



9) Muscle Relaxant
(Sesuai untuk dewasa sahaja)
Mengandungi Sheabutter,beeswax, grapeseed oil.

Gabungan essential oil seperti Lemongrass, Ocotea, Garlic, Wintergreen, Majoram dan Rosemary membantu memberi kelegaan pada lutut,kaki, tapak kai joint,muscle yang sakit dan lenguh. Melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kesakitan dan bengkak. 

Cara Penggunaan :
Untuk kegunaan harian. Sapu pada joint/muscle sebelum/selepas membuat kerja berat/senaman 



10) Tension Tamer
(Sesuai untuk dewasa sahaja)
Mengandungi Sheabutter,beeswax, grapeseed oil.

Gabungan essential oil seperti Lavender, Bergamot dan ylang-ylang membantu menenangkan / melegakan tekanan.

Cara Penggunaan :
Sapu pada temple head, wrist, tengkuk dan bahu bila terasa tekanan.

Sebelum guna  pastikan anda lakukan "skin Test" ye. 

Auroma Scents Therapy Balm Natural

Happy Baby | Happy Mommy
100%  Natural | Organic | Homemade

Farah Zahirah
Founder Auroma Scents
011-1018 1916 (whatsapp only)

Saturday, June 3, 2017

Emosi dan Essential Oil

Terapi Essential Oil bukan penganti doa. Terapi essential oil ni untuk kita memudahkan segala benda yang terbuku dalam hati tu keluar. Bau-bau dari essential oil mampu mengeluarkan segala ape yang kita pendam dalam diri. Dia macam bantu kita keluarkan semua yang terbeban dalam hati dan fikiran. Sebab bau-bau yang tenang dan wangi bila kita bau straight ke otak sekaligus  mampu merangsang atau kontrol tahap emosi, memori, rasa lapar, kenyang dan sebagainya. Contoh :- korang balik kerja, badan letih, otak penat, stress pula, bila mandi gunakan sabun yang bau Lavender terus korang rasa calm, tenang, segar, lega - kan? Then korang dapat tidur lena tau korang dapat fokus kerja-kerja korang.

Last month genab 9 bulan aku aktif dalam Young Living. Jadi bulan ke-9 ni aku boleh redeem 3 oil yang aku nak dan aim. (nak tau macam mana nak dapat free oil/redeem oil boleh wasap aku) Sebab oil-oil ni bukan murah. Aku redeem yang betul-betul berguna dan mahal. Yelah kalau murah rugi la pulak kan.. sebab kalau murah aku boleh beli sendiri. Jadi oil yang aku redeem salah satunya ialah "build your dream" sebab aku ade list penuh impian aku yang aku target dan nak capai sebelum aku cecah umur 35! (sekarang umur aku 32) nanti lain entri aku akan review pasal eo wajib aku ni.

Actually aku banyak benda yang nak capai. Aku ni memang macam kurang aura. Aku takde skill dalam bisness. Aku bukan business student atau ambil course business. Tapi lebih ke sharing segala yang aku suka buat & aku rasa benda yang aku buat atau guna ni dapat bantu orang (yang baik & berkesan) dan aku suka nak mudahkan urusan orang lain. 

Impian aku besar, aku banyak benda nak capai. Tapi kadang-kadang aku stuck. Aku blank. Ada masa-masa yang aku nampak clear jalan depan mata, ada masa-masa yang aku blank. Essential oil memang always sebelah aku umpama penggerak otak & minda aku untuk lebih fokus & settlekan semua urusan aku dengan izin Allah.

Aku mengaku, aku seorang yang emosi tak stabil. Mungkin disebabkan dengan past life aku yang tak berapa nak "cun" macam orang lain. Mama seorang carier women. Kami adik beradik dari kecik dah berdikari uruskan semua sendiri sebab mama memang jarang ada. Mama single parent jadi tau kan macam mana single parent tu nak pastikan anak-anak semua cukup makan & perbelanjaan.  Jadi bila aku ade anak, aku jadi takut dan risau yang aku tak mampu nak besarkan anak aku dengan baik. Tak dapat masukan anak aku dekat sekolah yang bagus-bagus. Aku cukup emo bila anak aku nak something, aku tak dapat nak belikan. Dan disebabkan aku jenis berdikari. Aku tak mintak suami aku duit tapi aku yang akan usaha untuk cari duit supaya aku tak membebankan suami aku.

Suami aku pulak jenis workaholic. Jenis kerja 24/7. Jenis yang semua hal rumah letak dekat bahu aku sebab aku tak kerja. Jadi kadang-kadang benda-benda ginilah yang buat aku jadi hulk & warewolf huhuhu.. aku transform diri aku yang pendiam ni ke seseorang yang cakap non-stop.

Bila dah cakap non-stop kadang-kadang negatif vibes tu senang je nak selit masuk. Yelah badan penat, otak stuck hati pon macam-macam la kan... anak pulak makin membesar.. banyak ragam.. aku macam rasa bersalah sebab aku tak mampu nak selalu positif depan dia. Aku rasa bersalah sebab beri dia negatif enviroment yang mungkin akan effect masa depan dia.

Dari situ aku sedar... aku perlukan terapi dan aku pilih terapi essential oil. Sebab oil ni yang paling dekat dengan jiwa aku. Dari anak dara aku memang obses dengan bau-bau yang tenang especially lavender & ylang-ylang. Bau-bau ni buat aku lebih tenang & motivate diri aku sendiri.

Anak aku kadang-kadang dia memang ade satu peel yang aku sendiri tak boleh nak faham. Dia ni boleh di ketagori "bijak" (aku memang tak menyesal breastfeeding dia sampai sekarang) kebijaksanaan dia ni yang kadang buat dia restless.. buat dia cranky yang buat dia tantrum. Kalau dulu aku sama-sama tantrum... tapi sekarang.. aku gunakan cara terapi essential oil aku boleh handle semua alhamdullilah. Dia pon aku oil kan sekali. Itu lah wujudnya "Bedtime balm Auroma Scents"

Aku belajar dari pembacaan, dari youtube, dari live sharing leader aku macam mana nak emotional release guna essential oil. As orang islam, kita more to "berserah" dan "redha" dengan Allah, fungsi oil ni adalah untuk korek segala yang kita pendam keluar danlepaskan...kiranya bila ade oil ni dia lagi mudah untuk kita luahkan ape yang terbuku dalam hati.. yang stuck dalam jiwa.. sebab bila kita bau.. bau -bau tu akan naik ke otak.. ke salur-salur rongga badan kita.. jadi dia akan release segala-segalanya. Yes! Ianya berkaitan dengan bau. Bila kita hidu ia sampai ke hati.

Essential Oils ialah sesuatu yang natural. Ianya benda hidup & ada semangat sendiri. Dihasilkan dari bahagian-bahagian tanaman seperti biji, bunga,daun,akar,batang dan getah menggunakan kaedah cold-pressed, steam distillation atau hydro-distillation .  

Aku suka buat tapping. Aku suka buat Emotional Freedom Technique (EFT). Apa tu EFT? EFT ni satu kaedah emotional release menggunakan  tapping/stimulating point-point tertentu untuk release energy blockage yang menyebabkan negatif emotion .Tau tak kalau kita tetiba batuk, sakit tekak, sakit joint maknanya kita tengah stress atau tengah pendam sesuatu. Bila buat tapping ni, kita umpama bercakap dengan diri sendiri, kita kuatkan diri sendiri, kita motivate diri sendiri untuk realease everything dan feel better dengan izin Allah.

Semalam, aku tetiba urat sendi aku sakit. Sakit tapak kaki. Sakit satu badan. Aku rasa letih longlai.. mungkin sebab puasa aku tak banyak minum air atau pemakanan aku macam kurang  berkhasiat. Aku cuma sapukan beberapa titik release essential oil tu je.. miracle nya sakit tu reda. Then aku buat emotional release tapping, aku buat EFT dan aku realize yang aku pendam sesuatu yang aku tak release keluar. Bila lama-lama dia makan dalaman dan jiwa aku sendiri. No wonder aku makin stress & restless hari-hari..

Biasalah bila berniaga. Ade pasang surutnya. Ade je dugaan dan ujian allah nak bagi kan? Aku rasa kalau dah namanya berniaga atau makan gaji ade je masalahnya. Bezanya ialah berniaga ni segala kita yang handle. Untung rugi. Sales.. kalau takde sales takde la duit. Kalau ade sales ade la duit. Makan gaji pulak setiap bulan duit gaji masuk. Jadi setiap bulan tu ade la duit dalam acc.
Aku jeles dengan beberapa orang rakan-rakan bisness aku. Dorang ade gaji bulanan dan sales dorang pulak setiap hari tak putus-putus. Setiap hari update sales. Untuk aku yang ade isu emosi ni terus datang negatif reaction. Aku cemburu, aku rasa sakit hati... walaupun aku cuba fikir positif tapi aku gagal. Nak solat pon teringat-ingat.. aku start question my self dan salahkan diri sendiri sebab tak dapat nak buat yang terbaik dan lebih baik.

Then aku buat terapi oil. Aku gunakan Release essential oil. Aku buat EFT.. aku gunakan juga Lavender & Purification essential oil.. aku buat emotional release.. masyaAllah memang berjurai-jurai air mata keluar. Aku umpama pujuk diri aku sendiri..im a better person.. i forgive my self .. i forgive others.. dan lain-lain positif word. Then aku gunakan "hope" essential oil dekat tapak tangan. Aku tekap kat dada (heart) dan aku cakap lagi segala harapan aku,hope aku target aku ape je yang aku nak cakap. Aku imagine successful aku.. aku imagine semua yang baik-baik.. aku buat in silent..  ape yang kita fikir itulah doa kita. Kita serahkan pada Allah. Semua nya dengan izin Allah.

Alhamdullilah lepas keluar semua.. release semua.. aku rasa more positif. Aku lebih redha dan yakin.. sales aku pon alhamdullilah stabil. Bukan takat sales Auroma Scents aku tapi sales Shaklee & Young Living jugak.  Aku lebih yakin nak face customer. Aku lebih yakin nak deal dengan customers.. bagi aku tak salah kalau kita nak gunakan terapi oil kan. Tapi ada caranya.. jangan sampai ianya menduakan allah. Semuanya kita berbalik pada allah. Betulkan emosi & prasangka kita. InsyaAllah allah always be with us. If korang jenis yang suka memendam sesuatu, tak boleh nak lepaskan macam stuck dalam diri, aku suggestkan Release Essential Oil sebelum korang gunakan terapi oil yang lain. Korang akan nampak perubahan insyaAllah. Tahukan benda yang kita pendam, yang kita simpan mungkin akan memudaratkan diri kita sendiri? Bila kita dah release semua, barulah hati tenang & boleh move forward . Selebihnya kita berserah pada Allah . Sebab Allah yang Maha Mengetahui & sebaik-baik pembantu. InsyaAllah

Thank you Allah for all this.....
#sharingiscaring


Release essential oil
Release essential oil adalah sangat "powerful" dengan bauan yang menenangkan, effective bagi melepaskan kemarahan dan segala negatif memori dan emosi yang ada dalam diri. Memberi kesejahteraan dan ketenangan fikiran.

Auroma Scents, Pengedar Young Living Malaysia








Friday, May 26, 2017

Naik merah-merah lepas guna balm Auroma Scents?

Assalamualaikum semua. 

Esok mungkin dah start puasa kan?  Hope korang dah persiapkan diri nak sambut bulan penuh keberkatan ni . Aku memang looking forward nak sambut puasa. Sebab waktu ni la aku tak akan miss solat tahajud!! InsyaAllah Haaaaa sebab hari-hari biasa aku agak liat gila nak bangun walaupun alarm aku dah bunyik banyak kali. Lagi pun bulan ramadhan insyaAllah doa-doa kita Allah perkenankan. ALLAHUMA AMEEN


Ok yang membaca ni ade tak customer-customer balm Auroma Scents atau ade tak yang teringin nak beli balm Auroma Scents untuk anak-anak? Aku ade sesuatu untuk perhatian korang semua. Ade cerita yang aku nak kongsi.

Beberapa minggu lepas, ade seorang customer mengadu yang bila dia pakaikan balm aku pada anak-anak dia, timbul merah-merah macam allergy serata tempat yang dia sapu. Merah-merah yang dia discribe tu gatal-gatal dan pedih sebab luka akibat digaru. Aku tepuk dahi.. hati aku memang dupdapdupdap sebab ni kes pertama aku. Sebelum ni kebanyakan customer aku beli guna untuk baby bawah 1 tahun dan kebanyakan nya newborn. Alhamdullilah takde pulak aku dapat feedback camni. Tapi aku syukur atleast aku tau. Atleast customer aku bagitau so that aku boleh lebih berhati-hati dan cari solution.

For your information, balm aku base homemade. Jadi segala bahan-bahan yang aku guna dalam balm ni adalah natural. Maknanya semulajadi tanpa bahan-bahan merbahaya atau yang memudaratkan.Selain essential oil bahan lain seperti beeswax,sheabutter dan organik grapeseed oil/sweet almond oil.  Essential oil yang aku guna pun ialah YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL dan bukan dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Kami jaga kebersihan semua peralatan kami.  Ratio/drops yang aku gunakan pun selamat untuk newborn baby sampai dewasa. Semua ni kami research. Kami ade team support. Tapi kenapa ade kes macam ni?

Aku PM semua customer aku. Aku tanya dan mintak feedback. Aku kasi skala chart sekali. So far memang tak ade yang bagi feedback kulit naik merah-merah. Siap repeat beli lagi ade. Alhamdullilah. Ade dua orang yang bagi feedback kulit naik merah-merah tapi BUKAN guna balm aku. Alhamdullilah..
Aku refer pulak team support, ini jawapan yang aku dapat...

At 1st bahan-bahan yang aku gunakan untuk buat balm adalah dari PURE ESSENTIAL OIL. Pati sepatinya.. jadi sekiranya kulit sensetif mungkin akan naik merah-merah atau dipanggil healing crisis. Bukan sesuatu yang memudaratkan. Ade beberapa kes dari team support kami share, memang ade yang mengadu kulit naik merah-merah bila apply balm/oil blend sebab berkemungkinan kulit tak tahan dengan essential oil tersebut atau masa tu badan mungkin tak beberapa sihat, jadi mungkin juga akan berlaku healing crisis.

Faham? Sesetengah kulit, especially kulit baby sangat sensetif. Sebab itu if korang beli essential oil, kami akan advice untuk layerkan dulu dengan ape-ape carrier oil (olive oil, grapeseed oil, coconut oil..etc) untuk mengelakkan dari skin reaction.

Aku faham mak-mak ni kalau nak sapu balm tu semangat gila sapu banyak-banyak kan? Macam aku jugak!

Jadi bila ade kes gini sila laa ambik perhatian ok. Jangan cakap hakak tak pesan!

Untuk mereka yang 1st time beli dan gunakan balm kami sila pastikan..
1) Buat "skin test" dengan sapu sedikit pada lengan/kaki. Jika dalam beberapa minit naik merah-merah, layerkan dulu carrier oil pada tempat yang nak sapu tu then baru sapu kan balm/blend oil
2) Sapukan nipis pada kulit. Jika baby bawah 1 tahun, korang boleh ratakan dulu balm/oilblend dekat tapak tangan then sapu pada bayi.
3) Stop guna jika masalah berlarutan. Biarkan reda dulu then follow step 1 & 2 .

Setiap balm/rub diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi,orgnik dengan campuran  natural therapeutic grade essential oils (pure oil) dan sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur kerana tidak panas/hangat bila disapu pada kulit tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. insyaAllah

Haaa sebelum aku lupa.. TRAVEL PACK promo 2 @ RM100 last ahad ni ok. Lepas tu harga back to normal rm55 satu bekas.
Personal saiz balm beli 5 dapat FREE 1 Lullabies baby balm yang tengah HOT sekarang.



Thursday, May 25, 2017

Anak Masih Sorang........

Aku belum lagi cuba oilblend untuk kesuburan. Asal aku nak buat je aku lupa. InsyAllah nanti aku buat dan R&D dekat diri sendiri then baru aku share dengan semua blend aku tu. Sebab aku tak terlalu fokus untuk ini. Tapi bila setiap hari aku dapat perkabaran orang-orang sekeliling aku pregnant, aku makin stress..hahahha 

Airis Nur Zulaikha anak dara aku & the only anak penyeri rumahtangga aku & suami buat masa ni. Alhamdullilah syukur. Walaupun hanya 1 tapi dialah kawan, dialah BFF aku. Tipulah kalau tak teringin nak tambah lagi sorang dua kan, tipulah kalau aku tak terkesan bila kawan-kawan, sedara mara dok hapdate "pregnancy test" double line. Tipulah kalau aku tak terasa orang dok tanya-tanya "eh sorang je? si nun tu dah masuk 3.. si tut tu tengah pregnant...." 

Latest, ade la beberapa kawan-kawan yang update dorang prenant. Sambil-sambil tu aku cakap dekat diri sendiri..Im Next! Insyaallah. Tapi Allah je tau betapa luluhnya hati aku actually..hahahha mengalir air mata aku ni dapat perkabaran mereka pregnant. Kenapa tak aku? Dorang anak dah ramai. Tak cukup lagi ke? Senangnya dorang nak pregnant. Aku? 4 tahun tunggu... 

Bila aku up status tentang airis, ade jugak la yang komen "kasi dia adik la mamy.." "dia nak adik tu mamy" Bukan tu je, sampai aku pergi makan dekat tempat biasa, orang kedai tu siap cakap "Rugi la bang, isteri tak kerja tapi anak sorang..saya kalau isteri saya duduk rumah je memang anak saya dah 5-6 orang..ni dia kerja cukup la 3 orang"

Senangnyaaa mulut-mulut tu cakap kan.. hahahha ingat nak anak boleh main bagi-bagi? boleh beli-beli senang-senang gitu? Memang kalau tak kuat, aku dah jadi ape dah.. tapi aku cakap dengan diri aku.. InsyaAllah 1 hari...soon...

1 hari tu masa mengemas, aku jumpa diari lama. Aku tak ingat langsung diari tu tapi bila baca.."ohhh cerita tentang aku yang struggle nak pregnant" hahahha.. oh yes! aku disahkan hamilkan airis masa usia perkahwinan aku & en.suami masuk 3 tahun. Sepanjang 3 tahun tu memang macam-macam dugaan & usaha aku buat. Ape je yang orang share untuk mempercepatkan kehamilan aku cuba. Beratus jugak duit aku keluar. Alhamdullilah aku takde la sampai nak buat IVF. Rezeki aku maybe, aku start amalkan makan supplement Shaklee bulan depanya aku pregnant! Semua tu dengan izin Allah juga. Alhamdullilah

Bila airis dah masuk 3 tahun, start balik aku menadah telinga orang dok cakap & tanya kenapa still sorang je anak? Kenapa tak pregnant-pregnant lagi.. dan memang kalau aku tak kuat iman, mungkin aku jadi stress & start soalkan kenapa life aku gini, kenapa Allah buat aku gini.. Tapi bila aku pandang Airis, aku istigfar & muhasabah diri.. aku lebih tenang. Sebab Allah know best. Dia tak beri aku anak lagi tapi dia gantikan dengan rezeki yang lain.. Dia je yang tau kemampuan aku & suami. 

For me, ade anak ramai atau sangat subur bukanlah petunjuk yang kita ni hebat! Aku mengaku, airis sorang je pon life aku tak terurus. Kehulu kehilir aku dengan airis. Langsung tak ade "me time" Suami aku jenis yang workaholic , Dia memang tak amik pot sangat .Aku sampai jadi tarzan dekat rumah. Cuba bayangkan anak aku 2-3 orang? Camne life aku? hahahhaa sebab tu mungkin Allah tak bagi aku rezeki anak lagi. Mungkin tunggu airis besar sikit kot senang dia tolong aku jaga adik-adik nanti. 

SOON...InsyaAllah :)


* Geranium essential oil bantu menstabilkan hormon/balance hormon dan ade beberapa eo lain lagi yang bantu fertility. Aku tengah on jugak beberapa eo ni selain aku konsisten makan supplement Shaklee macam dulu-dulu aku nak pregnant..


Wednesday, May 24, 2017

Travel Pack & Promo Auroma Scents

Assalamualaikum kesayangan

Aku kurang sihat lagi hari ni. Maybe straight 2 minggu aku kebizian settlekan mini gift Hari ibu & Hari Guru. Alhamdullilah Rezeki Allah yang tak pernah putus. Hari ni pulak si suami pulak tak sihat..sok sek sok sek dari pagi so aku suruh je dia MC duduk depan mata aku so that aku boleh "minyak" kan dia sampai sihat..hahhaha.

Aku nak announce hari ni yang TRAVEL PACK (5 in 1) balms dah back on track! Tapi untuk bulan ni (mei)- June 2017 je. Kasi peluang untuk korang yang nak mencuba-cuba balm Auroma Scents & mudahkan korang yang nak travel sepanjang bulan Ramadhan & Raya. So far semenjak aku start jual Travel Pack ni memang dapat permintaan tinggi then dari Travel Pack ni lah customer aku upgrade ke saiz personal 30g. Korang boleh klik link untuk baca testimoni balm Auroma Scents ok :) https://www.instagram.com/explore/tags/testimonibalmauromascents/



Dalam Travel Pack ade 5 jenis balm (most wanted)

1 . Bedtime  

●Bau yang menenangkan
●Bantu memberi tidur yang lebih lena
●Bantu mengurangkan stress
●Bantu menenangkan anak tantrum
●Melegakan sengal-sengal bahu @ migrain akibat stress

2. Vapour 

●Melegakan pernafasan akibat asma/hidung tersumbat/batuk
●Melegakan simptom-simptom asthma, batuk,selsema,sinus & hidung tersumbat
●Sesuai digunakan pada bayi sebagai rub selepas mandi.
●Mengurangkan suhu demam
.
3. Happy Tummy
●Melegakan kembung perut,sebu perut dan sembelit/cirit birit.
●Pengganti minyak telon yang tak panas sesuai untuk bayi baru lahir.
.
4. Itch No More
●Mengurangkan bengkak dan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
●Insects Repellent - sapu pada anggota badan untuk elak dari gigitan nyamuk/serangga
.
5. Skin Soothe
●Melegakan kegatalan kulit seperti ekzema, PSO, ruam-ruam dan sebagainya.
●Melembabkan kulit kering akibat ekzema
●Mengecutkan Jerawat
.
Untuk Travel Pack ni hanya RM55.00 (untuk satu) dan dengan setiap pembelian 2 set, korang akan dapat FREE 1 10g LULLABIES BABY BALM 


👼Lullabies Baby Balm👼 *new* 
Diblend khas utk baby newborn,kanak-kanak,preggy mommies & nursing mommies 
👍Membantu bayi lebih tenang-tidur lebih nyenyak 
👍Mengurangkan ragam si kecil 
👍Membantu melegakan kembung perut & sembelit bayi 
👍Sesuai utk bayi yang nak tumbuh gigi(kurangkan sakit gusi-sapu dekat area luar gusi*pipi) 
👍Mengurangkan kesan strechmark si ibu dan membantu melegakan tekanan/letih semasa hamil 
👍Sapukan di sekeliling breast sebelum menyusu untuk bantu ibu & anak lebih calm.


Ok jap, bulan ni sampai June bulan depan if bukan je korang boleh beli Travel Pack, tapi korang boleh grab promosi personal saiz (30g) Beli 5 balm percuma 1 Lullabies Baby balm (worth rm32)

Kalau korang nak beli Lullabies Baby Balm je, bolehhh.. Bulan ni je harga promo Baby balm ni RM25 sahaja. (normal Rm32)

Super jimat, super save! Aku siap kasi Free Postage untuk Semenanjung & Hanya RM5 untuk Sabah Sarawak.

Lain-lain Balm Auroma Scents

☆Ouch!PMS☆
Melegakan simptop-simptom "datang bulan" yang selalu menjadi masalah kaum wanita seperti senggugut,sebu perut,lenguh belakang badan,migrain,cirit birit dan mood swing.
.
☆Muscle Relaxant☆
Membantu melegakan sakit otot,lutut,joint dan lenguh tapak kaki. Sesuai digunakan sebelum / selepas kerja berat dan excersice
.
☆Tension Tamer☆
Memberi ketenangan dan menstabilkan mood dan mengurangkan anxiety .
.
Bodyguard
Kerap demam? Sapukan Bodyguard rub pada tapak kaki setiap hari selepas mandi & sebelum tidur.
Bodyguard rub ialah Immune Booster yang bantu badan kuat dan terhindar dari penyakit seperti Demam,selsema,Influenza dan sebagainya.


Ig : @auroma_scents_hq
FB : auromascentshq
Email : auromascentshq@gmail.com
Blog : namaakufazahirah.blogspot.my
Whatsapp : 011 1018 1916
.