Wednesday, December 28, 2016

Essential Oil : Cara semulajadi redakan demam selsema

Ada anak kecik ni benda yang paling kerap buat tak tidur malam ialah bila dorang ni demam, selsema , batuk dan lain-lain.. Selalu time-time gini memang aku overtime la.. tidur pon tidur duduk, nak tidur pon tak tenang. Tengok suami aku tidur lena je buat aku hangin. Tapi aku tak salahkan dia sebab dia memang kena cukup rest sebab dia bekerja & aku pulak suri rumah. Kena lah redha.

Benda paling aku nak elak ialah anak & suami aku demam. Sebab dorang kalau demam macam aku cakap la.. aku yang sengsara. Kekris tu aku faham sebab budak, yang suami aku pulak kalau demam huhuhu mengalahkan kekris. Kalau diri aku yang demam, aku boleh handle lagi sebab aku tau apa yang aku kena buat untuk cepat sihat.

Bila masuk dalam dunia oil ni, aku dapat 1 lagi cara natural/alami yang aku boleh apply masa anak atau suami tengah demam atau tak sihat. Untuk dalaman aku suka konsistenkan pengambilan Vitamin C Shaklee & kalau batuk for me Garlic Shaklee & Omega Shaklee memang membantu. Aku kalau boleh nak kurangkan pengambilan ubat sintetik. Kalau boleh stopkan terus lagi bagus tapi masa aku demam teruk seminggu suhu aku sampai 38-39' aku terpaksa juga on ubat sintetik sebab dah tak tahan sangat.

Kenapa aku cakap ni "semulajadi"? sebab Essential Oil Young Living ni 100% dari tumbuhan yang tak ada langsung pertambahan apa-apa ingredient & semestinya 100% Chemical free! Sama macam korang gunakan lemon untuk buat detox water, aku gunakan beberapa titik je lemon essential oil dalam detox water aku. Sebab dia pati jadi perlulah korang minum banyak air masak. Satu botol 15ml lemon eo tu Young Living gunakan sebanyak 75 biji buah lemon. Maknanya lagi pati sepati-patinya. Ok, so macam naka cara nak redakan demam dengan essential oil? Meh aku cerita ikot pengalaman aku.

Trio L.L.P atau Allergy Relief 
Lavender, Lemon, Peppermint a must have essential oil. Kalau korang tak tau nak beli essential oil ape, dan korang seorang mak yang ada anak-anak, aku cadangkan LLP ni. LLP ni antara basic essential oil untuk demam,selsema,batuk dan banyak lagi kegunaan dia.  Sebab tiga ni memang bagus untuk protect badan korang satu family. Kiranya LLP ni macam dinding untuk halang virus dari masuk dalam sistem badan korang.

Refer blog ni baca tentang L.L.P

Masa aku demam, 3 ni aku tenyeh kat tapak kaki. Satu-satu tau. Lepas Lavender sapu Lemon..lepas tu baru Peppermint. Tujuan dia untuk turunkan suhu badan aku. Alhamdullilah memang membantu. L.L.P ni memang cepat bertindak & sesuai untuk satu family.

Kekris demam pon aku tenyeh L.L.P dan cough blend dekat dada dia. Untuk redakan suhu demam kekris, aku gantikan buah lemon tu dengan lemon essential oil letak beberapa titik dalam bathup dan kasi dia berendam. Boleh jugak buat lemon socks.

Inhale
Bila badan tak sihat semua satu badan tak sihat . Hidung, telinga semua tersumbat. Aku suka Inhale Lemon & Peppermint. Ikutlah mana yang tercapai. Tapi aku suka bau lemon. Dia buat lega je berat kepala aku ni time-time demam.Kadang aku inhale Lavender jugak sebab Lavender ni membantu keringkan hingus meleleh.

Sore Throat atau sakit tekak 
ni punca kita demam, aku memang start dengan sakit tekak yang perit. Aku dab Peppermint & Lemon Essential Oil dekat leher kerap-kerap memang reduce sakit tekak aku tu.

Selsema/berhingus
Kalau selsema berhingus, sapu lavender dekat hidung, kering hingus tu -InsyaAllah

Hidung tersumbat
Aku guna peppermint essential oil sebab dia berangin. Titik setitik kat jari then ratakan antara jari telunjuk & ibu jari. Tekan dua jari ni dekat antara kening (tengah-tengah kening) 10 saat then lurutkan sepanjang batang hidung dan tulang pipi. Memang lega hidung tersumbat korang tu.

Batuk
Lemon essential oil aku titikan 1 drop dekat madu, pastu campur air suam panas, minum sampai hilang batuk korang tu. Ni ubat batuk semulajadi aku. So far memang lega tekak & dada lepas minum

Diffuse
Aku suka diffuse Lemon & Purification essnetial oil. Actually banyak resepi yang korang boleh guna untuk demam selsema ni, Tapi aku sukakan combination dua ni. Bau pon sedap. Combination dua ni bantu purify atau bersihkan udara. Dah korang selsema batuk bersin tu kuman berlegar-legar dalam udara kan, jadi essential oil ni bantu bersihkan udara dari kuman-kuman tu semua.

Boleh jugak Diffuse L.L.P hasil dia esoknya segala mak nenek kahak hingus lendir akan keluar. Tak caya meh cuba. Lega sangat tau sebab semua dah keluar

Kalau korang asma, susah nak bernafas. Korang boleh guna RC & Raven neat atau dilute sapu dekat dada & vitaflex point tapak kaki. ni nanti aku share dekat next entry macam mana aku fight asma aku dengan essential oil insyaallah

Bila suhu demam dah turun, badan hampir sihat aku roll-onkan pulak tapak kaki dengan Wellness Blend (Homemade oil blend) buat badan bertambah kebal. Wellness Blend ni tak sesuai diguna masa tengah demam sebab akan buat suhu badan korang lagi tinggi sebab dia panas sikit.

Korang nak dapatkan essential oil atau homemade oil blend boleh contact aku 012-3841916 (Farah) insyaAllah  kita protect family kita mana yang boleh :)

Pengedar Young Living Essential Oils Malaysia, Pengedar Young Living Essential Oils Sri Petaling

========================

Y.E.S!







Tabung Holiday 2018

Asal aku scroll FB mesti nampak kawan-kawan aku dengan gambar holiday dorang. Aku..dok rumah je la sebab suami aku jenis kerja 24/7 . Sepatutnya bulan ni aku pergi Cameron Highland tapi kena cancel sebab suami aku tak dapat nak cuti pastu banyak pulak wedding la, family gathering laa itu ini, sudahnya aku duduk rumah je la.. kekris pandang aku, aku pandang kekris ๐Ÿ˜–

Masa aku lepak rumah mak sedara aku untuk tolong dia settlekan hantaran sepupu aku nak bertunang hujung bulan ni, dia tanya aku nak tak ikot dia pergi Manchester 2018 nanti sebab anak bongsu dia nak graduate kat sana. Dia cerita-cerita tu buat aku exited . Aku nak pergi Korea bawak kekris, tapi aku tak pergi-pergi pon sebab nak memang tak ada plan pon nak pergi. Semua taknak layan aku. huhuhu.  

Aku tak pernah pergi overseas. Paling jauh aku pergi pon Singapore itu pon masa umur aku 5 tahun. Lepas tu aku just holiday dalam Malaysia je. Bukan taknak pergi, siapa tak teringin kan. Tapi banyak laa sebabnya duit,kerja,masa dan lain-lain.... 

Aku jeles tau tengok sepupu aku adik beradik yang sukahati nak pergi holiday overseas bebila masa  sebab duit dorang banyak kan.. kerja pon masing-masing gajinya banyak. Pastu tak ada anak, ada yang belum kahwin jadi duit tu nak buat apa je, gunakan untuk diri sendiri. Kang dah ada anak, dah kawin macam terbatas ..macam aku laa huhuhu

Aku suka kalau dapat fridge magnet. Jadi kalau sepupu-sepupu aku pergi overseas holiday, aku mintak belikan fridge magnet je. Kasi mood membuak-buak nak pergi overseas 1 day - insyaAllah

Aku bagi hint kat suami aku, "jom laa pergi Manchester tengok ajir graduate. Untung pergi dengan aunty sebab boleh dapat rumah Mara. Jimat kos tempat tinggal. Kumpul duit flight & shopping je.." Suami aku pandang aku -diam- hey! diam tanda setuju kan...ngehngehngeh

Mak sedara aku cerita, bulan 3 next year dia nak pergi tengok anak dia kat situ sebab masa Matta Fair tu hari dia dapat flight ticket RM1000++ pergi balik. Gila murah. So aku bitau suami aku, bila matta fair je kita cepat-cepat book flight ticket. InsyaAllah dapat ticket murah pergi balik.

So itu laa startnya tabung Holiday 2018 aku. Kalau nak ada duit selambak tu tak laa kan, jadi kena lah buat tabung. Taknak beban, aku cadangkan seorang RM5 so sehari dah ada RM10 . setahun dah kumpul dalam RM3K+ kan. InsyaAllah aku pulak tengah on KUTU cash dengan kawan-kawan aku sebulan RM200 so dah ade RM2k kan campur yang tadi dah jadi berapa.. ok banyak, bagi aku. Alah suami kan kerja, dia cakap dia nak letak lebih. Aku cakap up to u lah janji jangan tak letak ..

Semangat kena ade.. kena yakin just think positif.....Ini pon salah satu usaha menabung jugak kan... Tak pergi Manchester tu duit terkumpul tu macam-macam boleh buat ..

Aku malas nak fikir benda yang mungkin akan jadi tahun 2017 sebelum nak sampai 2018 tu. Maybe aku akan pregnant?? haaa siapa tahu kan?  Kekris pon nak masuk sekolah 2017.. Mana tahu 2017 aku kembali bekerja?? ....banyak komitment lain yang aku kena fikit sepatutnya, tapi setakat rm5 sehari tu insyaAllah laa aku akan usahakan walaupun aku tak bekerja... 

Doakan aku ye ..doakan aku sampai cukup tabung holiday aku nak pergi Manchester 2018!!

Pengedar Young Living Essential Oils Malaysia



END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS


Selagi belum 31 haribulan ni kan.. meh laa kita join GA banyak-banyak. Macam biasa sesape nak join, klik kat banner pastu ikut je syarat-syarat yang dia bagi ok :)

Mamy dah join.. korang bila lagi?

Good Luck๐Ÿ’—

Wordless Wednesday #1 : Happy Oiling :)

Young Living Independent Distributor Malaysia

#wordlesswednesday 

Essential oils anyone? Auroma Scents tengah buat Year End Sale! Whatsapp 012-3841916

Happy Oiling๐Ÿ˜

Tuesday, December 27, 2016

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Join lagi dan lagi! Korang meh laa join kasi ramai-ramai join. Macam biasa klik banner untuk join ok ๐Ÿ˜Š




1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Aku sukaaaaa GA! Hujan-hujan ni otak aku takde idea sangat nak update entry.. otak aku fikir makan je jadi moh laa kita join GA ye :)


<Klik banner untuk join ๐Ÿ˜Š>

Impian aku nak ke Korea. Tapi tabung holiday aku belum penuh..haiss harap la dapat sourvenir korea ni dapat la naikan semangat aku untuk terus menabung sampai aku dapat pergi Korea ๐Ÿ˜

Sunday, December 25, 2016

Warm Wishes For the Holiday Season


Marry Christmas & Happy Holidays!

Happy laa semua kan cuti panjang ๐Ÿ˜
Hati-hati di jalan raya ye..


Saturday, December 24, 2016

Pupuk Minat Membaca Pada Anak

Aku adik beradik memang kaki membaca. Kira bookworm lah. Aku ingat lagi masa aku muda remaja, kalau mak aku bawak pergi MPH aku akan beli novel banyak sampai mama tanya "baca ke semua ni?" Eh tapi memang aku baca dan kalau takat 2 3 novel tu sehari dua habis dah aku baca. Novel pon aku baca english punya sebab aku percaya baca novel english ni akan bantu aku dengan bahasa english, vocab aku, dan lain-lain. Sebab aku bukan pandai sangat cakap english ni. Sampai sekarang novel-novel aku yang berlambak tu ade tersimpan dalam almari. Aku ingat nak letgo tapi aku sayang...

Bila aku dah kahwin, aku tak lagi bookworm macam dulu tapi aku jadi workaholic bila ade anak lagi la 1st page pon aku ambik masa berejam nak habiskan baca. Lagipu suami aku bukan jenis yang suka membaca. Dia kaki tengok drama melayu. Heh~

Aku nak kekris suka membaca macam aku dan adik beradik aku. Sebab tu dari kecik aku memang akan belikan dia buku sampai sekarang walaupun aku macam rasa dia bukan suka pon  tengok buku. Tapi aku memang biasakan diri dia untuk sukakan buku. asal aku keluar, aku belikan dia buku. Sampai penuh rumah aku dengan buku dia. Birthday dia pon present buku. Semua presentkan dia buku hahaha hambik. Kebetulan birthday dia time BBW kan, semua pakat beli buku untuk dia.

Aku kalau sampai bbw tu memang berejam pon  aku rela. Tidur situ pon aku sanggup. Tapi sebab bawak suami aku yang bukan kaki membaca dan terpaksa membayar buku-buku aku jadi sepantas mungkin  aku grab buku yang aku nak pastu bayar pastu balik.

Kali pertama aku pergi kekris kecik lagi jadi aku yang pilih buku-buku dia. Dia suka elmo jadi banyak buku elmo aku ambik. Yang berbunyi yang bergambar yang ade aktiviti dan aku hanya spend tak sampai rm100 pon utk buku-buku yang aku beli. Kan best tu. Buku aku? Tak ade pon aku beli sebab aku fikir..bila oii aku nak baca? Bila malam aku lagi suka tidur dari nak membaca...huhuhu

Kali kedua aku pergi kekris dah besar. Haa yang tahun ni laa kali ke-2 tu. Aku pergi pukul 11 malam sampai dekat nak pukul 2 pagi aku still berlegar-legar dekat dalam dewan tu (kan 24 jam) Tapi kali ni best. Suami aku melayan aku dok bertapa dalam tu tanpa banyak bunyi! Kekris lagi suka.. dia heaven gila dia dalam tu. Dia yang bawak trolly sendiri. Dia pilih buku sendiri. Dia akan duduk satu tempat pilih buku dia nak. Aku suka.. then aku biarkan dia pilih sendiri. Tapi aku banyak ambik buku belajar la. Puzzle, ABC, story book aku tak ambik sangat sebab kat rumah dah berlambak. Memang habis RM100 buku aku ngan kekris je. Suami aku mampu  geleng kepala.

Airis suka membaca.. dia suka mewarna.. tapi dia jenis cepat bosan. So aku pastikan aku merajinkan diri aku untuk pelbagaikan aktiviti dia. Buku yang aku beli untuk dia pon bukan semua aku tunjuk kat dia. Seminggu sekali 1 buku aku tayang. Kalau semua aku bagi nanti bila dah bosan habis buku tu dia campak.

Aku cuba nak amalkan membaca bedtime stories untuk dia setiap malam. Aku buat tapi tak konsisten sebab aku asik lupa nak beli mentol lampu tidur, sudahnya bila dah bergelap semua tidur je la kan. Mama aku dulu suka bercerita. Dia seorang yang kretif bercerita. Aku kalau nak story telling tu tah ape-ape yang keluar...aku tak ada idea langsung huhuhu..



BLOGLIST TAHUN BARU 2017

Haaa habis Segmen/giveaway aku join... nampak sangat free! ok NEXT..



Good Luck Semua ๐Ÿ’—

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Cuba je la nasib mana tau dapat masuk bloglist MYiDEAKiNi kan..... 

Good Luck Semua ๐Ÿ’—

Essential Oil : 4 Cara penggunaan Essential Oil Young Living

Aku sayang Premium Starter Kit (PSK) aku. Masuk bulan depan, 5 bulan dah aku hidup dengan Essential oils. Serius Essential Oils ni memang buat diri aku berubah..berubah macam mana? Aku rasa aku lagi tenang & positif. Aku lagi rasa sayang kan diri aku & aku belajar untuk hargai diri aku & orang sekeliling aku. Haaa... gitu!

PSK ni adalah 1 permulaan untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia Essential oil. Semua yang korang perlukan untuk start journey korang dengan Essential oil ada dalam PSK ni. Bagi aku ini cara aku nak get rid segala toxin dalam life aku dengan sesuatu yang lebih natural dengan hanya guna essential oil. Macam mana tu? Meh nak cerita..


Kalau korang still blur ape tu PSK.. korang boleh view balik entry aku kat tag Premium Starter Kit (PSK) kenapa aku sarankan korang untuk beli PSK ni terus. Sebab memang jimat & berbaloi.

Kalau korang masih baru dalam dunia Essential oil, bila dapat PSK tengok pulak 11 botol kecik -kecik dengan label warna - warni (Lemon & Lavender korang akan dapat 2 botol each so total 13 botol) mungkin korang excited dan maybe korang akan blur tak tau ape nak buat kan.. sebenarnya cara nak guna atau apply essential oil ni simple ni. Sama macam korang guna minyak aromaterapi atau minyak urut cuma dalam cara yang berlainan..sikit je lainya..

❶ Dilute
Disebabkan Essential oil ni 100% pati minyak, jadi tak payah guna banyak-banyak sebab dia pekat sangat. Bayangkan untuk dapatkan sebotol 15ml Lemon Essential oil tu sebanyak 75 biji lemon yang diperlukan. Jadi hanya 1-3 drop pon dah cukup sebab Essential oil ni mudah meresap dalam kulit terutamanya bahagian kaki, belakang telinga, dan pergelangan tanyan (nadi) 

Dilute guna Carrier oil apa yang ada. Jangan pening-pening.. dekat rumah takkan tak ada olive oil kan? Untuk permulaan korang boleh campurkan essential oil tu dengan olive oil atau VCO. Kalau tak ada, korang boleh beli grapeseed oil (yang organik lagi bagus) sebab grapeseed ni dia memang tak langsung rasa melekit macam olive oil atau VCO. Grapeseed ni sesuai untuk semua jenis kulit. Aku sendiri memula guna VCO kalau nak apply essential oil dekat kekris. Memang rasa la melekitnya tu. Tujuan utama carrier oil ni untuk memudahkan sesi sapu menyapu + jimatkan penggunaan Essential oil korang tu. Sebab tu aku buat blend. Blend ni ialah campuran beberapa essential oil dan carrier oil dalam botol roll-on yang mudah nak bawa ke mana-mana. 

Kenapa perlukan carrier oil?
➤ Carrier oil membantu penyerapan Essential Oil lebih banyak kedalam kulit. 
➤ Melindungi kulit dari alergy & sensetiviti 
➤ Memudahkan urusan meratakan essential oil di kawasan seperti badan, perut, belakang badan  dan dada.
➤ Menjimatkan penggunaan essential oil sebab hanya 1-2 drops je diperlukan tapi tetap dapat meliputi ke seluruh tempat dalam 1 masa.

Kalau ada rezeki lebih tu boleh terus beli V6 Young Living. V6 ni veggie oil dari Young Living. Sah-sah laa bagus nak apply kat badan, kat muka, kat mana-mana sebab dia organik. 

** Pastikan korang tak campur essential oil korang dalam minyak-minyak yang diproses atau campuran contoh minyak urut, minyak baby, minyak telon, minyak angin dan lain-lain.


❷ Neat / undiluted
Tak ada carrier oil? Jangan risau, korang still boleh sapu rata essential oil korang tu direct dekat part-part tertentu. Selalunya kaedah Neat ni aku apply kat Vita-flex points . 1-3 drops dekat tapak tangan, then urut kat tapak kaki. Tengok chart vita-flex points kat bawah ni . Aku selalu apply RC Essential oil blend dekat tapak kaki kekris dekat bahagian lung & sinus part. Jadi tengok kat masalah korang then refer chart ni. 

Boleh juga sapu kat belakang telinga, pergelangan tangan dan tapak tangan.

 

❸ Inhale
Aku suka inhale essential oil. Satu titik kan 1 drop kat tapak tangan then ratakan (aktivate / gosok kedua tapak tangan) rapatkan tapak tangan ke hidung dan sedut dalam-dalam bau essential oil tu. Aku kalau malas aku buat gini je. Selalu selepas subuh, nak start buat kerja rumah tu ni cara yang aku buat. Aku suka inhale Essential Oil Transformation sebab Essential oil ni bantu aku jadi positif setiap pagi & bagi otak aku cergas sikit . Hey nak menghadap anak bijak dan macam-macam kebijaksanaan setiap hari bukan benda mudah bagi aku. Kalau dulu aku agak temper, habis kekris kena tempek ngan aku, sekarang aku lebih positif dan boleh terima itu salah satu sesi pembelajaran si kekris yang nak membesar. Nampak kan penangan essential oil tu dekat diri aku? 

❹ Diffuse
Satu lagi guna Diffuser Young Living. Ok kalau korang beli PSK, memang dapat dah free Dew Drop Diffuser tu. Jadi gunakan sehabis baik! Diffuser ni aku on selalunya waktu malam. Time nak tidur tu sebab aku nak 1 family dapat quality sleep. Contoh laa suami aku, dia ni memang balik je stress. Kerja site, deal ngan supplier & boss plus pekerja yang banyak hal mesti la stress kan.. jadi aku akan diffuse Essential oil Cedarwood & Lavender atau stress away kasi jiwa tu tenteram sikit, kasi release stress dan bantu deep sleep.

Diffuser ni lain dengan lilin aromaterapi atau tempat bakar (aku lupa korang panggil ape) minyak aromaterapi yang kita ada tu. Diffuser Young Living ni guna air. pastu titik kan beberapa titik essential oil dalam tu, pasang plug & on. Wap yang keluar pon asap dingin, tak panas. Jadi ianya lebih selamat dan tak merbahaya. Kekris suka halakan muka dia kat wap tu.. wangi dia cakap. Diffuser ni akan off sendiri selepas 4 jam. 

** Diffuser Young Living hanya untuk diffuse essential oil Young Living atau essential oil yang 100% organik/natural ye. Jangan pulak korang gi letak perfume la, air wangi-wangi la, atau minyak aromaterapi yang korang beli kat kedai RM5 tu.. rosak aku tak tanggung! 


Dah ada PSK korang boleh laa dilute sendiri & buat blend korang sendiri gunakan essential oil yang ada dalam PSK tu. Pastikan korang beli dari dealer yang betul, jangan laa sibuk nak beli kat LAZADA sebab tak ada jaminan ok. Kebanyakkan yang jual kat LAZADA tu nak habiskan stok yang tak terjual then essential oil pon ada yang bukan original. Aku bukan anti LAZADA tapi bagi aku benda-benda kesihatan gini better la beli dari dealer yang betul. Apa-apa senang korang nak refer. Kot tetiba korang ade masalah masa guna produk yang korang beli tu..LAZADA nak jawab ke? ๐Ÿ’

Nak aku jawab boleh..atleast beli oil dengan aku..hehehehe

Susah sangat, meh beli dengan aku, join group aku. Korang akan dapat ilmu essential oil yang pelbagai. Yang suka DIY cam aku, boleh join kelas buat balm, buat vapor rub, buat sabun..paling simple buat oil blend. Yang minat nak buat bisness boleh jual DIY produk korang tu untuk jana income tambahan. 100pv korang dah boleh dapat FREE MEMBERSHIP ๐Ÿ’—



Thursday, December 22, 2016

Potty Training Pt 1

Kekris dah masuk 3 tahun. Alhamdullilah.. tapi dia still breastfeeding dan still pakai diaper. Aku cuba juga wean off dia tapi rasa ralat pulak bila 1 hari dia tak menyusu. So orang kata aku yang tak kuat nak putuskan susu kekris. 3 tahun kot aku directfeed dia jadi nak wean off tu memang ambik masa la kan, walaupun aku cakap ni adik punya, dia reply "No Adik ok..No share ok.. ni ayish punya" ๐Ÿ˜‚ 

 Itu next la aku cerita, aku nak cerita pasal potty train. Si kekris ni dia suka buat something yang mencabar otak aku. Start dia tgok youtube pasal baby potty training yang aku akan mengamuk bila dia ter-bukak video tu sebab aku rasa video tu inappropriate. Geli wei.. aku tak faham kenapa orang putih tu nak buat video camtu. Ni bukan educational punya ok. Kalau jenis educational aku tak kesah, ni jenis yang..huhuhuhu taktau camne aku nak describe. Walaupun aku dah block video tu dan aku dah larang kekris tengok kadang2 ade jugak lalu kat frontpage youtube tu. So cara dia is aku tak bagi dia tengok youtube. Kalau bagi pon aku warning siap-siap then aku pantau video yang dia tengok. Aku bukan mak yang tak bagi langsung anak aku tengok gadget..aku bagi tapi aku pantau dan bukan selalu aku bagi. 

 Ok sambung, bila dia dah tengok video potty train tu jadi dia ade idea ape itu potty train jadi patut memudahkan kerja aku kan? Dah beberapa kali aku tangkap dia dalam toilet dalam bilik duduk atas jamban. Dia hilang tetiba, selalu kalau dia diam atau hilang tetiba tu maknanya sesuatu lah tu. Nah memang betul, dia siap tanggal diaper masuk toilet panjat jamban duduk atas tu diam-diam. Dia cakap dia kencing. Pastu taknak aku cebok. Dia nak cebok sendiri. Kadang tu dia cakap dia berak. Siap puji diri sendiri "pandaiii aiyish kan mamy.."๐Ÿ˜‚ Aku cerita dengan suami aku. Konon aku happy la kekris dah boleh berdikari. Aku kena marah pulak sebab biarkan anak sorang-sorang dalam bilik air. Macam-macam boleh jadi. Ya ampunn semua ni luar kawalan aku. Kadang aku sibuk kat dapur..kadang aku tengah mandi .. kadang aku tengah solat haa semua ni la time si kekris buat kerja. Tapi kalau fikir positif betul la ape yang suami aku bebel tu. So aku warning lagi kekris. Jangan buat gitu nanti ape-ape kang camne? Harap dia faham laa ape-ape tu kan ๐Ÿ˜‚

 Aku bukan tak cuba untuk potty train kekris. Cuba tapi tak konsisten. Mama cakap kat aku "korang dulu adik beradik sebelum masuk 2 tahun dah potty train. Senang je 20minit sekali tu bawak la pergi toilet. Bukan susah pon. Awak yang pemalas". Bila mama dah cakap gitu, aku suruh je la mama potty train anak aku sampai berjaya. Seminggu aku duduk kampung aku kasi can kat mak aku untuk potty train kekris. Siap bawak extra panties & baju . Kekris ni bila ajak pergi kencing dia taknak. Bila paksa dia akan duduk laa lama-lama kat potty tu tapi tak kencing or tak berak. Pastu bila dah cebok selang beberapa minit kencing dalam seluar, depan pintu.. Dia bukan tak reti cakap, dia taknak cakap walaupu aku dah pesan mak aku jap-jap tanya. Mak aku pandai, dia siap reward jajan lagi kalau kekris berjaya potty dalam toilet. Tapi anak aku bila dah tau ade jajan, tak potty pon dia meraung nak jajan. Huhuhu Jadi sampai ke hari ni aku belum berjaya potty train kekris.

InsyaAllah aku akan cuba sampai suksess. Ape cerita potty train korang? Meh la share ngan aku pastu ajar aku sekali sampai aku suksess cam korang ๐Ÿ˜‰




Wednesday, December 21, 2016

Tak Rugi Beli Premium Starter Kit (PSK) Young Living

Tak Rugi Beli Premium Starter Kit (PSK) Young Living

Aku suka PSK aku! Memula aku dapat PSK ni aku blank jugak. yelaaa 13 oils dalam ni nak buat apa kan? Aku tau basic oil je macam Lavender & Lemon sebab aku ada la buat ulangkaji yang lain-lain tu memang aku taktau. Tapi dalam support group Dunia Aura, upline aku Shina memang suka sharing tentang kegunaan semua Essential oil dalam PSK plus aku pinterest sendiri lah kegunaan essential oil tu semua. Tu nanti aku story k.

Kenapa aku cakap tak rugi? Dalam PSK ni korang akan dapat 13 oil 5ml yang kalau korang beli satu-satu harga dekat nak RM2K. Lagi korang dapat samples eo, sample bottle, free gift semua la dalam PSK ni. Dewdrop Diffuser pon korang dapat free (ni kalau beli set diffuser je RM350) 

Harga PSK ni memang la dalam RM700++ tapi aku main Kutu dengan kawan-kawan lain. Jadi bulanan tu mampu la aku nak bayar. Korang kalau nak main KUTU pon boleh whatsapp aku sebab aku memang nak start dah KUTU PSK 2nd batch. 

Apa yang ada dalam PSK Young Living?
Diffuser Dew Drop (untuk diffuse essential oil)

13 botol (5ml) Essential oil
Lavender x2 - Relaxing,Soothing,Refreshing
Lemon x2 - Detox, Clean Air, Anti-bacteria
Pan away - Muscle Pain, Joint Pain
Copaiba - Joint Stiffness, Respiratory Issue
RC - Cough, Sinus, Asthma, Bronchitis
Frankincense - Meditation, Healthy Skin, Stress Relief, Immunity boost
Peppermint - Fever Reducer, Nausea, Headaches, Curd Appetite
Stress Away - Relaxing, uplift mood, reduce anxiety
Purification - Neutralizes odors
Thieves - Infection, Sore throat,support immune system,
Digize - Constipation, Stomach Upset, Candida, Heartburn

Free Membership
Free sample sachet
Free 10 mini essential oil bottle untuk isi essential oil & share dengan kawan-kawan (sample)
Free gift macam-macam dalam Box PSK

Korang boleh dilute eo ni dalam carrier oil untuk buat blend, Korang boleh mix 2-3 eo untuk diffuse dalam diffuser Dew Drop yang dapat free tu. Macam-macam yang korang boleh buat actually dengan essential oil ni. Eo ni bukan 1 je kegunaan, 1001 banyaknya kegunaan dia tau sebab tu aku rasa beli PSK ni tak rugi menda pon sebab berbaloi & bermanfaat untuk kesihatan. Kalau korang beli loose setiap satu essential oil ni kan harganya dekat nak RM2k.

Lagi 1 benefit if korang beli PSK ni, korang automatik akan jadi member Young Living & if korang join under aku, of course aku akan add korang dekat dalam support group so korang dapat ilmu tentang essential oil ni. InsyaAllah

Young Living Distributor Malaysia







Tuesday, December 20, 2016

Innershine Secret Blend Naikan Seri Wajah

Innershine Secret Blend naikan seri wajah

11:51 AM
Aku perasan 1 hari tu muka aku gila kusam. Actually aku ni bukan seorang pe-makeup sejak dah ade anak & jadi suri rumah. Dulu ye, aku siap pergi kelas makeup lagi nak belajar teknik makeup.. sekarang korang tengok youtube je pom dah boleh makeup ala-ala artis..




Paling simple aku hanya sapu lipbalm sebelum keluar rumah. Sebab mana laa sempat nak makeup nak handle anak lagi.. huru hara... dulu laaa

Bila kekris dah besar, aku kerap hangout dengan sepupu aku. Selalu tempat lepak kami memang kat Sephora. Sepupu aku tu kaki make-up. Kalau sampai sephora tak berejam memang tak sah. Aku 
pelik, setiap minggu dia beli makeup. Tak kan habis cepat.. aku ni kalau beli makeup makan bertahun nak habis. Last aku beli makeup masa aku still bekerja. 

Hobi makeup ni laa si kekris dapat dari sepupu aku tu yang habis dia kerjakan makeup aku!

Ok sambung.. haa aku keluar 1 day Macam biasa keluar tu aku tepekla foundation, pakai lip balm ala basic makeup tapi bila tengah hari tetiba muka aku nampak kusam dan takde seri. Aku jeles tengok upline YLEO aku si Shina walaupun tak makeup tapi muka dia memang ade seri. Aku tau dia guna Nutriwhite Cleanser Shaklee sama cam aku, dia pon makan vitamin C Shaklee sama macam aku tapi muka dia nampak seri sangat macam ade aura gitu. 

Dia cakap dia buat blend untuk muka. Macam serum la .. guna essential oil & carrier oil. Dia cerita buat aku nak try. Aku ingat kulit akan jadi berminyak. Tapi tak pon sebab carrier oil yang digunakan tu serap baik dalam kulit muka. Sekali sapu aku rasa fresh je kulit.. terus aku order 1

Hari ni dah masuk 4 bulan kot aku pakai InnerShine Secret Blend. Aku suka gila. Jadi makeup base aku. Bila makeup tu sampai malam terletak cantik. Aku perasan kulit aku nampak smooth je makin lama makin nampak seri tu. Liang roma aku pun makin memgecil. Kulit kurang berminyak. Hitam bawah mata pon kurang padahal aku ni seorang insomnia.

Kalau malas sangat nak keluar tu aku rollkan aje kat muka. Buat urutan simple dekat muka.. Pastu sapu lipbalm . Tak payah pening nak tepek bedak bagai sebab essential oil dalam innershine ni dah bantu kulit aku nampak cantik dan berseri walaupun tak makeup.

Aku perasan jugak muka aku nampak lagi tegang. Haaa Innershine Secret Blend ni bukan je sebagai serum muka tapi macam-macam benefit dia. Aku suka gila. Bau dia wangi tau. Buatkan aku tenang je bila bau.

๐ŸŒธInner Shine Secret Blend Oil for Women๐ŸŒธ

Blend Oil ini dapat membantu:

๐ŸŒปUplifting mood 
๐ŸŒปTingkatkan aura wanita
๐ŸŒปTingkatkan tahap konfiden dlm diri
๐ŸŒปKurangkan stress n anxiety
๐ŸŒปSebagai perfume Free Chemical
๐ŸŒปSangat harum & wangi
๐ŸŒปMembantu mengurangkan trauma dan fobia  yg pernah kita lalui
๐ŸŒปKuasa "seksi" & "hangat" pada suami
๐ŸŒปMembantu kaum isteri dan hawa untuk tampak lebih cantik secara semulajadi. 
๐ŸŒปDigunakan sebagai "beauty serum" 
๐ŸŒปSebagai " breast massages" untuk dapatkan breast yg pejal lagi mantap. .
๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—
Sebotol RM45.00 / 10ml
 ๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—

Sunday, December 18, 2016

Anak bila senyap.....

Anak bila senyap.....

Kekris ni otak dia ligat. Mama selalu kata aku over kasi dia Omega Guard Shaklee sebab Omega Guard ni kan minyak ikan yang bantu perkembangan otak dan buat daya fokus tu lebih baik. Tapi memang betul pon. Aku bagi dia sehari sebiji. Kalau aku tak perasan dia sendiri akan ambik botol Omega Guard tu dan tah berapa banyak biji dia kunyah ๐Ÿ˜“ terus aku jadi singa jadian dan dia lari lintang pukang nak selamatkan diri!

Tapi aku percaya, susu ibu pon bantu perkembangan otak kekris. Nah.. sepupu aku adik beradik semua breastfeed. Bila besar semua belajar tinggi-tinggi & kerja bagus-bagus. Lain dengan aku dan adik beradik aku. Kami semua susu formula, pandai memang pandai laa tapi tak berapa pandai.. jadi aku memang dari awal niat nak susukan airis sampai 2 tahun tapi drag sampai 3 tahun semoga dia nanti bijak belajar dan kerja bagus-bagus insyaAllah

Kekris ni dia bijak. Bijak dia macam-macam cara. Dia akan perhatikan kita, tengok cara kita sambil-sambil tu otak dia ligat fikir agenda dia nak buat. Time selalu dia buat hal..time aku mandi & solat. Time ni dia boleh agak, berapa lama aku mandi & berapa lama aku solat. Selalunya yang jadi mangsa.. makeup aku......




Bila aku solat dia akan perhati. Selalu kerja dia start bila aku masuk rakaat ke-2. Habis je aku solat dia akan kabut duduk dekat tepi aku buat-buat takde hal. Tapi sebenarnya habis 1 tiub lipstik aku dia kerjakan. Sebab tu kalau tetiba dia senyap mesti sesuatu yang dia tengah buat.

Kalau dulu nak keluar jalan aku memang seram. Yelah kekris ni nasa kecik memang senang gila nak jaga sebab dia taktau pape. Bila besar ni meligat lari sini sana. Aku kalau keluar berdua dengan dia memang tak lah. At least aku kena bawak assistant macam si Aboy ke.. Si angah ke.. atau babah. Dengan aku memang dia tak heran walaupun aku buat muka singa. Tapi dengan orang lain dia memang behave buat-buat comel. 

Sekarang bila aku dah masuk dunia oil ni, aku belajar macam mana nak tackle perangai kekris. Memula dulu aku beli blend Calming dari upline aku kat Dunia Aura. Sehari dua je la boleh calm, lepastu aku yang jadi tak keruan. Then aku calit pulak Orange Essential Oil bila dia tantrum, ok alhamdullilah serasi, tapi ikot hari jugak lah.. Orange EO ni dia buat airis calm sangat sampai tertidur tapi bila jaga sama je tak lut sangat. Jadi aku beli Gentle Baby Essential Oil.. aku dah try beberapa kali calit kat dia bila keluar jalan. So far so good. Dia jadi behave, dia jadi ikut arahan. Dia tak lari-lari tapi dia ikut je kita jalan baik-baik.

Dan aku suka so boleh la aku bawa dia jalan-jalan dengan hati senang ๐Ÿ˜œ


Cara Kurangkan dengkur atau berkeruh pada anak semasa tidur

Cara Kurangkan dengkur atau berkeruh pada anak semasa tidur


Memalam aku jadi mak minyak duk minyakkan si Kekris. Airis ni alhamdullilah dia takdapat penyakit asma aku. Mama cerita asma aku teruk masa kecik. Setiap kali kekris batuk atau demam benda pertama aku buat ialah pergi klinik cek lung dia clear atau tak sebab anak kalau dah asma memang seram. Aku yang tua ni pon kalau asma huru hara hidup. Bayangkan kalau budak kecik kena? huhuhu mintak Allah jauhkan lahhh dari sebarang penyakit yang memudaratkan.. aaminn

Masalah airis dari kecik ialah bila dia tidur dia akan berkeruh atau dengkur. Dari baby dengkur dia kuat sangat macam orag tua. Aku pernah baca dekat 1 blog ni, baby kalau berdengkur maknanya masa dia lahir, nurse tak sedut habis kotoran dalam perut dia. Macam mana nak explain eh.. aku rasa camni, bila baby lahir doktor akan bersih-bersihkan dia. Sedut lebihan air dalam badan dia. Jadi kalau dia tak sedut habis itu lah punca dia berkeruh. Aku taktaulah ape yang aku baca ni betul ke tak. Kalau salah tu ampun la ye huhu

Masa kekris kecik, memang rutin aku sapu vicks dekat dada dia setiap kali dia tidur sebab aku macam rasa bau vicks tu akan kurangkan dengkuran dia. Of kos aku risau. buatnya tersedak tak naya? Setiap kali aku pergi klinik untuk checkup doktor akan cakap benda biasa. Makin lama nanti akan hilang. Masalahnya kekris sekarang dah 3 tahun masih lagi berdengkur...huhuhu

Ade dua punca doktor cakap. Satu sinus - kekris ni dia ade sensetif nose. Jadi normal lah kalau keturunan sinus ni memang begini. Jadi sampai bebila laa airis akan macam ni. Tapi memang pon. dia ni memang hidung sensitif macam aku. Aku suka bagi dia Vitamin C Chewable Shaklee sebab aku perasan, makin lama sensetif hidung dia makin kurang. Lagi satu aku bagi dia Omega Guard Shaklee pon sama antibody dia makin strong. Jarang batuk, jarang selsema. Mungkin juga sebab aku fully breastfeed dia. Aku sendiri makan supplement Shaklee jadi antibody kekris memang kuat.

Kedua keturunan berdengkur - doktor tanya aku, suami aku jenis dengkur tak? Of kos la.. kalau balik umah mentua tu macam-macam bentuk dengkur ade. Macam orkestra bunyinya. Belah suami aku pon jenis sinus yang teruk. Jadi memang jawapan la kenapa kekris berkeruh KETURUNAN..

Shaklee Omega Guard & Chewable Vitamin C-->
 http://finurzcreations.blogspot.my/2015/08/testimoni-omega-guard-meredakan-batuk.html

Tapi sampai bila kan..dia perempuan tapi tidur dengkur. Aku memang risau. Aku rimas dengar dia berkeruh macam tu. Kadang dia terjaga-jaga dari tidur tersedak. Aku lah yang tak lena tidur. Si bapak dengkur..si anak dengkur.. aku yang kat tengah-tengah insomnia ๐Ÿ˜… 


Nak tau cara aku? dari pembacaan dan sharing, RC blend oil dari Young Living ni bagus untuk masalah yang berkaitan dengan lung. Kalau aku asma, aku ambik RC sapu neat kat dada & tapak kaki (bahagian tulang belakang- yang ni kena google gambar vitaflex point) Alhamdullilah RC memang kurangkan simptom asma aku. Jadi aku cuba sapu neat RC dekat tapak kaki airis area lung, aku doa-doa la supaya membantu kurangkan dengkuran airis.. Tadaaaa.. memang dari kuat dia berkeruh tu, terus senyap. Aku perati je dia tidur memang lena.

Aku tak puas hati, aku sapu pulak kat tapak kaki suami aku. Ya Allah dia pon tak dengkur . Jadi malam aku sapu tu aku memang tidur lena sebab tak ada gangguan langsung.

Tapi kena la rajin. Sapu kerap-kerap setiap malam sampai rasa ada perubahan then boleh lah sapu bila perlu. 

Kalau batuk teruk pon RC jugak lah yang aku tenyeh kat tapak kaki, belakang badan & dada .. nak jimat aku lagi suka roll kan Cough Blend yang aku buat sendiri guna essential oil yang ada dalam PSK mix dengan carrier oil.

Lepas tu segala mak nenek kahak keluar dengan rela hati .. memang lega la kan. Alhamdullilah.

Untuk testimoni RC korang boleh klik link --->
http://finurzcreations.blogspot.my/2016/11/rc-essential-oils-dari-young-living.html

RC (5ml) RM61
Cough Blend by Auroma_Scents RM25