Tabung Holiday 2018

Asal aku scroll FB mesti nampak kawan-kawan aku dengan gambar holiday dorang. Aku..dok rumah je la sebab suami aku jenis kerja 24/7 . Sepatutnya bulan ni aku pergi Cameron Highland tapi kena cancel sebab suami aku tak dapat nak cuti pastu banyak pulak wedding la, family gathering laa itu ini, sudahnya aku duduk rumah je la.. kekris pandang aku, aku pandang kekris 😖

Masa aku lepak rumah mak sedara aku untuk tolong dia settlekan hantaran sepupu aku nak bertunang hujung bulan ni, dia tanya aku nak tak ikot dia pergi Manchester 2018 nanti sebab anak bongsu dia nak graduate kat sana. Dia cerita-cerita tu buat aku exited . Aku nak pergi Korea bawak kekris, tapi aku tak pergi-pergi pon sebab nak memang tak ada plan pon nak pergi. Semua taknak layan aku. huhuhu.  

Aku tak pernah pergi overseas. Paling jauh aku pergi pon Singapore itu pon masa umur aku 5 tahun. Lepas tu aku just holiday dalam Malaysia je. Bukan taknak pergi, siapa tak teringin kan. Tapi banyak laa sebabnya duit,kerja,masa dan lain-lain.... 

Aku jeles tau tengok sepupu aku adik beradik yang sukahati nak pergi holiday overseas bebila masa  sebab duit dorang banyak kan.. kerja pon masing-masing gajinya banyak. Pastu tak ada anak, ada yang belum kahwin jadi duit tu nak buat apa je, gunakan untuk diri sendiri. Kang dah ada anak, dah kawin macam terbatas ..macam aku laa huhuhu

Aku suka kalau dapat fridge magnet. Jadi kalau sepupu-sepupu aku pergi overseas holiday, aku mintak belikan fridge magnet je. Kasi mood membuak-buak nak pergi overseas 1 day - insyaAllah

Aku bagi hint kat suami aku, "jom laa pergi Manchester tengok ajir graduate. Untung pergi dengan aunty sebab boleh dapat rumah Mara. Jimat kos tempat tinggal. Kumpul duit flight & shopping je.." Suami aku pandang aku -diam- hey! diam tanda setuju kan...ngehngehngeh

Mak sedara aku cerita, bulan 3 next year dia nak pergi tengok anak dia kat situ sebab masa Matta Fair tu hari dia dapat flight ticket RM1000++ pergi balik. Gila murah. So aku bitau suami aku, bila matta fair je kita cepat-cepat book flight ticket. InsyaAllah dapat ticket murah pergi balik.

So itu laa startnya tabung Holiday 2018 aku. Kalau nak ada duit selambak tu tak laa kan, jadi kena lah buat tabung. Taknak beban, aku cadangkan seorang RM5 so sehari dah ada RM10 . setahun dah kumpul dalam RM3K+ kan. InsyaAllah aku pulak tengah on KUTU cash dengan kawan-kawan aku sebulan RM200 so dah ade RM2k kan campur yang tadi dah jadi berapa.. ok banyak, bagi aku. Alah suami kan kerja, dia cakap dia nak letak lebih. Aku cakap up to u lah janji jangan tak letak ..

Semangat kena ade.. kena yakin just think positif.....Ini pon salah satu usaha menabung jugak kan... Tak pergi Manchester tu duit terkumpul tu macam-macam boleh buat ..

Aku malas nak fikir benda yang mungkin akan jadi tahun 2017 sebelum nak sampai 2018 tu. Maybe aku akan pregnant?? haaa siapa tahu kan?  Kekris pon nak masuk sekolah 2017.. Mana tahu 2017 aku kembali bekerja?? ....banyak komitment lain yang aku kena fikit sepatutnya, tapi setakat rm5 sehari tu insyaAllah laa aku akan usahakan walaupun aku tak bekerja... 

Doakan aku ye ..doakan aku sampai cukup tabung holiday aku nak pergi Manchester 2018!!

Pengedar Young Living Essential Oils Malaysia



0 comments