Saturday, December 24, 2016

Essential Oil : 4 Cara penggunaan Essential Oil Young Living

Aku sayang Premium Starter Kit (PSK) aku. Masuk bulan depan, 5 bulan dah aku hidup dengan Essential oils. Serius Essential Oils ni memang buat diri aku berubah..berubah macam mana? Aku rasa aku lagi tenang & positif. Aku lagi rasa sayang kan diri aku & aku belajar untuk hargai diri aku & orang sekeliling aku. Haaa... gitu!

PSK ni adalah 1 permulaan untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia Essential oil. Semua yang korang perlukan untuk start journey korang dengan Essential oil ada dalam PSK ni. Bagi aku ini cara aku nak get rid segala toxin dalam life aku dengan sesuatu yang lebih natural dengan hanya guna essential oil. Macam mana tu? Meh nak cerita..


Kalau korang still blur ape tu PSK.. korang boleh view balik entry aku kat tag Premium Starter Kit (PSK) kenapa aku sarankan korang untuk beli PSK ni terus. Sebab memang jimat & berbaloi.

Kalau korang masih baru dalam dunia Essential oil, bila dapat PSK tengok pulak 11 botol kecik -kecik dengan label warna - warni (Lemon & Lavender korang akan dapat 2 botol each so total 13 botol) mungkin korang excited dan maybe korang akan blur tak tau ape nak buat kan.. sebenarnya cara nak guna atau apply essential oil ni simple ni. Sama macam korang guna minyak aromaterapi atau minyak urut cuma dalam cara yang berlainan..sikit je lainya..

❶ Dilute
Disebabkan Essential oil ni 100% pati minyak, jadi tak payah guna banyak-banyak sebab dia pekat sangat. Bayangkan untuk dapatkan sebotol 15ml Lemon Essential oil tu sebanyak 75 biji lemon yang diperlukan. Jadi hanya 1-3 drop pon dah cukup sebab Essential oil ni mudah meresap dalam kulit terutamanya bahagian kaki, belakang telinga, dan pergelangan tanyan (nadi) 

Dilute guna Carrier oil apa yang ada. Jangan pening-pening.. dekat rumah takkan tak ada olive oil kan? Untuk permulaan korang boleh campurkan essential oil tu dengan olive oil atau VCO. Kalau tak ada, korang boleh beli grapeseed oil (yang organik lagi bagus) sebab grapeseed ni dia memang tak langsung rasa melekit macam olive oil atau VCO. Grapeseed ni sesuai untuk semua jenis kulit. Aku sendiri memula guna VCO kalau nak apply essential oil dekat kekris. Memang rasa la melekitnya tu. Tujuan utama carrier oil ni untuk memudahkan sesi sapu menyapu + jimatkan penggunaan Essential oil korang tu. Sebab tu aku buat blend. Blend ni ialah campuran beberapa essential oil dan carrier oil dalam botol roll-on yang mudah nak bawa ke mana-mana. 

Kenapa perlukan carrier oil?
➤ Carrier oil membantu penyerapan Essential Oil lebih banyak kedalam kulit. 
➤ Melindungi kulit dari alergy & sensetiviti 
➤ Memudahkan urusan meratakan essential oil di kawasan seperti badan, perut, belakang badan  dan dada.
➤ Menjimatkan penggunaan essential oil sebab hanya 1-2 drops je diperlukan tapi tetap dapat meliputi ke seluruh tempat dalam 1 masa.

Kalau ada rezeki lebih tu boleh terus beli V6 Young Living. V6 ni veggie oil dari Young Living. Sah-sah laa bagus nak apply kat badan, kat muka, kat mana-mana sebab dia organik. 

** Pastikan korang tak campur essential oil korang dalam minyak-minyak yang diproses atau campuran contoh minyak urut, minyak baby, minyak telon, minyak angin dan lain-lain.


❷ Neat / undiluted
Tak ada carrier oil? Jangan risau, korang still boleh sapu rata essential oil korang tu direct dekat part-part tertentu. Selalunya kaedah Neat ni aku apply kat Vita-flex points . 1-3 drops dekat tapak tangan, then urut kat tapak kaki. Tengok chart vita-flex points kat bawah ni . Aku selalu apply RC Essential oil blend dekat tapak kaki kekris dekat bahagian lung & sinus part. Jadi tengok kat masalah korang then refer chart ni. 

Boleh juga sapu kat belakang telinga, pergelangan tangan dan tapak tangan.

 

❸ Inhale
Aku suka inhale essential oil. Satu titik kan 1 drop kat tapak tangan then ratakan (aktivate / gosok kedua tapak tangan) rapatkan tapak tangan ke hidung dan sedut dalam-dalam bau essential oil tu. Aku kalau malas aku buat gini je. Selalu selepas subuh, nak start buat kerja rumah tu ni cara yang aku buat. Aku suka inhale Essential Oil Transformation sebab Essential oil ni bantu aku jadi positif setiap pagi & bagi otak aku cergas sikit . Hey nak menghadap anak bijak dan macam-macam kebijaksanaan setiap hari bukan benda mudah bagi aku. Kalau dulu aku agak temper, habis kekris kena tempek ngan aku, sekarang aku lebih positif dan boleh terima itu salah satu sesi pembelajaran si kekris yang nak membesar. Nampak kan penangan essential oil tu dekat diri aku? 

❹ Diffuse
Satu lagi guna Diffuser Young Living. Ok kalau korang beli PSK, memang dapat dah free Dew Drop Diffuser tu. Jadi gunakan sehabis baik! Diffuser ni aku on selalunya waktu malam. Time nak tidur tu sebab aku nak 1 family dapat quality sleep. Contoh laa suami aku, dia ni memang balik je stress. Kerja site, deal ngan supplier & boss plus pekerja yang banyak hal mesti la stress kan.. jadi aku akan diffuse Essential oil Cedarwood & Lavender atau stress away kasi jiwa tu tenteram sikit, kasi release stress dan bantu deep sleep.

Diffuser ni lain dengan lilin aromaterapi atau tempat bakar (aku lupa korang panggil ape) minyak aromaterapi yang kita ada tu. Diffuser Young Living ni guna air. pastu titik kan beberapa titik essential oil dalam tu, pasang plug & on. Wap yang keluar pon asap dingin, tak panas. Jadi ianya lebih selamat dan tak merbahaya. Kekris suka halakan muka dia kat wap tu.. wangi dia cakap. Diffuser ni akan off sendiri selepas 4 jam. 

** Diffuser Young Living hanya untuk diffuse essential oil Young Living atau essential oil yang 100% organik/natural ye. Jangan pulak korang gi letak perfume la, air wangi-wangi la, atau minyak aromaterapi yang korang beli kat kedai RM5 tu.. rosak aku tak tanggung! 


Dah ada PSK korang boleh laa dilute sendiri & buat blend korang sendiri gunakan essential oil yang ada dalam PSK tu. Pastikan korang beli dari dealer yang betul, jangan laa sibuk nak beli kat LAZADA sebab tak ada jaminan ok. Kebanyakkan yang jual kat LAZADA tu nak habiskan stok yang tak terjual then essential oil pon ada yang bukan original. Aku bukan anti LAZADA tapi bagi aku benda-benda kesihatan gini better la beli dari dealer yang betul. Apa-apa senang korang nak refer. Kot tetiba korang ade masalah masa guna produk yang korang beli tu..LAZADA nak jawab ke? 💁

Nak aku jawab boleh..atleast beli oil dengan aku..hehehehe

Susah sangat, meh beli dengan aku, join group aku. Korang akan dapat ilmu essential oil yang pelbagai. Yang suka DIY cam aku, boleh join kelas buat balm, buat vapor rub, buat sabun..paling simple buat oil blend. Yang minat nak buat bisness boleh jual DIY produk korang tu untuk jana income tambahan. 100pv korang dah boleh dapat FREE MEMBERSHIP 💗



Post a Comment