Wednesday, December 28, 2016

Essential Oil : Cara semulajadi redakan demam selsema

Ada anak kecik ni benda yang paling kerap buat tak tidur malam ialah bila dorang ni demam, selsema , batuk dan lain-lain.. Selalu time-time gini memang aku overtime la.. tidur pon tidur duduk, nak tidur pon tak tenang. Tengok suami aku tidur lena je buat aku hangin. Tapi aku tak salahkan dia sebab dia memang kena cukup rest sebab dia bekerja & aku pulak suri rumah. Kena lah redha.

Benda paling aku nak elak ialah anak & suami aku demam. Sebab dorang kalau demam macam aku cakap la.. aku yang sengsara. Kekris tu aku faham sebab budak, yang suami aku pulak kalau demam huhuhu mengalahkan kekris. Kalau diri aku yang demam, aku boleh handle lagi sebab aku tau apa yang aku kena buat untuk cepat sihat.

Bila masuk dalam dunia oil ni, aku dapat 1 lagi cara natural/alami yang aku boleh apply masa anak atau suami tengah demam atau tak sihat. Untuk dalaman aku suka konsistenkan pengambilan Vitamin C Shaklee & kalau batuk for me Garlic Shaklee & Omega Shaklee memang membantu. Aku kalau boleh nak kurangkan pengambilan ubat sintetik. Kalau boleh stopkan terus lagi bagus tapi masa aku demam teruk seminggu suhu aku sampai 38-39' aku terpaksa juga on ubat sintetik sebab dah tak tahan sangat.

Kenapa aku cakap ni "semulajadi"? sebab Essential Oil Young Living ni 100% dari tumbuhan yang tak ada langsung pertambahan apa-apa ingredient & semestinya 100% Chemical free! Sama macam korang gunakan lemon untuk buat detox water, aku gunakan beberapa titik je lemon essential oil dalam detox water aku. Sebab dia pati jadi perlulah korang minum banyak air masak. Satu botol 15ml lemon eo tu Young Living gunakan sebanyak 75 biji buah lemon. Maknanya lagi pati sepati-patinya. Ok, so macam naka cara nak redakan demam dengan essential oil? Meh aku cerita ikot pengalaman aku.

Trio L.L.P atau Allergy Relief 
Lavender, Lemon, Peppermint a must have essential oil. Kalau korang tak tau nak beli essential oil ape, dan korang seorang mak yang ada anak-anak, aku cadangkan LLP ni. LLP ni antara basic essential oil untuk demam,selsema,batuk dan banyak lagi kegunaan dia.  Sebab tiga ni memang bagus untuk protect badan korang satu family. Kiranya LLP ni macam dinding untuk halang virus dari masuk dalam sistem badan korang.

Refer blog ni baca tentang L.L.P

Masa aku demam, 3 ni aku tenyeh kat tapak kaki. Satu-satu tau. Lepas Lavender sapu Lemon..lepas tu baru Peppermint. Tujuan dia untuk turunkan suhu badan aku. Alhamdullilah memang membantu. L.L.P ni memang cepat bertindak & sesuai untuk satu family.

Kekris demam pon aku tenyeh L.L.P dan cough blend dekat dada dia. Untuk redakan suhu demam kekris, aku gantikan buah lemon tu dengan lemon essential oil letak beberapa titik dalam bathup dan kasi dia berendam. Boleh jugak buat lemon socks.

Inhale
Bila badan tak sihat semua satu badan tak sihat . Hidung, telinga semua tersumbat. Aku suka Inhale Lemon & Peppermint. Ikutlah mana yang tercapai. Tapi aku suka bau lemon. Dia buat lega je berat kepala aku ni time-time demam.Kadang aku inhale Lavender jugak sebab Lavender ni membantu keringkan hingus meleleh.

Sore Throat atau sakit tekak 
ni punca kita demam, aku memang start dengan sakit tekak yang perit. Aku dab Peppermint & Lemon Essential Oil dekat leher kerap-kerap memang reduce sakit tekak aku tu.

Selsema/berhingus
Kalau selsema berhingus, sapu lavender dekat hidung, kering hingus tu -InsyaAllah

Hidung tersumbat
Aku guna peppermint essential oil sebab dia berangin. Titik setitik kat jari then ratakan antara jari telunjuk & ibu jari. Tekan dua jari ni dekat antara kening (tengah-tengah kening) 10 saat then lurutkan sepanjang batang hidung dan tulang pipi. Memang lega hidung tersumbat korang tu.

Batuk
Lemon essential oil aku titikan 1 drop dekat madu, pastu campur air suam panas, minum sampai hilang batuk korang tu. Ni ubat batuk semulajadi aku. So far memang lega tekak & dada lepas minum

Diffuse
Aku suka diffuse Lemon & Purification essnetial oil. Actually banyak resepi yang korang boleh guna untuk demam selsema ni, Tapi aku sukakan combination dua ni. Bau pon sedap. Combination dua ni bantu purify atau bersihkan udara. Dah korang selsema batuk bersin tu kuman berlegar-legar dalam udara kan, jadi essential oil ni bantu bersihkan udara dari kuman-kuman tu semua.

Boleh jugak Diffuse L.L.P hasil dia esoknya segala mak nenek kahak hingus lendir akan keluar. Tak caya meh cuba. Lega sangat tau sebab semua dah keluar

Kalau korang asma, susah nak bernafas. Korang boleh guna RC & Raven neat atau dilute sapu dekat dada & vitaflex point tapak kaki. ni nanti aku share dekat next entry macam mana aku fight asma aku dengan essential oil insyaallah

Bila suhu demam dah turun, badan hampir sihat aku roll-onkan pulak tapak kaki dengan Wellness Blend (Homemade oil blend) buat badan bertambah kebal. Wellness Blend ni tak sesuai diguna masa tengah demam sebab akan buat suhu badan korang lagi tinggi sebab dia panas sikit.

Korang nak dapatkan essential oil atau homemade oil blend boleh contact aku 012-3841916 (Farah) insyaAllah  kita protect family kita mana yang boleh :)

Pengedar Young Living Essential Oils Malaysia, Pengedar Young Living Essential Oils Sri Petaling

========================

Y.E.S!







Post a Comment