Sunday, October 8, 2017

Sejarah Balm Auroma Scents

Assalamualaikum.. Hi mommies

Aku malas la nak celoteh banyak.. Siapa yang follow aku dekat Instagram dan Facebook so tau lah aku actually aktif bersosial cuma tak aktif dekat dunia blog lagi.  Rindu nak menulis tu sentiasa ade. Ade ke yang rindu?  Eh.. Ade ke yang baca blog aku ni..  Hahahhaha

Bismillah..  Semoga entri aku kali ni publish hari ni juga dan semoga lepas entri ni..  Entri-entri lain akan menyusul tanpa masalah kemalasan. Heeeee....

Semua tau kan..  Kerja aku ialah WAHM (working at home mommy) dan aku ialah founder Baby Balm Natural Lullabies by Auroma Scents.  Kesemua balm aku ialah homemade atau buatan sendiri di rumah. Ramai tak percaya yang aku buat sendiri..  Aku pon kadang tak caya aku dapat buat produk aku sendiri..  Ade feedback yang aku dapat,  bila nampak nama balm aku,  label balm, texture balm ramai yang ingat aku ambil dari mana-mana kilang... Macam international sangat.. Macam berkualiti sangat.. Taktau laa nak kembang camne lagi..  Alhamdullilah rezeki ilmu allah beri. Sebenarnya ade sejarah terjadinya balm-balm ni.. Meh aku cerita dan entri ni boleh aku baca satu hari nanti dan flashback pengalaman pertama aku dengan perniagaan balm.

Aku start dengan Young Living Essential Oil.  Reason aku beli Premium Starter Kit (PSK) bukan lah sebab terikut-ikut dengan kawan-kawan tetapi untuk anak aku si Airis dan diri aku sendiri.  Airis tak ade masalah kesihatan yang teruk sangat pun dan dia bukan dalam golongan special kids (kebanyakkan mommies yang beli YLEO ni punya anak-anak special)  tapi ade beberapa hal lah yang aku perlu kan sangat PSK ni.. 

Bila dah ade PSK ilmu essential oil (EO)  start menjiwai aku.  Dari aku zero pasal EO lama-lama aku jadi sebati.  Baru aku tau banyak benefit EO ni.  Aku suka..  Lagi suka bila aku apply dekat airis yang ade masalah sukar tidur lena atau cepat terganggu bila tidur dan tidur dia memang lena sangat.. Sampai aku boleh settlekan kerja-kerja rumah aku tanpa gangguan.  Bila takde gangguan..  Aku kurang stress..  Bila aku kurang stress semua kerja-kerja aku lancar je dan mood aku stabil.  Bukan tu je.. Airis yang tidur berkeruh(dengkur) pun kurang lepas aku oiling kan dia.  Ni nanti aku story kat entri lain. Banyak positif feedback aku dapat actually dari EO-EO dalam PSK ni.

Aku start sharing pengalaman aku dengan EO dan ramai kawan-kawan yang tergoda..hahhaha .. Aku start belajar buat blend.  Blend ni campuran beberapa EO dalam carrier oil (minyak pembawa seperti olive oil,grapeseed oil,coconut oil...)  EO yang aku campur pun bukan sebarangan.  Ade resepi-resepi dia yang aku dapat dari pembacaan dan sharing dari leader-leader dan kawan-kawan.  Jadi bukan takat diffuse EO tapi aku gunakan oilblend ni untuk treat masalah sukar tidur dan berkeruh airis.

Long story short.. Aku dapat ilham nak buat balm.  Tapi aku taktau nak buat..  Aku takde alatan.. Takde raw material.. Masa tu aku taktau mana nak beli..  Siapa aku nak refer sebab group leader aku hanya fokus pada EO dan blend oil je.  Aku terus research..  Terus survey.. Sampai lah leader aku Shina nak pergi cameron.  Dan aku terbaca yang dekat cameron ade jual beeswax. Aku mintak dia belikan sikit.  Nak cuba buat je. 

Dari situ lah aku cuba buat 1st balm aku dengan guna beeswax & carrier oil.  Masa tu ilmu tak cukup kan.. Menjadi la juga balm aku cuma texture dia takde la macam balm sekarang.  Keras sikit la..  Then EO aku campur pon punya la banyak..  Lebih 20 drops untuk satu bekas kecik balm..lebih EO tak kesah pon since ia nya dah dilute dan bukannya neat. Tapi bila makin hari.. Aku belajar yang EO ni ade % dilution nya ikut umur dan keperluan. Pernah dengar ayat "bersederhanalah dalam apa jua keadaan" ia mungkin memudaratkan.

Keinginan aku dengan ilmu buat balm ni sangat tinggi sampai aku insomnia.  Alhamdullilah leader aku on kelas DIY dekat melaka.  Panggil founder Puer's Kidsdom (dulu Queen of oil)  Mimi Farhana.  Mimi ni leader atas kami. Dia memang jual balm.. Sampai sekarang.  Dialah sifoo aku sampai sekarang. Jenis yang tak lokek ilmu jenis yang suka bantu. Alhamdullilah aku dikelilingi oleh orang2 yang baik-baik. 

Sebab aku kurang yakin lagi.. Balik tu aku discuss dengan leader aku,  aku nak buat balm aku nak market kan.  Tapi ade ke buyer.. Ade ke org nak beli.. Aku takde modal pun..  So leader aku,Shina bantu dengan war-warkan dekat group siapa nak beli balm aku (masa tu idea dia ialah beli balm aku then labelkan sendiri.. Aku cuma buatkan balm dan pandai lah dorang nak brandingkan) balm-balm tu tak kesah lah as a gift ke.. Nak jual ke..  Aku hanya test market masa tu dan aku jadikan as Giveaway.  Aku kasi dekat kawan-kawan yang nak cuba balm aku.  Dari 20 orang yang aku bagi sample macam takde rasanya yang return beli.. Hahahah ke ade sorang dua lah gitu.  Cuma kawan2 dari group leader ramai la yang repeat order alhamdullilah..  Dari balm aku ni lah dorang dapat side income.  Alhamdullilah.

Aku mula jual starter pack.  Alah set balm yang ade 5 jenis tu..5 jenis balm ni merujuk pada masalah airis dan aku sendiri... EO yang aku guna bergantung pada jenis-jenis masalah kesihatan yang aku dah RND sebelum aku jual. Aku gunakan nama Auroma Scents as brand balm aku dan nama company aku.

Bedtime - Airis susah tidur, kerap terganggu,  tak pernah dapat tidur cukup dan aku sendiri insomnia dan selalu migrain dan sakit kepala

Vapour (sekarang Chesty chest) - Airis tidur berkeruh , kerap hidung tersumbat, aku seorang pengidap asma dan senang selsema.

Skin soothe (sekarang Bliss Balm)  - Aku eczema, airis kulit sensetif dan senang naik rash

Itch No More (sekarang Itchy Bug Bite)  - Aku benci nyamuk dan aku tak suka airis kena gigit nyamuk sebab bila dah start menggaru tu sampai bengkak dan luka

Happy Tummy - Sembelit memang masalah aku dengan airis.  Aku sampai taktau nak buat ape masa airis kena sembelit. Aku jadi panik bila dia melalak masa nak teran yak sebab keras..

Jadi aku bukan buat sesuka hati.. Aku buat bersebab dan alhamdullilah serasi dengan Airis dan aku share kebaikan balm-balm ni dengan orang lain.  Alhamdullilah serasi jugak dengan orang lain.. 

Selepas 5 balm tu aku ade juga buat beberapa balm untuk orang dewasa :-

Muscle relaxant (untuk sakit sendi lutut otot semua dan mama jadi tukang rnd)
Tension tamer (untuk orang yang stress.. Kerap sakit kepala sebab stress)
Ouch!PMS (untuk legakan period pain)

Tapi hanya Muscle Relaxant yang aku masih jual dan buat sampai sekarang dan lagi dua aku berhentikan serta merta sebab kurang dapat sambutan. Hehhehe lagipun aku nak kecik kan scop dan fokus balm yang most wanted je.

Then aku tambah lagi 2 balm dari senarai 5 balm untuk baby iaitu Bodyguard balm (immune booster)  dan latest is Baby balm (untuk calming dan untuk newborn baby-ni nanti aku story macam mana boleh timbul baby balm)

Sampai sekarang aku dah tukar hampir 4 kali design sticker label dan aku paling suka yang sekarang la..  Ade identiti tersendiri.  Kenapa aku pilih warna pelangi tu.. Later-later aku story tapi sebab paling utama ialah aku ade 7 balm.. 7 warna..  Nak senang ingat.. Warna pelangi je la..  Lagipun pelangi kan ceria..warna-warna ceria..  Gitu... 

Sekarang 7 balm baby aku letakkan under Lullabies dan Muscle Relaxant tu under Auroma Scents. Lullabies ni nama brand je yang mewakili balm-balm baby tapi masih bawah 1 company iaitu Auroma Scents.

Aku dah ade supplier raw material juga so takpayah la aku pening kepala mana nak cari raw material. Aku upgrade raw ingredients aku juga supaya suitable dengan kulit halus dan sensetif baby..  Aku dah ade 3 dropship agen.  Actually start dari dulu aku ade ramaiii lebih 7 dropship tapi makin lama dorang diam je dan aku buat TNC Auroma Scents semua taknak bekerja sama.. So aku kick out.. Malas layan.. Hahahha aku hanya fokus pada yang serius je.

Ok cukup kot takat ni story aku.  Lain kali aku cerita lagi ok. Jangan takut lah nak beli balm aku.. InsyaAllah balm aku selamat dan takde campuran yang merbahaya seperti bahan kimia ke, paraben ke dan ianya 100% semulajadi dan selamat. InsyaAllah.

Ohhh sebelum kecam aku.. Balm-balm aku takde kena mengena lagi dengan Young Living ok.  Walaupun aku masih pengguna YLEO tapi untuk balm aku gunakan EO organik yang diambil dari Ausie. Kualiti EO ausie ni sama dengan YLEO dan sama juga takde bahan campuran lain dan ianya 100% Pure.  Kenapa aku gunakan EO lain selain YLEO sebab YLEO dah ade TNC nya tak boleh buat produk atau DIY. Habis aku kena sama kang.. Hahhaha tak memasal.

Boleh refer IG Auroma_Scents_HQ untuk promo dan jenis balm ok.

#lullabies #babybalmnatural #happybabyhappymommy #Auromascents

Monday, September 4, 2017

Update blog guna aplikasi Blogaway For Android (Blogger)


Blogaway for Android (Blogger) 

Assalamualaikum
Aku masih lagi agak tak konsisten untuk menulis blog.  Alahai bukan malas..  Idea aku kadang datang tak kira masa.  Bila aku teringin nak menulis.. Baru nak on laptop terus idea tu hilang sebab bila aku baru nak menaip masa tu la macam-macam benda yang aku kena buat dan masa tu la si airis nak itu ini..  Huhuhu sudahnya entri aku cantik tersusun sebagai draft! 

Ye.. Aku buat juga tulis-tulis dalam kertas, aku cuba juga buat schedule entri tapi entahlah bila nak buat scheduleb tu macam tak sampai kejiwa. Bagi aku nak menulis ni kena onthespot.  Kalau tak macam jiwa tak sampai dalam penulisan tu..  Hahahha..  Alasan kan? 

Ok..  Baru tadi aku install aplikasi "blogaway for android (blogger) dan sekarang entri ni ditulis menggunakan aplikasi yang sama.  So far macam ok dan aku rasa macam user friendly tapi tak tauler camne kan.. 

Sebelum ni aku suka guna aplikasi Bloggeroid tapi lepas blogger dah upgrade, Bloggeroid pon sama jadi tunggang langgang bila update entri.  Aku tak sure la masih tunggang langgang atau tak sekarang.  Kalau aplikasi "Blogger" tu lagi lah teruk.  Langsung tak user friendly.  Aku tak suka.. Hahha

Ok nanti aku review lagi aplikasi yang aku guna ni. Harap ok la kan..  Jadi bebila mood sampai nak update blog boleh je update.  Lagipun kita memamng dah 24/7 dengan handphone kan.. 

Aku masih dekat kampung dan idea menulis aku banyak tapi laptop tak bawa..  Line internet sangat siput. Jadi aku mengharapkan aplikasi ni untuk bantu aku. 

P/s korang update blog on the go macam mana?  Cer share sikit dengan aku.

 

Tuesday, August 15, 2017

Rebranding : Lullabies Baby by Auroma Scents

Hujan dah seminggu kat seri petaling ni. 2 hari dah aku hantar airis sekolah hujan renyai-renyai.. Alhamdullilah, hujan rezeki. Hari ni airis pergi sekolah pun mendung je muka dia..chembeng! Taktau ler kenapa dia extra manja rini, sebab hujan & kena paksa bangun gamaknya..

4 ogos lepas aku join 1st Bazaar under Puspanita Arkib & hari yang sama aku launch label balm yang baru & rebranding sekali. Tujuan dia sebab aku target untuk marketkan balm Auroma Scents ni. InsyaAllah 1 fine day :) Jadi aku nak 1 label yang nampak buat orang toleh berkali-kali then terus membeli.. Maknanya yang menarik la orang tengok. Aku suka warna-warna yang terang dan ceria. Sebab tu aku pilih 7 warna pelangai untuk jadikan warna theme untuk balm baby aku. Balm yang sama cuma packaging yang lain. Cuma aku tak gunakan lagi Grapeseed Carrier oil & Shea Butter tetapi aku gantikan dengan Cocoa Butter & Sunflower Seed Oil. 

Kenapa Cocoa Butter & Sunflower Seed Oil - sebab dedua bahan ni lebih lembut & ringan pada kulit bayi & kanak-kanak yang sensetif. Jadi untuk anak-anak yang ekzema pon sesuai menggunakan balm aku InsyaAllah dengan izin Allah. Nanti di lain entry aku share kan kebaikan kedua-dua bahan ni.

Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu


Membantu memberi kelembapan kepada kulit kering & merekah. Membantu mengurangkan kegatalan dan keradangan kulit seperti ruam lampin, ruam panas, ekzema dan membantu melembutkan kulit kering seperti di tumit,bibir dan siku.
Cara Penggunaan:
Sapu nipis pada permukaan kulit 2x sehari bila perlu.
Bahan-bahan:
Natural Beeswax, Cocoa Butter, Sunflower Seed, Vitamin E & Oil Therapeutic Grade Essential Oil (Lavender, Frankincense & Geranium)

Happy Tummy Balm di blend menggunakan Essential oils yang terpilih & efektif membantu masalah yang berkaitan dengan perut seperti sembelit, kembung, angin, sebu dan cirit birit.
Cara Penggunaan :
Untuk masalah sembelit,kembung,sebu sapukan secara arah jam & untuk cirit birit atau sakit perut sapukan secara lawan jam.
Bahan-bahan:
Natural Beeswax,Cocoa butter,Sunflower seed oil, vitamin E & Therapeutic Grade Essential Oil (Tangerine,Peppermint, Lavender & Lemon)

Body Guard balm kami membantu meningkatkan tahap imun badan secara semulajadi. Gabungan essential oil seperti Rosemary,Frankincense dan Oregano membantu menguatkan tubuh badan dan meningkatkan sistem imun tubuh dari jangkitan virus & bakteria.
Cara penggunaan :
Sapu pada tapak kaki setiap hari/sebelum tidur
Bahan-bahan :
Natural Beeswax, Cocoa butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essential Oil.


Membantu mengurangkan simptom-simptom selsema,batuk,demam dan hidung tersumbat. Gunakan balm ni setiap kali si kecil anda mengalami batuk,selsema dan mereka akan tidur dengan lena sepanjang malam.
Cara Penggunaan :
Sapu pada tapak kaki atau dada & belakang badan setiap setiap hari bila selsema,batuk atau selsema
Bahan-bahan :
Natural beeswax, Cocoa Butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essential Oil (Lavender,Peppermint & Lemon)


Digunakan sebagai "insect repellent" juga bantu mengurangkan bengkak dan gatal akibat gigitan serangga.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada kulit yang terdedah (lengan,kaki,muka) sebagai insect repellent dan sapu pada gigitan nyamuk/serangga untuk kurangkan kegatalan & bengkak.
Bahan-bahan :
Natural Beeswax, Cocoa Butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essentail Oil (Lavender, Citronella,Lemongrass& Frankincense) 

Lembut pada kulit bayi yang halus. Sesuai digunakan untuk meredakan kegatalan dan ketidakselesaan akibat ruam lampin, ruam panas, kulit kering dan mengelupas. Balm berbau lembut & tenang ini juga menenangkan bayi dari tantrum dan buat bayi tidur lebih lena apabila disapu pada badan sebelum tidur. Meredakan masalah kembung dan sembelit pada bayi.

Cara Penggunaan : Sapu nipis/urut pada badan bayi, perut & tapak kaki bayi selepas mandi/sebelum tidur

Bahan-Bahan : Natural Beeswax, Cocoa butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essentail Oil (Lavender, Rose, Lemon, Geranium) 


Sesuai untuk anak yang kerap tantrum/hyper dan gunakan sebelum tidur untuk tidur yang lebih lena. Sesuai juga digunakan sebagai stress reliever.

Cara Penggunaan : Urut pada bahagian badan atau sapu nipis pada tapak kaki, betis, tengkuk & dahi sebelum tidur.

Bahan-bahan : Natural Beeswax, Cocoa Butter, Organic Sunflower Seed Oil, Vitamin E & Therapeutic Grade Essentail Oil (Lavandula angustifolia (Lavender) oil, Citrus aurantifolia (Lime), Cedrus atlantica (Cedarwood), Vanilla planifolia (Vanilla) Citrus aurantium dulcis(Orange) peel oil)

Sepanjang bulan ni, dengan min pembelian 5 balm (boleh campur-campur) Lullabies Auroma Scents korang boleh join Contest Follow, Snap, Tag & Win dan menang RM50 + 2 balm untuk 2 orang BFF korang.

Balm Lullabies boleh didapati dalam saiz 30g dengan hanya RM32. 


Monday, August 14, 2017

Contest Follow, Snap, Tag & Win Auroma Scents

Assalamualaikum


Sebelum korang nak tidur, meh la ambik tau tentang Contest Auroma Scents yang tengah berlangsung ni. Actually contest ni dah start dari 1hb dan akhir pada 31hb ni. Jadi tinggal lagi beberapa hari untuk korang especially loyal customer balm Auroma Scents join contest ni ok :)


============ 
Syarat-syarat contest #1 Auroma Scents 
============ 
1) BELI mana-mana min 5 balm Auroma Scents sepanjang 1-31 ogos 2017. 
2) FOLLOW Instagram (IG) @Auroma_Scents_HQ dan LIKE post ini di FB Auroma Scents HQ 
3) SNAP gambar mommies dengan balm-balm kami @ yang paling fav - Share dekat IG dengan #balmauromascents 
 4) TAG 2 orang BFF mommies. *pastikan IG mommies tak private ye supaya senang kami nak pilih pemenang 😊


Simple kan? Ok kat bawah ni senarai harga tetap Balm Auroma Scents

1 untuk RM32
3 untuk RM90
5 untuk RM140
7 untuk RM175

whatsapp 011 1018 1916 untuk pembelian  & info produk :)

#balmauromascents #happybabyhappymommy #Lullabies


First Time Join Bazaar - Auroma Scents Natural Balm

4 Ogos lepas, Jumaat untuk pertama kalinya aku join bazaar. Memang ni antara impian aku nak ketengahkan Auroma Scents supaya orang ramai boleh tau dan kenal-kenal dengan produk Auroma Scents. Aku jenis last minit, memang aku tidur pukul 12 malam menyiapkan balm & perkakas-perkakas yang aku nak bawak. Disebabkan ni 1st Bazaar aku, dan time bazaar ni hanyalah dari pukul 12-3pm, aku takde la buat banyak sangat & target aku tak berapa banyak sebab aku tau, Auroma Scents ni belum lagi besar namanya & balm natural ni belum sangat jadi pilihan mak-mak sekarang. So aku start la dengan biasa-biasa, nak tengok crowd nya macam mana.

Aku join bazaar under Puspanita Arkib, seminggu sebelum bazaar tu aku canang-canang la kat sosial media & kawan-kawan pon ramai yang repost & share alhamdullilah. 


BFF aku si rina jadi mangsa teman aku hari tu, alhamdullilah airis pulak mama yang jaga & ambik dari sekolah. Sebab suami aku kerja, aku mintak kawan sekolah aku hantarkan aku ke arkib kebetulan dia juga GRAB CAR. Senang kerja aku, alhamdullilah Allah kelilingkan aku dengan kawan-kawan yang baik-baik :)

Sebab 1st time, aku tak dapat nak imagine macam mana keadaan walkway arkib tu & aku taktau ape aku nak buat & macam mana aku nak set table, suami aku just bekalkan aku rumput karpet nak letak atas meja. Dia cakap sesuai la dengan Balm aku yang natural, konon-konon nak nampakan "natural" la letak rumput-rumput tu. Suami aku ade bekalkan sekali "kaki bunting" sekali dengan kadboard untuk aku lekatkan promo-promo aku, tapi aku tak bawa, sudahnya aku lekat je la kertas-kertas promo aku tu dekat atas rumput karpet. Gila buruk aku tak suka! tapi sapa suruh tak bawak kaki bunting tu kan?? hahhaha


So, ini lah setting meja aku, nampak berserabutkan? huhuhu tapi alhamdullilah 50% menjadi dari yang aku imaginekan.. Hari yang sama aku launchkan label balm Auroma Scents yang baru. Label baru ni hanya untuk 7 balm baby dan aku brandingkan under Lullabies Balm @ Auroma Scents & aku aku launch sekali Itchy Bug Bite (Itch no more balm) dalam bentuk stik, senang nak sapu. 



So far alhamdullilah ramai yang singgah booth aku, & untungnya 15 orang pertama yang singgah booth aku akan dapat 1 Smooch Lip Balm. Smooch! ni salah satu produk baru Auroma Scents. Masa promo aku jual 1 set Smooch! Lip Therapy (Lip Balm & Lip Scrub) dengan harga RM15 sahaja (normal RM20) dan alhamdullilah set ni antara yang laku keras hari tu. 


Untuk 1st time Auroma Scents kat bazaar, sales aku takde lah memberangsangkan sangat, tapi aku banyak make contact dengan orang-orang yang berminat dengan produk Auroma Scents ni. Alhamdullilah . Lagi pun hari tu bukan hari gaji...... huhuhu

InsyaAllah 25hb ni Auroma Scents akan join 2nd bazaar! Im soo exited! sebab bila dah join bazaar sekali tu rasa kemainn gian dia tau. Jadi insyAllah aku dah ade ilmu sikit la ape nak buat masa 2nd bazaar nanti. InsyaAllah.

Korang jangan lupa join Contest FOLLOW, SNAP,TAG & WIN Auromo scents tau! Menang RM50 dan free 2 balm untuk 2 rakan baik korang yang ditag tu. Boleh klik gambar kat sidebar & baca syarat-syarat dia ok :)






Ruam merah pada tapak kaki anak.

Assalamualaikum

Lama benar tak bersiaran.. ade yang rindu ke? Hihihi .. aku semakin jarang nak menghadap laptop.. nak update blog guna hp, aku masih tak dapat 1 aplikasi yang easy going.. semua aku rasa macam ade yang tak kena.. 

Bila ade anak yang dah bersekolah ni 1 je yang kerap aku dengar orang cakap.. "anak dah start tadika ni la macam-macam penyakit yg dapat...asik tak sihat..penyakit itu ini..rimas!"  Betul.. sebelum airis sekolah..life dia hanya rumah & aku.. babah dia pon jarang ade sebab workaholic kan.. tapi ade la jugak kami bawa dia pergi main dekat playground.. ade la jugak kami bawa dia keluar bersocial.. so takde lah terperap je kat rumah tak jumpa orang kan... itu pon aku punya perangai.. sanitizer & wet tissue memang sentiasa dalam handbag.. masa dia baby kes hfmd (hand foot mouth deasis) tengah top.. sampai pemegang troli supermarket & kerusi meja kedai makan aku lap-lap dengan wet tissue dettol.. punya laahh risau. Alhamdullilah airis jarang berjangkit even selsema pon jarang sangat. Antibody dia kuat.. aku memang percaya sangat sebab aku fully breastfeed dia.. yes sebab tu laaahh!

Malam semalam.. luluh hati aku bila nampak bintik merah-merah dekat tapak kaki.. itu pon aku perasan lepas dia mengadu tak boleh jalam sebab tapak kaki dia gatal. Bila cek.. dua-dua tapak kaki penuh bintik merah macam ruam.. aku panik! Dalam kepala aku ni macam-macam dah..huhuhu

Aku ambik gamba tunjuk dekat kawan-kawan.. ade yg cakap measles (campak) yang paling aku tak suka dengar.. HFMD!! Luluh hati aku weiii....!! 

Aku dok fikir.. bila last airis ade direct contact dengan bebudak lain... kamis last dia sekolah.. then kami ikut babah pergi site, lepas tu pergi pasar malam.. malam tu hujan renyai.. sampai rumah dalam pukul 9.. makan-makan siapkan homework, dalam pukul 10 baru dia tidur..  Jumaat dia tak sekolah sebab malam tu badan dia dedar.. dia tak boleh tidur.. tapi masa tu fullmoon.. biasa bila fullmoon memang dia macam tu. Jumaat pulak keluar makan malam dekat Mcdonald.. malam tu dia muntah kahak lepas aku sapu CHESTY CHEST rub Auroma Scents sebelum tidur sebab dia batuk & selsema.. Sabtu 1 hari dekat rumah sebab babah outstation, kereta takde.. dedua mati kutu.... 

Malam sabtu tu lah baru aku perasan bintik ruam merah.. huhuhu.. sebelum ni siangnya dia ok je.. makan ok.. menari-nari lagi.. aktif macam biasa.. dia dah tak demam pon.. 

Kawan-kawan aku cakap.. pantau je tengok macam mana.. mungkin je ruam biasa kalau dia tak merebak. Kalau naik ke tangan, ulser dalam mulut, maknanya HMFD.. kalau esoknya naik satu badan maknanya demam campak..tapi orang cakap, kalau demam campak selalu start dari kepala/atas.. tapi ade kawan aku share..anak dia memang start dari tapak kaki & tapak tangan.. aku semakin panik...huhu

Balm Auroma Scents
Merah dekat tapak tangan
Balm Auroma Scents
Malam kejadian 
Aku on Diffuser.. diffuse THIEVES essential oil.. kawan aku cakap, masa anak dia kena campak tu dia diffuse Thieves memang esok satu badan keluar bintik. Jadi aku diffuse thieves.. lagi satu, Thieves bagus as antiseptik. Dia cuci udara yang berkuman tu. Diffuser pulak sama macam air purifier.. 

Aku teringat..BODY GUARD balm Auroma Scents ... aku sapu kat tapak kaki airis. Body guard auroma scents ni tujuan dia as immune support. Bagusnya balm ni, essential oil yang ade dalam tu bertindak sebagai pelindung badan dari virus dan bakteria.. Aku search Essential oil untuk HMFD dan aku jumpa Thieves,Purification & Lavender bagus untuk redakan HMFD tu.. tapi sebab aku dah guna BODYGUARD balm, aku neat 1 titik Lavender essential oil untuk setiap tapak kaki. Aku sapu jugak Bodyguard dekat area tulang belakang airis, Chesty Chest rub (Vapour) dekat dada & tekak. 

Tidur-tidur ayam je aku sepanjang malam tu. Setiap kali terjaga aku sapu Body Guard balm & Lavender eo dekat tapak kaki airis.. siap Yasin lagi aku baca.. doa banyak-banyak tu bukan penyakit berjangkit tapi hanya ruam biasa..

Balm Auroma Scents
Lepas 3 jam aku sapu Body Guard balm Auroma Scents & neat Lavender YLEO
Balm Auroma Scents
Bintik merah semakin pudar
Allah dengar doa aku.. alhamdullilah.. bintik merah tu beransur reda.. pukul 6 pagi aku cek balik bintik merah tu dah semakin kurang.. tapi aku keep oiling dia dan sapukan balm Body Guard. Aku cek tapak tangan dia takde ruam.. aku cek badan dia pon clear alhamdullilah.. walaupun dia tak lena tidur sebab "gatal" & nafas dia berbunyi sebab selsema (aku rasa sebab thieves yang aku diffuse..sebab babah pon kalau aku diffuse thives, dengkur dia lagi kuat macam machine gun! Yang ni nanti aku kupas kat entry lain ok).. Chesty Chest tu memang membantu sangat. Aku sapu kat batang hidung & ubun-ubun airis.. dia tidur lena sangat. 

Balm Auroma Scents

Balm Auroma Scents

Then, ape je bintik merah tu? Aku teringat dia pernah kena ni dulu masa umur 1 tahun. Aku taktau mana asal usul dia.. tapi dengan aku sekali berjangkit, habis tapak kaki & tangan kami merah-merah & gatal yang amat. Bayangkan airis yang still kecik masa tu...huhuhu

Bila aku refer doktor, dia cakap bukan HMFD cuma alergy. Dia bagi kami cream steroid.. memang best, sapu sekali terus lega.. masa tu ilmu aku cetek lagi.. cream magic gitu memang magic.. sapu sikit dah baik.. bayangkan berapa punya banyak steroid dalam cream tu .. sekarang dah ade ilmu insyaAllah kita guna pakai mana yang boleh. 

Pagi tu aku mop dan lap 1 rumah.. mainan airis semua aku rendam dan cuci.. Aku titik kan thieves 10 titik atas garam kasar (ni cara paling senang nak sebatikan essential oil dengan air) then aku campur air panas.. rendam semua mainan dia.. 

Alhamdullilah dia dah ok & ruam tu memang tak naik dah.. terus baik 😊 syukur alhamdullilah..

Ps: Aku perasan la, lepas airis 100% wean off, dia asik tak sihat. Aku memang pastikan selalu sapu Body Guard Balm Auroma Scents setiap malam & sebelum pergi sekolah. Sebab cikgu dia pon cakap lately bebudak kat tadika tu selsema & batuk..huhuh.. Tapi salah aku jugak aku tak pantau pemakanan airis & main hentam je bagi junk food.. so terima la padah dia huhuhu

#balmauromascents


Saturday, July 29, 2017

Carita Airis dan Tadika PT 2

Assalamualaikum...aku bizi actually hari ni, konon nak settlekan balm aku sebelum esok sebab esok aku full day ade kelas marketing dekat Damansara.. tapi jap-jap lagi la..lepas asar.

Dari tahun lepas aku dah start servey sekolah tadika. Aku memang kalau boleh nak masukan anak aku tadika awal. Kira macam play school la bukan sebab nak berlumba-lumba anak masuk sekolah awal. Aku nak dia pandai berdikari & socialize dengan kawan-kawan sebaya. Dia duduk rumah dok ngadap TV, HP macam anti social kan? Walaupun aku rasa video dan cerita yang dia tengok tu macam membantu jugak dia jadi cerdik..cepat bercakap semua..tapi kalau dah selalu munkin mudarat jugak. Lagipun aku ade la masa nak buat kerja-kerja aku kan sepanjang dia kesekolah..

Aku dok doa hari-hari mintak Allah permudahkan aku nak masukan airis tadika islamik yang aku servey ni. Kenapa? atleast dia ade ilmu agama. Basic. Aku mengajar juga dia solat, baca iqra tapi kalau boleh aku nak la dia pandai betul-betul sebab bila dengan aku dia main-main. Tapi aku taktau kenapa aku sangat malas nak singgah sekolah tu untuk tanya-tanya. Mungkin sebab aku tau kot yuran tadika tu pon lebih kurang jugak dengan tadika-tadika sekitar sini jadi aku tak endah sangat sampailah aku pergi bawa airis minggu lepas & terkilan sikap cikgu tu pada kami. No wonder kenapa aku takde hati sangat nak pergi jenguk, rupanya begini. Cuma aku kesiankan airis yang semangat nak masuk tadika situ. Ok la.. NO More Tadika itu. Thats it!

Aku tahu..nak cari tadika yang bagus & berbaloi bukan senang. Fikir juga pasal yuran yang melampau mahal tu kadang buat hampir giveup! Cuma untuk masa depan anak aku, aku tutup mata je lah.. lain-lain aku berserah pada Allah. Moga apa yang aku buat ni terbaik untuk Airis.

Mula-mula aku servey tadika Montessori kat sini aku macam nak fikir dulu. Yelah yuran dia untuk setahun (2semester) RM2800++ dan bulanan RM350 tu agak mahal bagi aku. Lagipun masa tu aku macam berat mulut nak cakap dengan suami aku. Takut dia buntang mata tengok harga tadika tu.. 

Tapi lepas kes tadika islamik ni, aku jumpa principle Montessori bincang-bincang dan aku decide masukan airis kat sini. Kat sini ade bahasa Mandarin so aku fikir elok jugak airis ade 3rd language. Kebanyakkan murid kat sini bukan dari sini, tapi ade dari Korea, Ghana, India, Arab dah macam International School pulak kan, jadi aku rasa bagus la airis nak socialize. Principlenya pun boleh bertolak ansur dengan aku. Dia agree bagi airis seminggu trial tanpa cas yuran bulan ni tapi start bayar yuran bulan depan & dia agree beri airis extra class tanpa bayar apa-apa untuk cover semua airis dah terlepas masa semester 1st. Actually banyak yang dia tolak ansur.. Yuran pon patut aku kena bayar terus RM2k tu kan, tapi aku mintak bayar separuh-separuh sebab aku bukan nya ade cash gitu tengah bulan ni..muahahha.. Aku cuma bayar registration RM100 + RM350 untuk buku-buku airis. 
Sebelum aku nak pergi jumpa principle tu aku calit sesiap Essential Oil Geranium, doa laaa moga principle tu lembut hati dengan aku..Alhamdullilah..pape pon asbab kan, semuanya dengan izin Allah juga.

Sebab airis masuk 2nd semester, yuran dia kurang sikit la dari RM2800 tu jadi RM2300, mahal juga laaa nakkk tapi aku tutup mata! Airis baru 2 hari dekat tadika tu. 1st day dia macam taknak lepaskan aku & babah dia. Dia fikir pergi tadika tu main playground & main toys gamaknya taknak lepaskan aku & babah dia & paksa kami bawa dia main kat slide luar tadika tu. Bila teacher kelas 4 tahun umpan dia dengan Computer game(kelas computer masa tu) baru dia lepaskan aku, tapi principle dia cakap dia menangis sikit la. Cuma cikgu puji airis sebab airis suka buat kerja yang teacher dia suruh, dia suka mewarna & melukis.

Hari kedua jumaat lepas, aku sapukan airis Orange essential oil & Cedarwood dekat dia. Aku siap pasang roller senang aku nak roll-roll, cuma dua ni aku dilute jugak dengan carrier oil sebab oil dedua aku ni tinggal sikit. Dua oil ni bantu dia more fokus & bagi dia semangat. Alhamdullilah, hari kedua dia terus meluru masuk dalam kelas, aku pon blah balik rumah. Tapi teacher dia cakap, dia melalak sikit la bila perasan dia kena tinggal. Takpe.. aku rasa semua budak macam tu kan memula?

Aku simpan work airis masa dia 1st start, aku nak tengok perkembangan dia sebulan. Nanti aku share kat sni. Aku happy aku Young Living Essential Oil User sebab banyak bantu aku & airis ni. Airis memang dari 1st aku jadi user aku dah oilkan dia. Sekarang lagi senang la aku nak tengok perkembangan dia kan dengan guna dua oil. Sebab ade kawan-kawan YLEO yang guna 2 ni dapat kesan POSITIF pada anak-anak. Kenapa aku tak gunakan BrainPower? Sebab aku rasa oil Brain Power ni agak kuat untuk airis, for a start, better 2 oil ni aje. Lagi pun dia baru 4 tahun kan, aku cuma nak dia seronok pergi sekolah. Mungkin Isnin ni aku nak cuba calit Essential JOY dekat heart dia, tengok mood dia macam mana.



Kawan-kawan aku ramai yang up status anak tak sihat sejak masuk tadika, jadi untuk protection, aku memang konsisten sapu Bodyguard Rub Auroma Scents dekat airis. 1st day dekat tadika tu aku dah nampak ade 2 3 budak yang selsema, hingus meleleh, tapi alhamdullilah so far airis sampai sekarang tak selsema. Setiap malam lepas mandi aku sapukan Vapour Rub Auroma Scents supaya dia tidur lena dan tak berkeruh. Lullabies Baby Balm aku sapu dekat betis & belakang badan dia. 

Isnin hari ke-3 dan airis start extra class sampai pukul 2. Hari ni dia baru settle siapkan homework teacher bagi. Alhamdullilah aku nampak positifnya disitu. 

Ade ke oil buat teacher sayang kat anak kita & buat teacher fokus jugak kat anak kita supaya anak kita tak ketinggalan? Ye lah, nak jaga budak yang ramai tu bukan mudah kan? InsyaAllah Ade oil yang membantu macam JOY essential oil, cuma tu semua asbab, kita as ibu ayah kenalah banyak-banyak doa & berserah pada Allah. Mohon Allah lindung anak kita bila berada di tadika. InsyaAllah